“Hoi, cacat!”
Tin kosong dicampakkan dan mendarat pada kepala seseorang. Jungkook menoleh ke arah belakang iaitu sumber suara tersebut.
Jungkook tahu bahawa orang cacat yang dimaksudkan itu adalah dirinya sendiri kerana hanya dia sahaja yang didaftarkan sebagai pelajar cacat tetapi pintar sehingga mendapat biasiswa untuk bersekolah di Bighit Academy. Selain itu, tin kosong tadi mendarat dengan sempurnanya pada kepalanya.
"Come here, cacat."
Jungkook tetap berdiri di tengah lorong yang menuju ke ruang loker pelajar. Jungkook buat-buat takut melangkah perlahan ke arah segerombolan pelajar lelaki. Tatapan sinis dan ejekan mengiringi langkah Jungkook. Isyarat tangan menandakan sang pemberi isyarat mahukan Jungkook untuk mendekati mereka.
"Cepatlah, sial! Kau nak sangat jadi lumpuh ke, hah?! Kura-kura pon lagi laju dari kau!"
Tepukan mesra pada bahu diterima oleh sang kawan. Cuba untuk menenangkan amarah sahabatnya yang melihat Jungkook dengan tatapan membunuh. Senyuman sinis tetap bertahan pada wajahnya.
"Rilek lah, bro! Kau teriak macam mana sekali pon, belum tentu dia dengar, bro."
"Ooppss. Aku lupa yang dia tu kan cacat. Mana boleh dengar. Dasar budak cacat."
Tawa mengejek meletus. Pandangannya dialihkan daripada rakannya kepada Jungkook yang kini berdiri sambil menundukkan wajahnya tadi berganjak dari tempat duduknya dan berdiri di hadapan Jungkook. Rakan-rakannya mula berdiri mengelilingi Jungkook. Menutup laluan dan peluang Jungkook untuk lari seperti seminggu yang lalu.
Jungkook tersentak dari lamunannya tentang strategi untuk menyelamatkan diri. Rambutnya ditarik kuat membuatkan dia terpaksa mendongakkan kepala dan melihat wajah sang pelaku. Kulit kepalanya seolah-olah hendak terkoyak akibat cengkaman kuat pada rambutnya.
Tubuhnya menggigil seperti hal biasa yang dilakukannya sepanjang berada di sekolah. Bezanya, kali ini badannya menggigil menahan kesakitan. Bukannya menggigil akibat perasaan takut yang dibuat-buat.
"Sampah macam kau ni.. Langsung tak layak untuk terus ada kat dunia ni. Kenapa kau tak mampos je dari dulu, hmm?"
Pertanyaan dengan nada lembut. Seolah-olah sedang berbicara dengan orang yang dikasihi. Namun, cengkaman pada rambut Jungkook semakin kuat. Rintihan kesakitan terlepas dari bibirnya begitu sahaja.
Ingin rasanya dia belasah mereka sampai puas. Namun, hasratnya cuma dipendam. Air mata membasahi pipi yang turut dinodai oleh darah dari luka pada kepalanya. Nampaknya luka lama pada kepalanya terbuka.
Luka yang diperoleh akibat dibelasah teruk oleh mereka dua hari yang lalu. Bahkan, lebam-lebam pada tubuh dan wajahnya belum pulih sepenuhnya. Begitu juga dengan luka pada sudut bibirnya yang sedikit terkoyak.
Jungkook dibuli olehnya kerana bakatnya yang mampu untuk memainkan alat muzik dengan baik. Selain itu, kebijaksanaan Jungkook menjadikannya sebagai anak murid kesayangan guru-guru dan menempati tempat pertama dalam ujian yang dilaksanakan sebulan yang lalu. Kecemburuan dan kemarahan yang berkecamuk dalam hati kian membakar jiwanya sehingga membuli Jungkook.
"Le-lepaskan -aakkhh- a-aku, Hyu-hyunJoo"
Tatapan sinis terpasang pada wajahnya. Merendah-rendahkan Jungkook secara terang-terangan. Memijak habis maruah Jungkook. Tamparan kuat mendarat pada wajah Jungkook. Cengkaman pada rambutnya dilepaskan dengan kasar sehingga kepalanya terhantuk pada lantai. Memperlakukannya seperti sampah.
HyunJo ketawa bersama rakan-rakannya. Berasa sedikit puas melihat Jungkook diperlakukan kasar setelah merayu untuk dilepaskan. Matanya terus melihat Jungkook yang berusaha untuk mendudukkan dirinya yang berakhir dengan sia-sia. Jaehwan, salah seorang rakan HyunJoo, menendang bahunya sehingga dia kembali jatuh tidak berdaya di atas lantai.
"Guys! Habiskan dia. Aku muak tengok orang pathetic macam dia. Sampah"
Permintaan HyunJoo ditunaikan olah para rakannya. Perut Jungkook dipijak dan kepalanya ditendang pada masa yang sama membuatkannya terpaksa menahan sakit pada perutnya. Jungkook lebih memilih untuk melindungi kepalanya. Kakinya ditendang. Mereka tetap tidak berhenti walaupun Jungkook termuntah darah.
HyunJoo memberikan isyarat kepada rakannya untuk menghentikan aksi mereka.
.
.
.
.
.
.
.
BERSAMBUNG HEHE
.
.
.
.
.
Nanti aku post full chap kat acc NefeliaLumiere
.
From now on, citer ni aku sambung kat acc tu je.
.
Anyway aku rasa korang tak perlu letak high hope kat citer sbb aku dah lost hope lepas manuscript lama citer ni hilang :)
.
Kalau nak baca citer ni, baca jaaa tapi don't expect a lot from it
.
Chapter ni dari manuscript lama and terabai lama kat draf so aku post je as a goodbye chapter from this acc.
.
Have a nice day guys <3
YOU ARE READING
Act Like A Fool
VampireJungkook merupakan seorang lelaki yang selalu memasang wajah serius mula berasa bosan dengan kehidupannya yang agak teruk menurutnya. Semua orang yang ingin berkawan denganya hanya kerana harta yang dimiliki oleh keluarganya. Oleh itu, Jungkook ber...