Yeong Nari'sMusim bunga hampir tiba dan entah kenapa ia mengingatkan aku tentang kisah aku sewaktu zaman remaja dahulu.
Kisah yang memeritkan jiwa, meragut pergi kebahagiaan yang selama ini aku sangka akan kekal selamanya.
"Saya suka awak."
"Maaf, aku tak rasa benda yang sama."
Aku berazam akan lupakan dia dan cari cinta yang lain pula. Cinta yang takkan menyakiti hati aku buat selamanya.
* * *Musim bunga 10 tahun yang lalu,
"Woi, korang ni silalah duduk diam-diam. Cikgu Yoongi savage tahi hidung masin dah datang!" jerit ketua kelas pada rakan-rakannya yang sedang leka membuat bising.
Dia berlari ke arah mejanya apabila Cikgu yoongi datang seperti biasa dengan rotan yang panjang dan menggerunkan itu.
"DIAM!" jerkah Cikgu Yoongi sambil mengacah mahu melibas punggung budak lelaki yang bising.
Semua pelajar di dalam kelas 5-2 terdiam. Masing-masing kecut perut dengan jerkahan cikgu tadi.
Sejurus kemudian, Cikgu Yoongi memanggil seorang pelajar untuk masuk ke dalam kelas tersebut. Seorang pelajar perempuan bertubuh rendah namun kelihatan amat comel melangkah masuk. Rata-rata pelajar lelaki terpesona sebentar dengan kecomelan wajahnya.
Taehyung's
Malas betul aku nak dengar bebelan cikgu kaki cantik tu. Aku merenung ke luar tingkap namun telinga aku masih dapat menangkap butiran suara Cikgu Yoongi.
"Baiklah semua. Hari ni saya akan perkenalkan seorang budak perempuan baru dalam kelas kita. Namanya Yeong Nari dan dia pernah bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi Daegun. Semoga korang semua dapat berkawan dengannya dan layan dia elok-elok."
Aku menoleh ke arah Cikgu Yoongi yang sedang berdiri di sebelah seorang pelajar perempuan.
Kenapa cikgu yang perlu perkenalkan dirinya sedangkan kebiasaannya pelajar sendiri yang akan memperkenalkan diri mereka sendiri. Pelik sungguh.
"Dia bisu." tambah cikgu lagi.
Mata aku membuntang, terkejut. Pelajar-pelajar lain turut terkejut seperti diriku. Ada yang mula berbisik. Ah, nak mengumpat lah tu. Perempuan memang tak habis-habis dengan gosip mereka. Entah bila nak maju kaum perempuan kalau macam ni.
"Kamu boleh duduk di sebelah
Taehyung terlebih dahulu. Bila dah ada meja kosong nanti, baru kamu tak perlu susah-susah duduk sebelah makhluk asing tu." selamba sahaja Cikgu Yoongi mengarah.Ish, aku benci betul orang panggil aku alien. Sedih tau tak? Sebab aku dah dapat pendidikan dan dididik oleh nenek sejak kecil.Kenapa nak panggil aku sampai macam tu? Ingat aku takde hati dan perasaan?
Budak perempuan bernama Na apa entah terus berjalan ke arah aku. Mata dia kelihatan tenang namun ada debaran di sebalik matanya itu.
Yeong bermaksud sunrise dan Nari bermakna Lily flower.
Cantik betul maksud nama dia. Eh kenapa pula aku melalut pas nama dia pula?
Dia tunduk di hadapan aku lalu melabuhkan punggung di sebelah kerusi aku yang kosong.
Dia tidak tersenyum malah wajah aku tidak dipandangnya. Entah apa masalah dia ni. Haih.
Aku perasan juga dia seperti hendak mengatakan sesuatu tetapi selalu tangannya diletakkan ke dada seperti menahan sesuatu. Eh lupa pula dia ni bisu rupanya.
"Kau budak baru kan?" soalku acuh tak acuh.
Aku tetap menyoalnya dia walaupun hakikatnya she's mute. Kisah apa aku?
Kepalanya diangguk tanpa secarik senyuman menghiasi wajahnya. Oh ya, umur kami 18 tahun dan ini tahun akhir persekolahan kami. Cepat betul rasanya masa berlalu.
Sebab dah tiada modal nak bercakap dengan Nari , mata aku kembali fokus pada papan hitam.
Okay, here we go again. He's teaching right now.
Kagum betul aku dengan cikgu berwajah putih melepak ni. Umurnya baru 22 tahun tapi dah mengajar kami. Awal betul dia graduate di universiti. Mungkin kerana berkat kepintaran cikgu sendiri atau kekayaan keluarganya.
"Cikgu nak bagitahu kamu semua sesuatu. Sebagai cikgu muzik dan English kamu, cikgu nak semua murid dalam kelas ni adakan persembahan muzikal. Kita ada festival sekolah kan? Jadi pastinya saya akan masukkan senarai nama kamu semua dalam persembahan tu termasuklah yang bisu di sebelah makhluk asing tu.
Riak wajah aku terus berubah. Bukan kerana digelar makhluk asing tapi Nari. Dia kan bisu. Jadi macam mana .. ?
"Cikgu, Dia kan bisu. Macam mana nak buat persembahan dengan orang yang bisu? Tak seronoklah kalau macam tu." Hoseok bersuara tidak puas hati.
"Yang kamu sibuk kata dia bisu tu kenapa? Biar cikgu sendiri yang uruskan." Cikgu yoongi melemparkan kapur tulisnya tepat pada dahi hoseok.
"Auch!" Hoseok mengerang kesakitan sambil menggosok perlahan dahinya yang kemerahan.
Pandangan aku sekali lagi dihalakan pada Nari. Aku tahu pasti dia tahan dirinya daripada menangis. Tanpa berfikir panjang, aku menyentuh tangannya. Dia terkejut lalu menjauhkan dirinya daripada aku.
Apa aku dah buat ni?
"
You can never control who you fall in love with, even when you're in the most sad, confused time of your life. You don't fall in love with people because they're fun. It just happens.🌳
"
YOU ARE READING
Wrong Fate +kth ✔
FantezieSeason 1 : Salahkah aku mencintai manusia walaupun aku iblis ? Season 2 : Mencintai manusia adalah kesilapan terbesar dalam hidup aku COMPLETED - masih dalam proses mengedit semula.