BAB 6

34 8 5
                                    

Bella dengan tidak tentu pasal merampas handphome yang sedang digenggam abangnya.

Khairul yang sedang berdiri tercegat hanya membiarkan perbuatan Bella. Tidak mungkin dia mahu menepis pulak, Bella sudahlah tidak sihat.

"Apa yang adik nak buat?" Khairul mula menyoal dan memandang Bella yang sedang membelek-belek bahagian contact dalam handphonenya.

Bella mencari nama si Dani. Hah, nak sangat tahu keadaan aku kan. Ni haaa aku nak bagitahu.

Terpampanglah nombor milik Dani. Laju sahaja tangan Bella menekan butang call. Tak sabar katanya.

Apabila Bella mendengar talian sudah disahut, tanpa memberi salam dia menerjah terus.

"Hoi, kau nak tahu sangat keadaan aku kan. Ni aku nak cakap hati aku ni!! Dah lama sakit tahu. Makin tengok muka kau, hati aku lagi sakit. Kenapa kau perlu hadir lagi dalam hidup aku. Cukuplah kau dah lukakan aku dulu." Bella menengking sepuasnya.

Tanpa dia sedar telinga lain yang mendengar bukanlah Dani.

"Eh, kau dengar tak ni?" Tanya Bella kasar oleh kerana tiada sahutan dari Dani.

"Assalamualaikum nak, Ni maknya Dani. Maaf, Dani tak ada. Dia sedang mandi kat atas." Terangnya.

Bella terdiam. Terkedu. Dia menelan air liur. Tak terdetik pun nak berkasar dengan orang tua Dani.

'Apa aku dah buat ni?' 'Hmm matilah mesti dia ingat aku nak tidak ada adab'

"Waa aa laikumsalam." Jawabnya tergagap.

Ibu Dani iaitu Puan Sr Aqasha ketawa kecil mendengar Bella tergagap-gagap menjawab salam. Dia tahu itu Bella.

'Haishh, ni anak aku lah punya pasal ni.' Gumam Puan Sri dalam hati.

"Maaf makcik. Saya tak sengaja menengking tadi. Saya ingatkannn.. "
Belum sempat Bella menghabiskan ayatnya, Puan Sri menyambung.

"Dani kan? Hahaha Anak makcik ni memang patut ditengking ke?"

Walaupun Bella terasa apabila ditanya begitu, tapi kepalanya mengangguk setuju.

'Memang patut sangat ditengking manusia sebegitu.'

Tapi Bella rasa bersalah. Mana boleh dia nak cakap ya. Hmm ibu lebih tahu perangai anaknya sendiri.

"Er takk. Maaf makcik. Saya letak dulu ye. Assalamualaikum." Lembut sahaja suara Bella tuturkan.

Manalah tidak, dia sudah puas menengking tadi.

Bella mengembalikan handphone milik Khairul.
Khairul yang sedari tadi memerhati Bella kemudiannya meletuskan tawanya yang telah tersimpan tadi.

Besar pula suaranya. Bella menjeling sekilas. Hmmmm gila tak malu, bukan main lagi tadi kot kot nak jadi gengster. Pui, gengster ayam.

Kalaulah wanita tadi a.k.a ibu kepada Dani memberitahu Dani tentang perkara ini, Haishhh pasti malu.

Mana dia mahu sorokkan muka nanti. Memang sahlah ni jadi bahan gelak mamat sewel tu nanti.

Malu yang teramat. Dia teus menyelimutkan dirinya dalam selimut.

Khairul nemerhati gelagat adik kesayangannya itu.

'Bella yang dulu, pemalu.'

Dia tersenyum segaris. Kemudian, berlalu keluar.
_________________________________________

Hari yang sihat juga si gadis menawan yang sudah kembali sihat.

Bella bangun dari tidurnya lalu bergegas ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudu'.

Katakan Aku CintaWhere stories live. Discover now