BAB 3

45 7 0
                                    

Semalaman Bella membelek-belek handphone miliknya demi mendapatkan maklumat tentang Dani. Sungguh dia tidak sangka Dani boleh terserempak dengannya di Mid Valley semalam. Ingatkan dah lama tak jumpa ni dia dah berubah. Oh yaa bukan Danilah namanya kalau dia dah berubah.

Dalam setiap satu aplikasi media sosial, tidak ada satu pun milik si Dani tu. Dia menghempap badannya ke atas katil sambil mengeluh.

"Dani Mishelle. Kalau kau nak perangkap aku, itu dulu. Sekarang ni biar aku pulak yang balas jasa baik kau tu. Semalam tu aku bagi masa kat kau, kalau boleh nak je aku simbah kau dengan air aku yang masih penuh semalam. Hahaha." Jelas Bella sendirian berakhir dengan tawanya.

Perempuan mana yang dapat tahan sabar dengan lelaki berperangai syaiton macam tu. Memalukan kaum lelaki beragama Islam. Sepatutnya lelaki menjadi pelindung bagi wanita, ini tidak lain jadinya.

Bella asyik melayan fikirannya yang cuma dipenuhi oleh wajah Dani itu. Perasaan benci yang membuak-buak membuatkan dia tidak henti-henti ketawa sendirian. Idea untuk membalas dendam bagaikan mencurah-curah.

"Siaplah kau Dani. Kalau kau datang lagi kau akan kena, tapi kalau tak datang, selamanya kau terselamat. Hahahaha." Persis seorang gadis pendendam riak wajah Bella ketika ini.

_________________________________________

Tidak senang duduk Dani kerana memikirkan tentang Bella. Azhar pula  terpinga-pinga melihat kawannya itu bertawaf di sekiling katil bagai cacing kepanasan.

"Kau rasa dia maafkan aku tak?" Tanya Dani kepada Azhar. Azhar pulak memberikan riak muka tidak faham. Entah mungkin dia sedikit hairan ketika di soal begitu.

"Hah. Pardon? Kau cakap apa ni. Aku baru masuk bilik kau dan dengan tiba-tiba kau tanya soalan macam tu."
Azhar yang baru melabuhkan punggung ke katil Dani menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

Dani pula seperti sedang mencapai sesuatu di dalam almarinya. Sekeping gambar dihulurkan pada Azhar.

"Ni haa. Tengok." Gambar yang terpampang wajah Bella 4 tahun lepas. Azhar menahan mulutnya seolah-olah gambar itu sangat kelakar. Perempuan yang berkaca mata besar dan kolot itu sangat melucukan baginya.

"Awek kau eh. Hahahahhahaha?" Akhirnya terletus jua ketawanya. Dani pula merampas kembali gambar tesebut dari tangan Azhar.

"Hish! Banyaklah kau. Ni haaa, gadis kolot yang aku dok cari selama ni tu. Kau jangan buat-buat lupa pulak eh." Kata Dani sambil menghayunkan jari telunjuk miliknya.

"Ohh, ni rupanya. Kenapa TERUK sangat?" Soal Azhar sambil merenung wajah Dani. Dani pula semakin cemberut. Kemudian itu dia pula yang ketawa.

"Asal pulak kau ni?" Tanya Azhar kehairanan.

"Kau cakap dia teruk? Hahahah kau rugi tak teman aku pergi Mid Valley semalam. Hahahhaha. Aku jumpa dia! Ya! Nampaknya kau sama je macam aku, ingatkan dia tu maseh kolot macam dulu. Sekarang ni dia dah macam model aku tengok. Cuma itulah garang sangat." Terang Dani.

Azhar terbelalak. Model? Matilah. Dani ni memang tak dapat tengok perempuan, semua dia nak! Tapi aneh, excited betul bunyinya. Pelik!

Azhar kemudiannya bersuara. "Cantik? Eh sekejap bukan kau pernah cerita kat aku ke yang budak perempuan yang kau nak cari ni lah budak perempuan yang kolot tu kan, yang kau hina-hina tu." Azhar kembali mengingatkan Dani tentang perangai tidak eloknya terhadap Bella dahulu.

Dani menunduk. Hmm rasa kesal di dada. Sudah sekian lama dia menanggung perasaan ingin meminta maaf tapi apakan daya boleh pulak dia memberi usikan jahat kepada Bella.

Tapi, diingatkan Bella itu tidak melawan haihhh dia bengang pulak hari tu.

'Dani-daniii itulah kau gatal sangat nak usik orang, nak mintak maaf tu minta je lah. Ni payah pulak nak main usik orang.' Bisik hati Dani.

Tiba-tiba Azhar yang melihat Dani yang sedang bingung, dia bertanya.

"So, apa yang kau nak buat? Still nak jumpa dia lagi?"

Dani tersenyum simpul. Terdetik juga dihatinya ingin terserempak lagi dengan Bella.

"Nanti aku fikirkan, mana nak cari dia." Azhar mengangguk setelah setia menunggu jawapan.

_________________________________________

Bella menggerakkan langkah ke lif pejabatnya. Dia bekerja hanya sebagai PA a.k.a Personal Assistant kepada bosnya. Haih, kadang-kadang memenatkan tapi nak cari duit punya pasal. Terserahlah.

Setibanya di tablenya, dia mencapai satu sticky note kecil yang terselit di komputernya.

'Hopefully mood awak baik hari ni.'

Tiada nama pengirim. Siapa pulak yang pandai-pandai bermain nota dengan Bella. Setahu dia, dia tiada secret admire. Biasalah, perempuan garang dan asyik tunjuk muka bengis je memang takdalah.

Memang betul pun. Ada ketika itu, dia balik ke rumahnya, saudara-mara entah bila entah sampai terkejut melihat perubahan Bella. Ada yang cakap dia persis perempuan yang memegang watak antagonis dalam drama. Mak long nya pula mengatakan dia tak lagi menghormati orang tua. Masuk tak bagi salam lah apalah.

Arghh! Bella pun kusut. Kalau tak cantik dihina,kalau cantik pulak dibangkang. Salahkah aku berubah?

Bella berhenti mengelamun setelah merasakan bahunya disapa. Bella memusingkan kepalanya. Oh! Dato' Radzi.

"Bella, are you okay?" Soal Dato' Radzi prihatin.

"Ya Dato'. I'm 100 percent okay." Dia menunjukkan trademark 'okay' mengunakan jarinya.

Dato' Radzi mentertawakannya. Entah apa yang lawak pun Bella tak pasti.

"Kalau okay tu senyum, bukan buat muka bengis. Faham. Okay now! Saya nak jumpa awak kat bilik saya. Lepastu bawakan saya fail kuning semalam tu." Arah Dato' Radzi.

Bella mengangguk dah hanya menurut. Dato' Radzi memang baik. Dia tidak pernah dimarahi oleh bossnya itu. Disebabkan itu juga, dia amat selesa bekerja walaupun penat yang teramat kerana terpaksa menguruskan hal peribadi bossnya.

Bella menolak daun pintu bilik Dato' Radzi. "Ni dia Dato'."

Bella menghulurkan fail kuning tersebut ke tangan Dato' Radzi.
Dia masih berdiri sambil menunggu tugasnya yang akan diberi nanti.

"Hah Bella ! Tengahari ni kita ada clien dari MiCousel Holding nak uruskan hal di Langkawi tu. So, awak temankan saya. Jangan lewat, sebab saya tak pasti clien kita tu jenisnya macam mana. Sebab dia orang baru jugak. So, bagi kerjasama yang baik nanti masa berdepan dengan dia. Saya taknak siapa-siapa malukan syarikat saya."

Bella menurut kemudian dia keluar.
Ohh! Tak ada lunch time lah aku hari ni.

Baru sahaja nak berdrama, ada saja tangan yang menyapa. Ni bukan orang lain lagi kalau suka sangat mengusik.

"Hoi baby shark, buat apa tu? Busy ke?" Kalau tak menyibuk memang tak sah kalau bukan lagi si Mummy shark ni.

"Yes Mummy shark, aku sibuk. Dah tu, blah lah." Bella menghalau Myra dengan menepis tangan comelnya itu.

Myra pula geram lalu mencubit pipi Bella. Memang sengaja dia ingin memberi bekas merah pada pipi Bella yang putih gebu itu.

Bella pula menjeling sambil mengusap pipinya yang kesakitan itu.
"Suka-suka je cubit pipi orang. Dahlah kuat pulak kau tarik. Ingat ini pau ke hah? Pau makcik Senah kat bawak tu 3 seringgit , pipi aku ni mahal lagi dari pau favourite kau tu." Bella mendengus.

Masing-masing diam. Kemudian ketawa bersama-sama. Hahahah itulah sahabat.



To be continue :)))))

Katakan Aku CintaWhere stories live. Discover now