2 : Arrested

633 72 23
                                    



k.sg

Aku terus gapai handphone dalam sweater aku dan call ambulance dan polis.

Aku takut.

Tangan aku menggeletar. Jantung aku berdegup laju.

Jimin.

Aku terus call Jimin dan bagitahu pasal benda ni.

+ p.jm , k.sg +

" J-jimin.. S-saya takut.. "

" Ya! Wae?? "

Aku menangis.

" Yah , Park Seulgi! Wae?! "

" J-jihyun dengan Jikook --- unghhh -- k-k-kena---

" Yah Park Seulgi! Cakap betul betul! Kenapa ni sayang?? "

Tak sempat aku kata apa apa pegawai polis tu mencelah.

" Maaf , cik. Sila ikut kami ke balai polis sekarang. "

tutt....

+ Balai Polis
Seoul +



" Cik? " pegawai tu memulakan bicara.

" N-nae? "

" Boleh saya tahu maklumat tentang diri cik? Apa nama cik? "

" K-kang Seulgi. " aku mengenggam jari jemari ku kuat.

" Apa hubungan cik dengan mangsa tadi? " dia meneruskan soalan.

" Diorang anak saya. "

" Ah.. Boleh saya tahu apa yang terjadi? "

" S-saya tak tahu.. S-saya tak tahu... " tanpa aku perasan air mata aku jatuh dari tubir mataku.

Apa yang terjadi sebenarnya ni?

Aku keluar dari rumah untuk beli ramen.

Tiba tiba semua elektrik terpadam dimana semua bukti akan diambil dari kamera cctv.

Tiada saksi yang nampak aku.

Budak cashier tadi mungkin takkan cam muka aku sekali lagi.

Siapa yang akan jadi saksi aku?

Siapa yang akan menyokong aku?

Adakah diorang akan percaya aku?

Bolehkah diorang percaya aku?

Adakah JiHyun dengan JiKook selamat?

Aku nak jumpa diorang!

" Anak saya mana? "

" Nae? Ah , diorang di hospital. Cik jangan risau , apa apa nanti kami akan bagitahu cik. "

" Aniya. Saya nak jumpa diorang sekarang. Sekarang! "

" Nae? Haish , cik tak boleh pergi sekarang. Cik tengah disoal siasat. "

" Saya nak jumpa diorang jugak! " aku bangun dari tempat duduk aku , dan lari ke hospital berdekatan.

Kaunter pertanyaan aku tuju.

" Ada pesakit nama JiHyun dengan JiKook? "

" Nae? Ah , tunggu sebentar. " gadis tu mencari nama anak anak aku.

" Ada. Diorang tengah dibedah di Bilik Bedah 5. "

Kaki aku laju berlari ke tempat yang diberitahu.

Aku nampak seorang lelaki memakai topi dan seorang pegawai disebela dia.

Lelaki yang pakai topi tadi ,

Jimin!

" Jimin! "

Kaki aku cepat je lari peluk dia. Walaupun aku rindu dia sangat masa ni , aku tahan untuk tengok anak aku.

" yah , apa yang terjadi ni? " Jimin tekup muka aku yang kecil dan pandang rapi mata aku.

" B-bolla.. " air mata mula mengalir keluar dari tubir mata ku lagi.

Jimin usap pipi aku dan rambut aku.

" Gwenchana.. "

Pintu yang aku tatap dari tadi akhirnya terbuka.

Seorang doktor dan nurse keluar.

" Doktor , macam mana dengan anak saya? " Jimin mencelah.

" Mianhaeyeo.. Saya tak dapat selamatkan mereka. " doktor tu membongkokkan badannya.

Jantung aku rasa dah tak berdegup.

Kaki aku longlai.

Rasa dah takde apa apa kat dunia ni.

Anak aku baru je pergi.

Belum sempat aku nak cakap apa apa , seorang pegawai membuka kata.

" Cik Kang Seulgi , anda ditahan atas sebab telah membunuh Park JiHyun dan Park JiKook. "

• To Be Continued •

❛ Beast ❜ ISPJ ↠ p.j.m ❨ OG ❩Where stories live. Discover now