ALAF 01

285 21 3
                                    

Pengumuman mengenai pesawat dari New York ke Korea Selatan telah mendarat dengan selamat telah diumumkan. Seorang lelaki berpakaian serba hitam berjalan menuju ke arah seorang lelaki yang memakai suit hitam dengan penuh bergaya. Lelaki yang dengan suit hitam tersebut berlari anak ke arahnya dan menunduk dengan sopan sebagai tanda hormat.


“Adakah tuan muda sudah menunggu terlalu lama? Maafkan saya kerana terlambat.”


Sekali lagi lelaki tersebut menundukkan dirinya. Kelakuannya itu hanya diperhatikan oleh majikannya yang bergelar tuan muda kepadanya. Langsung tidak ada senyuman yang menghiasi wajah tuan mudanya.

Tuan mudanya yang berpakaian serba hitam tersebut hanya melihatnya tanpa menunjukkan sebarang ekspresi. Hal ini menyukarkan sesiapa pun untuk meneka apa yang difikirkannnya mahupun emosinya ketika itu. Berbeza dengan abangnya yang sering mengukir senyuman di bibir. Walaupun hanya sebagai formality.


“Don’t waste my time. Just lead the way.”

“Baiklah, tuan muda”


Tanpa diarah untuk ke-2 kalinya, lelaki dengan suit tersebut segera menunjukkan jalan kepada tuan mudanya dan sesekali menoleh ke belakang memastikan bahawa tuan mudanya masih mengikutinya dan berada dalam keadaan yang baik.

Walaupun masih muda, terlalu banyak orang yang ingin membunuh tuan muda tersebut. Kekayaan dan status sosial tuan mudanya sebagai CEO FXXK Company merupakan alasan utama tuan muda tersebut dikehendaki oleh pelbagai pihak sama ada untuk dipergunakan ataupun dibunuh.

Lelaki tersebut segera membukakan pintu kereta untuk tuan mudanya sebelum menghantar tuan mudanya ke destinasinya dengan menggunakan kereta tersebut. Perjalanan tersebut sepatutnya hanya memakan masa selama sejam sahaja.

Namun, traffic jam menyebabkan mereka masih lagi belum tiba ke destinasinya. Sang pemandu hanya mendiamkan diri dan sesekali melihat ke arah  tuan  mudanya yang hanya mengeluh sambil melihat pemandangan dari cermin kereta.


“Tu-tuan muda! Apa yang ingin anda lakukan?”


Sang pemandu amat terkejut akan kelakuan tuan mudanya yang terus pergi setelah keluar dari perut kereta klasik tersebut. Tuan muda tersebut hanya memberikan pandangan membunuhnya yang membuatkan sang pemandu terdiam.

Tatapan tersebut seolah-olah mengatakan bahawa sebaiknya dia membiarkan sahaja tuan mudanya melakukan apa sahaja yang diinginkannya. Sejak dari kecil lagi, tuan mudanya itu sering mendapatkan apa sahaja yang diingini.

Tuan mudanya yang keras kepala itu tidak pernah berhenti untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya selagi benda tersebut belum menjadi miliknya. Sang pemandu hanya mengeluh melihat bayangan tuan mudanya semakin menjauh dan kemudiannya hilang dari pandangan.

Berbalik kepada tuan muda yang keras kepala tersebut. Dia berjalan sambil memerhatikan keadaan disekelilingnya. Ternyata sudah banyak benda yang berada di kota Seoul tersebut sepanjang keberadaannya di New York.

Dia mendengarkan alunan lagu dari smartphone miliknya dengan menggunakan earphone. Dia terus berjalan tanpa arah tuju sebelum membuat keputusan untuk bersiar-siar di sebuah taman yang ditemukannya secara tidak sengaja. Dia mendudukkan dirinya di bawah sepohon pokok yang rendang.

Act Like A FoolWhere stories live. Discover now