ALAF 03

231 22 11
                                    


Mata yang terpejam  rapat terbuka luas. Matanya seolah-olah hampir terkeluar. Hanya satu perkataan yang mampu menjelaskan keadaan matanya. Terbeliak. Detak jantungnya meningkat.

Peluh membanjiri badannya. Tangan berada di dadanya seolah-olah memegang jantungnya. Dia tercungap-cungap seolah-olah baru selesai berlari. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling.


‘Jadi… semua tu hanyalah mimpi…’


Nafas lega dihela. Namun, matanya kembali terbeliak ketika pandangannya jatuh pada jam dindingnya. Nampaknya dia terlambat bangun pada pagi yang penting itu. Dia bergegas berlari ke bilik air dalam biliknya bagi membersihkan dirinya.


Namun, dia langsung tidak menyedari bayangan seseorang di dalam biliknya. Bayangan misteri tersebut memunculkan diri sebaik sahaja pintu bilik air tertutup. Bayangan tersebut bergerak ke arah katil dan duduk pada katil tersebut.



“It seems like you doesn’t remember anything, huh? Kau tetap juga tak ingat ke walaupun aku dah kembalikan memori tu dalam mimpi kau? Dulu… Kau cakap yang kau takkan lupa. Kau akan ingat kesemuanya. Walaupun kenangan tu menyakitkan. Tapi… Pada akhirnya… Kau tetap juga lupakan semua tu. Promises are made to be broken. I’m right, Jeon. I’m always right”



Pintu bilik air tiba-tiba terbuka dan Jungkook keluar dari bilik air tersebut. Bayangan misteri tersebut sudah hilang dari bilik tersebut. Jungkook kembali teringat mimpinya. V amat membencinya.

Jungkook berasa mimpi tersebut hanyalah mainan tidur sahaja. Mustahil orang yang baru ditemuinya amat membencinya seolah-olah mereka sudah lama bermusuhan.

Jungkook melihat penampilannya di cermin lalu memakai cermin mata. Nampaknya, mimpinya tidak akan terjadi kerana Jungkook mengubah penampilannya menjadi seorang nerd. Begnya digalas sebelum berjalan keluar dari biliknya dan menuju ke arah pintu keluar kediamannya yang mewah itu.

Pembantu rumahnya yang diupah oleh abangnya menegurnya. Pembantu tersebut merupakan orang yang sama yang telah menjemputnya di lapangan terbang kelmarin, Park SeungHoo.

“Tuan muda. Sila tunggu sebentar. Saya akan menhantar tuan muda ke sekolah. Biar saya sediakan kereta untuk tuan muda terlebih dahulu”

“Tak perlu”

“ Tuan muda nak pandu kereta tu ke?”

“No”

“No?”

Jungkook terus berjalan meninggalkan sang pembantunya yang masih lagi terping-pinga setelah mendengar jawapan majikannya. Jungkook menaiki lif dan mengabaikan semua orang yang bertembung dengannya sepanjang perjalannya keluar dari bangunan apartment mewah tersebut. Bahkan dia langsung tidak tersenyum ketika seseorang menyapanya ketika keluar dari lif sebenter tadi.

Jungkook mendengar lagu dengan menggunakan earphone agar dia tidak lagi ditegur oleh sesiapa pun. Dia muak berurusan dengan manusia. Dia berpendapat bahawa manusia merupakan makhluk yang suka mencari perhatian, annoying, suka berpura-pura dan penipu teragung.

Act Like A FoolWhere stories live. Discover now