BAB 4

36 7 1
                                    

Bella melangkah masuk ke restoran Salaam sambil matanya meliar-liar mencari kelibat Dato' Radzi. Dia mengeluh apabila tidak dapat mengesan kelibat Dato' Radzi.

'Suruh datang awal, tapi dia pulak yang akhir. Ke aku yang TERawal sangat' Gelak hati Bella.

Sambil dia ketawa sendirian, ada suatu tubuh yang sasa melanggar bahunya dan membuatkan Bella hampir tersungkul ke hadapan. Nasib baik tidak jadi, kerana ada tangan yang menyambut.

"I'm so sorry, Miss. Saya tak nampak tadi." Lelaki itu meraih maaf sambil tangannya melepaskan badan Bella.

Lelaki????! Bella apa lagi, dia terus beredar tanpa membalas apa-apa. Dia bukan hirau sangat dengan lelaki. Lantak dialah.

Lelaki itu tersentak. Lalu memanggilnya.

"Hoi cik adik, terima kasih pun tak ada main blah macam tu je." Tengking halus lelaki itu. Orang rama memandang sekilas ke arah mereka berdua. Nampaknya menggangu sedikit orang di situ.

Bella pula dengan malasnya memusingkan kepalanya menghadap lelaki tesebut. Sungguh terkejutnya dia kerana yang melanggarnya itu ialah Dani.

Dani pula sama terkejut.

Kemudian, dia memberikan tersenyum sinis memandang Bella. "Patutlah tak pandai nak berterima kasih, rupanya kau."

Bella dengan perasaan geramnya melangkah rapat ke arah Dani.

"Here, This is my thanks to you." Dengan beraninya Bella memijak kaki Dani yang berlapik dengan kasut kerjanya itu. Entah dia rasa ke tidak sakit itu.

Tanpa menghiraukan lebih lagi, Bella terus beredar dan mencari meja kosong. Berkali-kali jugalah dia memandang sekilas jam ditangannya.
'Manalah Dato' and Clien baru tu. Penat ni aihh menunggu' Bebel kecil keluar dari mulut Bella.

Sambil dia menunggu, dia mengingat kembali peristiwa tadi. Baru je berapa minit berlalu sudah jadi PERISTIWA eceywahhhh.

Macam manalah dia boleh terserempak dengan lelaki itu , tapi bagus jugak. Ada jugak modal untuk balas dendam.

Sambil itu dia ketawa kecil lagi kerana teringatkan sesi memijak kaki si Dani a.k.a musuhnya itu.

Kemudian tegur satu suara.

"Hah macam ni lah senyum, nampak sikit macam perempuan. Tapi kalau dah senyum sorang-sorang ni tak tahulah sakit apa." Gurau Dato' Radzi.

Bella hanya tersenyum kelat. Sudahlah dia lama menunggu, boleh pulak diberi lawak yang tak lawak tu.

"Bella, here clien dari MiCousel Holding. Bella, this is Dani, CEO. And Dani, this is Bella my personal assistant."

Alangkah terkejutnya buat kali kedua Bella kerana clien baru yang dikatakan oleh Dato' Radzi itu ialah Dani! DANI MISHELE.

Kenapalah malang sangat ni.

Bella hanya memberi senyuman kelat pada Dani. Dani pula senyum, alahai kalau nak dikatan senyum tu sampai ke telinga. Seronok betul kan dia?

Kemudiannya mereka duduk. Dani memngambil tempat duduk di hadapan Dato' Radzi sementara itu Bella berada di sebelah Dato' Radzi.

Mereka mula membincangkan hal projek.

Sedari tadi, sedang Bella menyibukkan dirinya dengan menulis perbualan  diantara Dato' Radzi and Dani, sambil itu mata Dani asyik meliar-liar memandang ke arah Bella.

'Oh my, asal lah kau cantik sangat ni. Kenapa dulu kau tak macam ni, kalau tak memang kau milik aku dah. Tengok kau, buat aku tak keruan lah Bella. Hmm oh hati apakah ni?' Bermain-main persaan di dada.

Bella tidak dapat duduk senang kerana dia tahu Dani asyik memerhatinya. Dia tidak selesa dengan keadaan begitu.

Dia hanya mampu menguatkan hatinya dan bersabar sahaja. Sesi ini akan habis tidak lama lagi.

Tiba-tiba handphone iphone 7 plus milik Dato' Radzi berdering. 'Janganlah nak bagi malapetak kat aku' Gumam Bella perlahan.

"I'm sorry, ada call." Dato' Radzi dengan itu melangkah keluar.

Kini tinggalah Bella dan Dani di satu meja. Bella pula buat-buat Dani itu langsung tak wujud.

Tapi, Dani berani memulakan bicara.

"So, how long dah kau kerja jadi p.a ?"
Dani menyoal sambil mendagu.

Bella mengangkat mukanya. Dari tadi lagi, mukanya hanya ditundukkan. Kepalanya sudah hampir patah menangan lenguh.

"Cakap dengan aku ke?" Soal Bella dengan sinisnya.

Dani jadi tak keruan. Dia ketawa. Bella pula terdiam.

"Tak, cakap dengan beruk. Beruk hodoh." Dani menyindir sambil ketawa dan kepalanya digeleng-gelengkan.

Disebabkan Bella tidak memberi respon, dia kembali bersuara.

"Cakap dengan kau lah. Tak reti lagi nak jawab." Kasar bunyinya kali ni.

Bella menjegil matanya ke atas. Jawab jelah. "Hampir setahun maybe."

Dani mengangguk. Kemudian mereka kembali mendiamkan diri.

'Hish, manalah Dato' Radzi ni. Lambat betul. Dahlah aku tengah duduk berdua-duaan dengan syaiton ni.' Getus Bella dalam hati.

Kemudian ternampak kelibat Dato' Radzi menghampiri mereka dengan tergesa-gesa. "I'm so sorry. I got to go. My wife kat hospital. Bella, tadi you datang pakai motorbike kan?" Soal Dato' Radzi. 'Dah kenapa pulak dia soal begitu.'

Bella mengangguk.

"Dani, boleh tak you tolong hantar Bella balik. Dekat luar tu hujan, selalunya I yang hantar dia tapi i got to go. I trust you can I?" Dani buat muka selamba sambil mengangguk.

Bella terkejut beruk. No! Tak mungkin dia nak naik satu kereta dengan Dani. Ini kes naya tau. Kalau mati, tak sempat nak bertaubat.

Tapi, dia teringat pesan Dato' Radzi di office tadi. Jangan malukan dia di hadapan Dani. Arghhh! 'Apa aku nak buat ni.'

Dato' Radzi mencapai briefcase nya dan berlalu pergi meninggalkan kedua mempelai di meja makan itu. Cewah mempelai kepala hotak.

"Hah! Apalagi tercegat kat situ. Masuk lah lagi." Tengking Dani kerana melihat Bella seperti sengaja melengah-lengahkan waktunya.

"Huh! Kalau dah taknak bagi tumpang tu bagitau je. Berlagak baiklah pulak tadi." Bella mencebik. Kakinya dihentak-hentak seolah-olah merajuk. Argh? Merajuk dengan lelaki macam ni, bluekkk.

Dani memulakan perjalanannya.
"Ni diam je asal. Kau jangan nak feeling-feeling jadi awek aku pulak eh. Kau ingat aku tahu rumah kau?"

"Entah siapa yang feeling jadi awek kau. Rumah aku kat Taman Damansara. Kau pergi je nanti aku bagitahulah." Jawab Bella.

'Alamak! Apa aku buat ni. Cakap nak minta maaf lah. Asal aku yang mengada-ngada pergi tengking kat dia ni? Hmm, apahal ni.' Bisik hati Dani.

Dani cuba memperbaiki keadaan.
"Kau macam mana boleh berubah macam ni eh? Cantik semacam je." Dani memerhati sekilas wajah Bella.

"Itu pujian ke? Kejam betul bunyinya." Soal Bella kembali.

Bella bersuara lagi. "Eh kejap, bukan dulu kau ke tak suka aku sebab aku ni buruk? Kan? Ni kenapa pulak nak puji-puji? Menyampah je dengar." Bella mengungkit kisah silamnya.

"Kau, tak payah lah nak ungkit-ungkit pulak." Sedih kali ini didengari suara Dani.









To be continue :)))

Katakan Aku CintaWhere stories live. Discover now