Lukisan Biru Pirus

506 9 0
                                    

Bukit Cinta | 2017, Ditemani Alunan Kisah Dari Selatan Jakarta (White Shoes & The Couple Company)

"I blame God everyday---before I met you." Dia mengambil berus lukisan yang paling kecil antara ketujuh tujuh berusnya yang dia simpan rapi dalam bekas kulit berwarna hitam. Dia picit keluar warna biru pekat dan merah jambu ceri dari tiub yang terletak di sebelah lengan kirinya yang dia rehatkan di atas meja. Dia calitkan kedua duanya dan menggaulkan dalam mangkuk kecil yang ukirannya berwarna biru pekat dan putih; kelihatan seperti hasil seni pengukir dari China.

Dia kemudian membuka penutup botol minyak dan dia tuangkan ke dalam mangkuk yang sama. Warna warna yang dicampur minyak mula kelihatan berkilat dan dia gaulkan sekali lagi.

Perlahan dia melarikan berusnya di atas kanvas yang masih berwarna putih keseluruhan permukaannya. Dia calitkan, mendongak kepalanya kea rah kiri dan kemudian meneliti siling selang beberapa saat. Kemudian, dia perlahan tersenyum dan kembali mencalitkan berus ke dalam mangkuk.

"I read The Paris Review this morning; the yellow edition. I saja nak menyelami the mind of some fiction writers and Dorothy Parker came first. In that interview, what she said reminds me so much of you.

From tough babe to exquisite little love---that's basically who you are to me.

And have I told you how beautiful you are in that soft pink cherry dress?

------I know I made a good choice when I bought that for you."

Dia menyambung ayatnya lagi sambil terus melukis babak babak warna yang bercampur kesemuanya sebanyak empat warna berlainan; yang masing masing mencuit hati aku kerana campuran mereka kelihatan seperti bakal menjadi 'masterpiece' dia. Perasaan aku juga terlonjak lonjak mahu meminta lukisan itu dari dia tapi aku tahankan.

"Thank you. So sweet of you to say that." Ringkas aku membalas, sambil aku betulkan tuala putih kecil yang aku gunakan untuk melapik gaun yang aku pakai; khuatir kalau kalau warna warna terkena padanya. Tambah tambah lagi, warna yang aku pilih ada kemungkinan akan merosakkan gaun itu kerana mereka selalunya bertukar tukar mengikut gerak hati aku pada hari itu. Jika aku merasa tenang, selalunya aku memilih warna pastel dan apabila aku merasa teruja, warna warna campuran ungu, hijau dan biru pekat yang selalu aku pilih.

"Why did you blame Him? Apa yang Dia dah buat to you, if you don't mind I ask?" Aku bertanya membalas perkataan yang dia ujarkan pertama kali tadi memecah kesunyian. Bunyi pusingan kipas memenuhi ruang beberapa saat; ketika dia sepertinya memikirkan jawapan yang sesuai untuk dia ujar padaku saat dia ralit berfikir apa yang seterusnya mahu dia abadikan di atas kanvas itu.

Dia berhenti melukis sebentar dan dia bangun dari tempat duduknya. Dia kemudian meletakkan berus di dalam bekas berisi air yang sudah melarut bersama pelbagai warna yang akhirnya menghasilkan warna kelabu pekat. Kemudian dia pergi ke dapur sebentar dan aku dengar bunyi pintu ais dibuka. Dia keluarkan botol air mineral yang bersaiz sederhana dan dia teguk perlahan. Kemudian dia tutup botol dan menyimpannya kembali ke dalam peti ais.

"Do you know how loneliness means to me few years back?

It felt like a friend who refused to leave me everyday when I come back home after work.

Wait.

No.

It was a friend I refused to leave after seven years losing almost everything in my life. Everything was in silence mode; this place was freaking empty and I tak kisah lansung nak kemaskan atau tak.

This area that you see now; they were not like this before. I tak pernah pergi ke dapur, I tak pernah kisah about this dining table and I only stay in my room.

Imagine, living like that for seven years long." Dia kembali ke tempat duduknya dan tiba tiba berkeputusan melukis menggunakan jarinya. Warna warna mula menyaluti jemarinya saat dia pusarkan di atas permukaan yang kasar kanvas----yang kini mula membentuk menjadi bentuk kegemarannya. Dia sukakan permukaan biru bercampur putih; yang kelihatan seperti permukaan laut yang mengombak ke pesisir pantai di siang hari. Saat saat tenang yang melagu perasaan perasaan manusia yang bercampur baur tatkala mereka memilih lautan sebagai tempat mereka membenam dan menanam apa yang tak mampu disimpan dalam benak.

"I can only imagine...

But I'm glad you are out from it now. I am glad you chose to be out there; because without being out there----we wouldn't happen.

And I would not be around too at this point of my life.

You know how silly I am when I tried to run from my problems and sometimes when I got into that selfish zone, I used to think that dying is the best way out.

But it is not, isn't it?"

Aku bangun perlahan dan meletakkan spatula melukis aku di tepi spatula spatula kecil lain yang berselerak menimpa tisu dan warna lain yang sudah aku adun awal tadi di atas kayu berbentuk bujur. Kayu kegemaran aku yang kini sudah tak bersih dicemari rasa sayang yang terhasil dari tari jemari aku saat aku melukis; sambil mendengar lagu instrumental dari sebuah filem yang bercerita tentang kisah cinta yang terhenti kerana si perempuan mahu menjadi pelakon terkenal di Hollywood sementara lelaki mahu tinggal di Bandar kelahirannya untuk membuka kelab malam.

Aku berjalan ke dapur dan membasuh tangan, sambil ralit memerhati buih buih yang bertukar menjadi warna biru pirus dek campuran warna yang luntur saat aku cuci tangan dengan sabun.

Aku capai tuala kecil yang tersangkut dari atas sinki dapur dan mengelap tanganku. Kemudian aku letakkannya kembali dan berjalan ke arah dia. Aku berhenti di belakang kerusinya, tersenyum melihat lukisannya dan menunduk ke bahunya. Aku cium perlahan hujung bahunya dan melingkarkan tanganku di lehernya sedikit demi sedikit.

"I don't blame God before I met you; but I thank Him so much that I am able to see you everyday while doing what we love together.

And if you say I am your exquisite little love;

Sweetheart, I swear you are my Godsent."

Mimpi Mimpi Nomad [Published]Where stories live. Discover now