30

3.4K 135 56
                                    

Jemari Nunu sejuk macam ais! Dalila dan Ajda sibuk menyolekkan wajahnya. Apa yang bagus ada kawan jenis suka mekap ni, bila kau kahwin kau tak payah nak bayar MUA beratus-ratus, belanja makan pun dah cukup.

"Kenapa muka kau pucat sangat?" tanya Dalila.

"Aku rasa macam nak lari la, Dal." Jantung Nunu berdegup laju.

"Kau jangan nak buat pasallah. Kau gila ke apa?" Dalila kerut dahi. Tapi tangan masih bergerak untuk menyolek.

"Macam mana kalau apa yang aku decide ni sebenarnya salah? Macam mana kalau apa yang aku plan tak jadi?"

"Nunu, Alan kasi kau masa 4 bulan lepas tau untuk fikir masak-masak pasal ni semua. Kau jangan nak buat haru pula hari ni. Aku ikat kau kat tiang letrik karang." Bebel Ajda yang menyerika baju nikah Nunu.

"Aku rasa macam nak pengsanlah."

"Kau tunggu dah nikah nanti, aku minta Alan tu check kau." -Dalila.

"Kau tahu semalam aku mimpi apa?"

"Apa? Naga menari balet? Kambing buat street dance?" – Ajda.

Nunu mencebik. "Aku mimpi abang Ashraf. Aku mimpi time tu aku nak nikah dah, tapi dia cuma pandang aku aje. Aku tak faham riak muka dia tu. Suka ke, kecewa ke.. aku tak faham."

"Nu.. mimpi tu mainan tidur aje. Aku pun mimpi juga. Aku mimpi anak Sultan Brunei melamar aku kot." -Ajda.

"Kau orang ni tak fahamlah." Nunu fed up. Geram aku cakap dengan dua ekor anak dara ni.

"Abang Ekal kau tahu tak kau kahwin hari ni?" tanya Dalila.

Nunu mengangguk. "Aku dah bagi tahu dia. Tak tahulah kalau dia nak datang ke tak."

Dia masih ingat waktu Ekal datang apartmentnya beberapa minggu lepas. Beberapa kali lelaki itu cuba memujuknya untuk berkahwin. Macam-macam janji dia taburkan untuk Nunu. Tapi hati Nunu kering. Dia tak boleh bayangkan langsung hidupnya dengan lelaki itu. No way man!

NUNU pandang Alan yang berbaju melayu satin putih dengan sampin songket hitam-kuning. Songkok di kepala menutup rambutnya yang pada kebiasaan disikat ke atas dengan sisi yang ditrim kemas.

Memang..memang.. memang di luar jangkaan Nunu yang dia akan berkahwin dengan lelaki yang wajahnya begini. Sedikit pun tak pernah dia angankan suami berwajah Alan.

Dengan kulit wajah yang putih, tiada langsung cela dengan parut jerawat. Bibir yang nipis dan agak kemerahan dipadankan dengan hidung yang cukup mancung. Kening lebat dengan pipi yang sederhana sahaja. Tak terlalu cengkung, tidak juga terlalu gebu.

Mungkin sebab ibunya itu bukan keturunan melayu, tetapi Australian. Meskipun berketurunan begitu, lidah bakal mak mertuanya itu langsung tiada pelat berbual bahasa melayu.

'No wonderlah bapa dia dapat kahwin dengan mak dia yang cantik gila.. bapa dia pun hensem.'

Satu aje yang buatkan Nunu beri wajah lelaki itu 9/10. Matanya. Panda tak boleh nak sembunyi! Kahkahkah. Itu belum tengok dia balik dari on call. Eye bag berkilo!

Dalam leka merenung sisi wajah Alan, orang lain sudah mula menarik tangan Nunu dan mencium kedua belah pipi Nunu. Puan Zainab senyum lebar menyambut menantunya dengan ciuman dan pelukan.

Nunu terpinga-pinga. "Tahniah. Jaga Alan elok-elok nanti." Ujar Puan Zainab.

'Dah sah ke?' Nunu pandang Alan yang sudah tersenyum lega. Masing-masing mula tadah tangan untuk memanjatkan doa dan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Wali hakim bagi pihak Nunu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 28, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia TroublemakerWhere stories live. Discover now