2006 Cerita Emak

192 5 2
                                    

Penghujung 2006, nak dekat setahun lebih aku pindah rumah baru-flat pemindahan kos rendah. Itu je yang kami mampu. Alhamdulillah, kami dapat lot paling hujung sebelah tak ada jiran. Luas sikit rasa sebab ada extra tingkap tepi berbanding lot tengah rasa macam sempit dan gelap. Rumah kami biasa aja, semua barang-barang yang elok saja kami bawa. Simple, tak ada perabot pun masa tu. Cuma set kusyen lama dari rumah setinggan yang kami bawa, tak ada meja makan atau meja TV. Eloklah lagipun rumah kami kecil. Janji ada letrik boleh iron baju, hehee..

Suatu petang entah macam mana emak buka cerita pasal saka rumah belakang sekolah rendah aku. Dulu belakang sekolah rendah aku ada perkampungan setinggan. Aku tak pernah pergi tempat tu, tak tahu pulak macam mana mak boleh ada kenalan dekat sana.

Mak cerita, ada sepasang suami isteri ni kena ganggu malam-malam. Cerita benar sebab mangsa sendiri yang cerita dekat emak. Apa punca dia diganggu pun aku sudah ingat-ingat lupa. Mak kata malam-malam pasangan tu dengar macam ada orang cakar dinding rumah tu. Lepas tu ada suara panggil "Huusinnn", "Huuusinnn". Hahaa! aku tipu, itu cerita kak limah. Tapi part cakar dinding tu betul. Masa tu pasangan suami isteri tu dah takut, tapi selamat suami dia ada ilmu jugak, dia azan. "Allahuakbar Allahuakbar!". Sekali bukan dia lari, dia cakar bumbung pulak dah. Suami dia pun azan jugak buat tak endah. Lepas tu bunyi tu hilang. Jangan suka sangat, sebab esok dan esoknya lagi pasangan tu masih diganggu. last-last mereka pindah rumah. Yang setakat aku tahu tak ada orang pon sewa rumah tu lepas tu. Punca kejadian aku tak pasti mungkin saka atau mungkin orang 'hantar' untuk halau mereka dari kampung tu. Hmm, simple je cerita mak, tapi aku punyalah berdiri bulu roma dengar cerita tu. Aku memang penakut, nak-nak kalau cerita benar, lagi aku cuak. Kalau setakat rekaan tu boleh tahan lagi penakut aku.

Sekali bukan takat tu je cerita mak aku, dia buka cerita pasal masa kami nak pindah rumah dulu-penghujung 2005. Aku dulu masa awal-awal masuk asrama aku homesick. Hahah! buat malu je kan, sendiri yang apply asrama sendiri yang homesick. Mak aku dah pening dengan perangai aku yang asyik nak balik rumah je. Last2 dia cerita dekat jiran aku. Jiran aku pulak punya pandai pergi ajak mak aku jumpa bomoh. Kalau ikut hati mak aku, dia memang tak suka berbomoh-bomoh ni walaupun opah dia(moyang aku) dulu bomoh kampung. Haa, aku ulang part ni bagi korang ingat opah mak merangkap moyang aku dulu bomoh kampung. Saja aku highlight sebab akan ada kesinambungan dia.

Sambung cerita tadi, mak aku pun ikut la jiran ni. Mula-mula masuk je mak aku rasa tak sedap hati. Bomoh ni memang bertudung labuh tapi dia ubat lelaki tak pakai sarung tangan. Suami bomoh ni pun sama. Pelik aku bukan sepatutnya kena ada lapik? Mana boleh bersentuhan suka-suka walaupun tengah mengubat orang itu tak dikira darurat (itu yang aku pernah belajar la). Mak aku dah tak sedap hati, tapi dia ikutkan juga sebab nak jaga hati kawan. Lepas tu, bila mak aku bagitau pasal masalah aku. Bomoh tu pun mula lah nak menjampi.

Bomoh tu ambik bawang besar seketul. Dia potong dua, satu letak bawah dan satu lagi letak atas dia. Tiba-tiba yang atas tu tergolek ke bawah. "Sah! anak kamu ni kena tetemas, dia ketegur." kata bomoh tu dengan yakin. Ketegur tu kena tegur hantu/jin, aku explain bagi yang tak tahu. Mak aku punyalah geli hati masa tu tapi dia tahan gelak. Dalam perut tuhan aje yang tahu bertapa tak logiknya cara bomoh tu. Aku yang tengah dengar cerita aku ni pun tergelak-gelak. Ada pulak dia nak samakan aku dengan bawang! Kononnya kalau bawang tu jatuh memang aku ketegur dengan jin. Hahah! Logik mana bomoh ni pakai? Dah bawang kan bulat, tak rata memang la jatuh kalau letak dekat atas. Lainlah kalau letak terlangkup sah-sah bawang tu steady je tak bergerak. Adoii, kelakar lah.

Mak aku sambung cerita, bomoh tu ada lah bagi air untuk bagi aku minum tapi mak aku buang masa perjalanan balik rumah. Tak nak mak aku percaya, syirik! Bagus! aku puji mak aku. Bahaya percaya ada benda lain yang lagi hebat dari Allah, lari akidah-syirik. Dosa syirik adalah dosa yang tidak diampunkan Allah, neraka jawabnya. Na'uzubillah. Ustaz aku dulu pernah kata kalau kita sakit dan makan ubat, lalu kita percaya ubat tu yang menyembuhkan kita dan bukan Allah itupun dah kira syirik, inikan pula percaya bomoh yang kononnya dapat tahu benda ghaib, haisyh! Aku pun bagitau mak yang aku homesick sebab first time jauh dengan keluarga, biasalah. Kawan-kawan pun masa tu belum ada sangat, baru masuk tak pandai buat kawan lagi. Dah lama-lama aku OK je Alhamdulillah lepas jugak aku ambil SPM dekat sekolah tu. Mak aku gelak je.

Tapi rupanya cerita mak aku tak habis setakat tu. Masa lepas buat rawatan pasal aku tu jiran aku ada cerita yang kami (orang-orang kawasan setinggan) tu akan pindah flat dekat situ. Bomoh tu laju je pesan suruh jumpa dia ambil air buat pendinding rumah baru sebelum pindah. Tak nak mak aku jumpa bomoh tu lagi. Takut-takut asal rumah baru aku tu kosong tak ada jin tiba-tiba dia hantar jin dia melalui air yang dia bagi tu. Macam mana mak aku boleh terfikir macam tu? Haa, mak aku kan cucu bomoh. Mak aku tahu jugak sikit pasal sihir ni. Kalau kita berubat dekat bomoh, ada ramai bomoh yang menipu, bukannya dia buang jin yang ada pada kita, sebaliknya dia tambah jin dia pada kita. Maka makin sakit lah kita. Untuk apa dia buat macam tu? Entah lah aku sendiri tak pasti, mungkin untuk membiakkan jin dia kot.

Beberapa minggu kami pindah rumah baru, tak ada apa pun yang jadi, Kami buat macam yang ustaz ajar dekat aku masa dekat sekolah. Kami baca surah Al-Baqarah 44hari. Tak pun kami pasang tape pakai radio lama masa setinggan, Alhamdulillah tape mengaji tu masih boleh pakai. Aman je kami hidup. Tapi ada satu malam tu mak mimpi ada satu lembaga buruk dan besar datang jumpa mak. Lembaga ni marah pada mak, dia kejar mak nak pukul mak. Mak pulak tak nak kalah, dia baca macam-macam (apa yang dia ingat je), dengan perasaan marah mak pukul balik lembaga tu. Yang aku ingat mak aku maki dia "Celaka punya setan, aku tak kan ikut cakap kau. Berambus kau!" Perghh, cam dalam drama seyh. Berpeluh-peluh mak aku bangun lepas tu. Sempat mak aku ingat pesan ustaz, kalau mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri. Mak aku pun buat, selamat abah aku tidur belah kanan dia, hahaha..Jangan ingat mak aku dah selamat, dua tiga malam jugak dia mimpi buruk yang sama. Mak aku pelik kenapa dia boleh mimpi benda yang sama setiap malam.

Esoknya mak aku terserempak dengan jiran yang bawa dia jumpa bomoh hari tu dekat pasar. "Eh, sifulan(bomoh tu) tanya engkau sihat ke? Bila nak datang jumpa dia, dia rindu dekat kau", kata jiran aku bersungguh-sungguh. Mak aku naik hairan. Rindu? Haish, pelik! Dalam perjalanan balik jenuh mak aku fikir. Last-last dia teringat minggu lepas dia ada datang jumpa jiran aku ni, jiran aku kata bomoh tu tanya kenapa mak aku pindah rumah tak datang jumpa dia ambil air pendinding tu? Bomoh tu beriya suruh datang ambil air tu, dia pesan dekat jiran aku. Mak aku malas nak layan sangat dia kata "alah, tak pa la. Dah selamat pindah dah pun, alhamdulillah tak ada apa" mak aku sengih je. Selang beberapa hari lepas tu lah mak aku mimpi ada lembaga datang marah dekat dia. Sudahnya dua tiga malam mimpi benda sama. Lepas tu jiran aku tu pergi sampaikan kata bomoh tu tanya mak aku sihat ke, rindu kenapa tak datang jumpa. Haa, nampak tak apa yang mak aku dapat trace kat sini? Yezza, mimpi mak aku tu ada kaitan dengan bomoh tu! Mesti kau orang kata tak logik, mana buktinya nak kata bomoh tu yang penyebabnya? Meh sini aku share, kalau ada orang hantar 'barang' pada kita nak rosakkan atau apa-apakan kita, dia akan tanya balik keadaan kita macam mana lepas tu, sihat atau tak supaya dia boleh tahu yang 'benda' dia kirim tu sampai atau tak pada kita. Dalam kes mak aku ni, dia pakai jiran aku nak tahu status terkini mak aku. Sama kan? Fakta ni dikukuhkan lagi sebab mak aku kan cucu bomoh, dia tahu la. hehee....

Seram tak cerita aku? Langsung tak kan? tapi kalau kau orang yang lalui mimpi tu kompem seram punya hahah!. Masa aku nak pindah rumah tu kami gotong-royong robohkan setinggan kami tu, ambil kayu dia dan jual. Kalau biar orang lain yang runtuhkan rugi sebab tak dapat apa-apa hasil pun. Macam tulah hidup kami orang miskin, sampai duit papan dan zink pun berkira. hehee..Masa nak robohkan tu ada beberapa orang yang cedera, termasuk abah aku-patah tangan.

Pintu bilik aku-roboh rumah-mak aku cucu bomoh, semua ni ada kaitan. Nanti aku akan huraikan satu persatu ikut kronologi. Selamat menunggu..... ;)

'Antara Sedar Atau Tidak'Where stories live. Discover now