BAB 2

43 10 0
                                    

Bella langsung tidak bercakap semasa dalam perjalanan balik ke rumah. Dia hanya mendiamkan diri mungkin cuba untuk menahan marah daripada membuak. Husnuzon.

Khairul risau akan adiknya. Dia ingin sangat membantu, akan tetapi dia takut Bella tidak mahu. Hahaha abang takut dengan adik sendiri? Hahaha kelakar kan? (Eh jap! Ni bukan ke ayat si Fattah tu? Er whatever lah)

"Kau okay?" Khairul memberanikan diri bertanya. Sambil itu dia memandang Bella sebelah kanannya.

"Hmm." Keluhan kecil sahaja Bella mampu balas.

Dalam kereta itu hanya dikuasai oleh suara radio sahaja.

Sampai sahaja depan pagar rumah. Nampaknya, sebuah kereta Audi milik abah mereka 'TERhias' elok depan mata.

'Hmm abah' Dengusan Bella dapat didengari Khairul. Khairul hanya menggelengkan kepalanya.

"Assalamualaikum." Serentak Bella dan Khairul memberi salam.

Salam mereka tidak disahut. Seperti tidak ada orang di ruang tamu. Mungkin di dapur kot.

Bella menapak ke bahagian dapur. Kemudian di ternampak uminya sedang sibuk menyediakan makan tengah hari. 'Hmm Bella baru je lepas makan, umi'

Dia teringat pula tentang Dani tadi. Aaa pembetulan 'baru lepas makan dengan ex crush'

"Eh anak umi. Jalan dengan siapa tadi?" Soal uminya prihatin dan tersenyum segaris.

"Dengan Khai." Jawab Bella dengan malas. Hmm hari ini mungkin moodnya sudah rosak akibat melihat muka mamat pemusnah tadi tu. Huh!

"Anak umi ni kenapa? What's going on sayang? Tell me." Datin Marina amat risau akan Bella. Hmm bukan sahaja untuk hari ini bahkan hari-hari dia risau.

Flashback

Bella menceritakan bahawa dia pernah meminati Dani dahulu sewaktu dia di universiti dulu.

Namun, siapa suka akan perempuan yang berkaca mata besar, baju mengalahkan orang yang berbadan besar dan 24/7 bawa buku. Hmm bagi Dani Mishelle perempuan sebegini kolot.

Pada suatu hari itu, Bella memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya terhadap Dani.

Akan tetapi Dani menolak. Menolak juga satu hal, boleh pula Dani memalukannya di hadapan orang ramai.

"Assalamualaikum. Dani." Tegur Bella tersenyum sambil tangannya giat membetulkan kaca mata besarnya.

"Kau nak apa?" Balas Dani kasar. Dani meneliti Bella dari atas sampai bawah. 'Kolot'

"Sebenarnya, hmmm saya suka kat awak." Jujur Bella. Tersipu-sipu dia di situ. Orang lain memerhati Bella dan Dani.

"Owhh. Maaflah, aku tak boleh terima. Tapi, sekejap ya!" Dani menolak dengan baik. Kemudian dia memanggil rakan-rakannya yang lain.

"Guys, attention!" Dani melambai-lambai ke arah rakannya sambil tersenyum penuh makna. Kebanyakannya perempuan.

Dia mempunyai rancangan jahat terhadap Bella.

Bella pula masih terpinga-pinga menantikan Dani yang hendak meneruskan percakapan.

"Okay. I nak tanya you semua." Dani memulakan bicara.

"Tanya apa sayang?" Soal salah seorang perempuan di situ.

Bella memandang ke arah perempuan itu. 'Boleh pulak dia bersayang-sayang. Erh, sudahlah dengan tak cukup kain. Nak kasi orang buta ke?' Gumam Bella.

"Haaa, Dani's girl type macam mana eh?" Dani menyoal ke arah perempuan-perempua di depannya.

"Of course, sexy, elegent, rich, sweet."
Kata Adriana sambil melenggok-lenggokkan badannya.

Katakan Aku CintaWhere stories live. Discover now