14

1.3K 74 0
                                    

Alan cabut earphone dari telinga. Kasut sukan ditanggalkan. Peluh sudah membasahi baju dan seluarnya. Hari cutinya cuba dimanfaatkan sebaik mungkin dengan bersenam. Kalau sebelum ini bila hari cuti, dia terpaksa menemani Adeena, tapi kali ini dia bebas untuk melakukan apa yang dia nak.

Dia gigit roti bakar kosong dan meneguk susu segar. Bosanlah pula. Usai sarapan pagi, Alan naik ke bilik. Tinggal berseorangan di rumah dan jauh dari ibu bapanya memaksa dia untuk berdikari. Semuanya buat sendiri.

Tubuhnya menjadi segar selepas mandi. Terus dia melontar tubuh ke katil. Buku anatomi yang duduk di atas bantal ditarik dan dibaca. Dia tak pernah jemu untuk membaca benda-benda ini. The perk of being a genius kot.

Selepas setengah jam, dia tutup buku. 'Nunu buat apa eh weekend ni?' Cepat-cepat dia Whatsapp Balqis.

Alan : Kak Bal, home?

Balqis : Hospital.

Alan : Oh. Nunu ajelah kat rumah?

Balqis : Taklah. Dia bagitahu akak tadi dia ada part time.

Alan : Part time apa?

Balqis : I don't know.

Tak cukup ke gaji yang diperuntukan sampai hujung minggu pun Nunu terpaksa buat kerja sambilan? Terus Alan mencari nama Nunu.

Alan : Where you at?

Nunu : Rooftop.

Alan : What? Where?

Takde lain yang bermain di kepala Alan. Kalau dah sekali dia nampak Nunu nak bunuh diri, setiap kali itu jugalah kalau Nunu berada di tempat yang ada kemungkinan untuk peristiwa itu berulang buatkan dia risau.

Nunu : Tak tahu nama. Kenapa?

Alan : Gimme your location now.

Nunu garu sedikit kening yang sudah dipekatkan. Nunu malas nak balas panjang-panjang apabila wajahnya sedang dimekap. Terus lokasi di hantar.

Alan : Tunggu sana and don't do anything stupid!

Nunu hanya menjeling mesej itu. Apa mamat ni merepek ni?

"Aina, dongak sikit and tutup mata. Akak nak letak eye shadow."

TERMENGAH-MENGAH Alan dibuatnya. Dah la pagi tadi dah berlari 5 pusingan tasik. Budak kecil ni memang buat dia kecut perut.

Sampai aje ke tingkat paling atas yang memaksa dia untuk mendaki beberapa anak tangga, pintu itu ditolak kasar.

Terpinga-pinga dia melihat beberapa orang lelaki dan perempuan di situ. Lagi terpana bila dia melihat Nunu bermekap dan gambarnya sedang diambil.

'Oh. Ni ke part time dia?' Alan ketawa sendiri. Kau betul-betul hampir buat aku hilang nyawa, Nunu.

Alan hanya memerhati dari jauh. Sempat dia mengambil gambar Nunu yang sedang ralit memperagakan pakaian-pakaian itu. Sekejap dia seorang. Sekejap lagi dia beramai-ramai.

Usai sesi bergambar itu, Nunu dapat menangkap susuk tubuh Alan yang sedang bersandar di dinding dengan tangan bersilang. 'Eh dia duduk macam tu, macam dia pula model dok posing.'

Selesai menukar pakaian, Nunu mendekati Alan.

"Awak buat apa kat sini?"

Dia TroublemakerWhere stories live. Discover now