level : hard
serangan panikku bermula ketika aku masih kanak-ii. tiap kali aku mencuba untuk bersosial, mesti diakhiri dengan tangisan dan sesak nafas.
aku sangat pendiam dan introvert, hingga omma dan appa menyewa seorang psikiater. dia membuat ubat-ubatan yg tak hanya menumpulkan rasa cemasku, namun juga semua perasaanku. dengan semua perubatan ini, aku merasa tidak menjadi diriku sendiri.
setelah cukup dewasa untuk pindah dari rumah omma dan appa, aku berhenti menelan pil-ii itu. aku mengatakan pada terapisku bahawa aku menjumpai ahli lain. itu memang benar. aku memang menjumpai ahli lain. cuma, dia bukanlah seorang psikiater.
di forum “ubat alternatif”, seorang user bernama anxiousabe merekomenkan seorang wanita yang boleh menyembuhkan menggunakan “kristal”. kedengaran seperti gimik bagiku, namun dia mengklaim bahawa Madame Mirae (begitu namanya) telah menyembuhkan penyakitnya. aku menulis mesej pada @anxiousabe, menanyakan kewujudan madame mirae. dia bersumpah dan memberikan aku alamatnya.
aku membunyikan loceng dan seorang wanita keluar, memperkenalkan dirinya sebagai madame mirae.
setelah berkongsi ceritaku, aku mula berasa nyaman, bahkan lebih nyaman berbanding berada dengan terapis. sepertinya beban berat akibat penyakit aku akhirnya mati.
“saya ada kristal yang sesuai untuk awak.” katanya. dia kemudian pergi ke belakang dan kembali beberapa saat kemudian dengan sebuah rantai kristal kuning. pada pusat liontinnya, aku boleh melihat sesuatu yang bersinar.
“ azimat yang amat ajaib. ” dia menjelaskan, “ logam yang berasal dari meteor, diselimuti oleh batu amber. gunakanlah selalu dan rasakanlah segala kegelisahan awak akhirnya mencair dan hilang. ”
memegang kristal itu, aku bersumpah aku merasakan kehangatan memancar dari dalamnya. seolah kristal itu... hidup.
aku selalu mengenakannya. aku tidur dengannya, bahkan mandi dengannya.
merasakan kristal itu menghangatkan dadaku, aku berasa percaya diri! aku mula berani memulakan perbualan dengan orang-ii, berkawan, bahkan mampu mengorat perempuan hanya dalam beberapa hari. rasanya kehangatan kristal ini telah tersebar ke seluruh tubuhku, memberikan aku nyala percaya diri yang sihat.
aku kembali ke tempat madame mirae, berharap untuk memperoleh kristal lagi. namun aku menemukan pintunya telah dihadang dengan garisan polis. seorang polis kelihatan sedang berjaga. aku bertanya apa yang terjadi.
" wanita itu dipenjara. ” jawabnya. aku bertanya kenapa, namun dia tak menjawab. benih keraguan dan kecemasan mula merayap dalam diriku, pertama kalinya untuk beberapa hari terakhir.
aku menghantar mesej kepada @anxiousabe, bertanyakan mungkin dia mendengar tentang penangkapan mirae.
rupanya wanita itu bekerja di hospital. dia ditangkap mencuri di sana.
“ oh, ubat-ii? ” aku menjawab. dalam hati aku berasa malu percaya kepada seorang penagih ubat. dia mungkin hanya memberikanku logam bekas yang diletakkan di dalam kaca berwarna. tapi kalau itu betul, macam mana nak jelaskan rasa hangat yang keluar darinya? atau mungkin itu hanya perasaanku sahaja?
“ bukan, dia curi peralatan. ”
“ peralatan apa? ” aku dengan cemas bermain rambutku. rasa hangat di dadaku tiba-tiba berubah menjadi panas yang menyengat. tanpa sengaja aku menarik rambutku.
adaa gumpalan rambut yang tercabut di tanganku.
🍁🍁🍁
i shoulda post dis yesterday smh.
YOU ARE READING
spooky riddle k-idol
Детектив / Триллер❛❛ figure these out. ❛❛ \\ creepy riddle k-idol continues [ peachyaest © 2017 ]