BAB 1

80 12 12
                                    

"Bella!" Pekik abangnya sambil bercekak pinggang.

"Eh kau ni apasal? Meroyan ke?" Soal Bella. Terpekik-pekik macam orang gila.

"Kau ni tak boleh berlembut sikit ke? Aku rindu kau yang dulu tau." Khairul sudah penat melihat perangai Bella yang berubah sejak dia habis graduate beberapa tahun lepas. Kalau tak dengan bahasanya yang semakin kasar itu, siapalah yang tidak panas hati.

"Dah, jangan kau nak ungkit lagi kisah yang dulu! There's no Nushrul Bella yang kau kenal dulu." Bella menjegil matanya ke atas sambil membaling baju kurung yang dihadiahkan oleh abahnya semalam.

Khairul pula tidak hairan dengan sikap Bella yang enggan menggunakan baju kurung. Dari semalam lagi dia memang sudah tahu yang Bella tidak akan menyukai hadiah pemberian abahnya.

Tanpa menghiraukan abangnya yang sudah berlalu pergi, dia menapak ke bahagian dapur. Perut pun dah berbunyi. Dia segera membuka peti ais yang berada didepannya itu. Nampaknya kosong.

Tanpa berlengah dia mengambil kunci kereta Honda miliknya. Tanpa disedari, Khairul pula dengan cepat mengambil tempat di bahagian penumpang.

"Amboi cepatnya kau! Aku tak ajak pun gila." Tengking Bella

"Kau ingat kau seorang je ke yang tengah meroyan sambil kelaparan?" Soal Khairul pulak. Dengan Abang sendiri pun Bella mahu berkira. Memang melampau. Bella memuncung.

Tapi, Bella ikutkan saja. Dia pun terus memandu dan mencari tempat makan. Mid Valley juga tempat kegemarannya.

Setibanya di Mid Valley, Khairul yang tadinya diam sahaja tiba tiba merungut.
"Boringggggg. Macam Malaysia ni ada Mid Valley je kan Bella kan?"

"Haa Betul Betul Betul" Bella pula loyar buruk. Memang jadi lah anjing dan kucing ni.

Bella melihat Khairul tidak membalas, dia kembali bersuara.
"Tak sedar diuntung."

Desis hati Khairul untuk membalas, akan tetapi dia tahu niat dia ke sini untuk makan. Kang tak pasal-pasal pulak Bella tak bagi makan nanti. Sudahlah dia tidak bawa wang.

_________________________________________

Dengan langkah yang laju Bella bergerak ke sebuah restoran tanpa menghiraukan Khairul. Bagi Bella, dia tidak suka sebarang lelaki yang bersama dengannya di hadapan orang ramai. Dia sudah penat diejek semasa sekolah dahulu. Sudahlah, dia sudah tidak mahu perkara itu berulang lagi.

Khairul memang sudah tahu apa yang membuatkan Bella berubah. Ia disebabkan oleh seorang lelaki. Bahkan dia amat rapat dengan lelaki itu. Tapi, dia hanya merahsiakan saja. Jikalau Bella tahu akan itu, pasti dia tidak dianggap seperti abang lagi.

Sudah lama juga lelaki itu tidak berjumpa mahupun satu khabar tentangnya Khairul tidak tahu. Dia amat lega, tapi yang pasti Bella akan tahu juga nanti. Entah bila.

"Bel, kau tak reti-reti nak tunggu aku ke?" Jerit Khairul sambil mencekak pinggang ke arah Bella.

"Kau tu jalan mengalahkan perempuan. Nasib baik tak pakai heels, kalau tak memang mereput aku tunggu kau jalan." Panjang lebar Bella merungut.

Khairul dan Bella tiba di McD. Katanya Bella mengidam 'ayam goreng McD' yang keluaran baru tu.

Author y mengidam sebenarnya. Bella pulak y kena. Sorry Bel.
-Author

Banyaklah kau punya sorry.
-Bella

Sampai sahaja, Khairul yang memesan makanan. Bella pula duduk di salah satu meja.

'Itulah nak sangat orang belanja kan, kena ada usaha' tergelak hati Bella melihat Khairul dipergunakan. HAHAHAHA

Hampir setengah jam mereka melayan makanan masing-masing. Maaf, melayan phone masing-masing.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang entah datang dari mana menegur Khairul. Bella pula buat tak tahu dan masih dengan phonenya.

"Khai? Am I right?" Soal lelaki yang berkaca mata hitam itu.

"Eh kau! Buat apa kat sini? Lama gila tak jumpa bro." Khairul membalas teguran lelaki itu kemudian tanpa segan silu lelaki itu duduk berhadapan dengan Bella. I mean tanpa diundang.

'Sibuk pulak mamat nih nak duduk sini' desis hati Bella yang masih tidak memandang wajah lelaki itu.

Bahkan semua orang tahu dia bencikan lelaki, jadi tak perlulah dia sibuk nak tahu mamat di depannya ni.

"Ni awek kau ke bro?" Soal lelaki bernama Dani itu sambil jari telunjuknya mengarah ke arah Bella.

Bella mengerutkan dahinya.

Dani yang terpandang riak wajah Bella lalu dia tahu akan Bella bukan awek kawannya.

"Opss! It's no right? Sorry." Dani menunduk mukanya untuk melihat wajah Bella yang dari tadi enggan bertegur dengannya.

'Perempuan ni mesti berlagak, aku yang hensem ni dia tak pandang' desis hati Dani.

"Ni adik aku. Just call her Bella. And Bella, this is Dani." Khairul memperkenalkan Bella dengan Dani, Dani dengan Bella.

Familiar sangat nama tu.

Namun, Bella hanya mengangkat sedikit mukanya memandang Dani. 'Oh hensem' eh apa pulakkkk! Acah je.

Dani pula memandang muka Bella lalu tersenyum sinis. Hah! I got this girl.

"Nice to meet you NUSHRUL BELLA!" Dani menekankan pabila nama Bella disebut.

Bella pula terkejut. 'Eh Khairul ada bagitahu ke nama penuh aku? Macam mana pulak dia tahu'

Bella dengan beraninya memandang Dani. Macam kenal.

Dani pasti Bella tidak mengenalinya lalu dia menanggalkan spec hitam berjenama Rayban itu sambil tersenyum sinis.

Dalam hati Khairul pula berkata 'maka akan tercetuslah perang dunia ketiga'. Khairul mengeluh. Pastinya Bella akan meraung sekejap saja lagi. Dia hanya menunggu.

Membuntang mata Bella melihat 'DANI MISHLLE' di depannya ketika ini.

"What the?" Bella terus angkat dari kerusinya.

Riak wajah selambanya sudah bertukar menjadi marah. Pipinya yang putih gebu itu memerah akibat amarahnya yang sudah membahang.

"Why Bel? Miss me? Eh no! I mean, that you still love me?" Dani dengan keadaan yang berpeluk tubuh memberi soalan sinis terhadap Bella.

Bagi Bella ini sudah melampau. Mengapa Dani perlu hadir lagi dalam hidupnya. Cukuplah beberapa tahun sebelum ini Dani sudah menghuru-harakan hidupnya.

Tanpa berlengah, Bella menarik lengan Khairul lalu beredar dari situ. Dia amat terkejut dengan kehadiran Dani.

"Balik sekarang!"
Khairul pula terpinga-pinga lalu mengikut sahaja langkah Bella menapak keluar dari McD.

Dani pula masih duduk di kerusinya sambil tersenyum.

'Game kita belum start lagi sayang'








To be continue :)

Katakan Aku CintaWhere stories live. Discover now