PART 1

575 12 0
                                        

"Lama lagi ka kita mau sampai ni?baby dalam perut balik² sudah mengeras tau."
"sabarlah Shaa, sekejap lagi sampai lai ni."
"sekejap ja dari tadi, nda juga pandai sampai."
"daaaari tadi lagi saya dengar kau merungut ja, kalau baby keluar nanti kuat merungut, nah baru kau tau situ."
"biarlah, kau juga tu yang menghadap perangainya. Nehh."

Joshua dan Qisha Audrey pasangan suami isteri datang dari kota kinabalu selepas terima berita kematian Alexa dan Andre. Joshua anak bersama isteri pertama uncle fredy, manakala Alexa adalah anak sumbang yang ibunya meninggal semasa melahirkannya. Qisha Audrey berkahwin dengan Joshua setahun sebelum kematian uncle fredy. Hanya selepas 5 tahun dan kepuasan mencuba bermacam² suppliment kesuburan, dia pregnant anak pertama. Dan sekarang dalam usia 7bulan.

"babyy, sabar ya nak, sekejap lagi kita sampai ya" josh cium perut Qisha.
"aiinahh, fokus bahh fokusss!!! Lari sudah jalan mu ni."
"mana?? Manaa???"
"apa yang mana?? " Qisha kehairanan.
"jalan berlari??? Hahahaha ada² ja bah. Ini josh lah paling campin pula ni bawa kereta. " debilang bangga.

Begitulah perangai josh, dari sebelum kawin memang suka kasi kena si Qisha.

"joshhh slow sikit, macam ada benda di jalan raya."
"ohh payau tu, biasalah sini banyak payau ba.."
"ngamm!!!! Aku mau makan payauuu bannnyakkk banyakkk!!"
"macam telampau banyak tu Shaa. Cuba tapuk2 tu tabarus.nda sesuai dengan badan kecik. "
"tapi aku mau makan payau" suara sedih..
"ya bahh ya bahh, nanti aku carikan juga, biasa juga orang sini bejual tu."

Beberapa minit Lepas dorang mengelak payau dijalan raya, ada lagi payau di depan.

"joshh, bukan kita sudah limpas payau ka tadi? "
"biasalah tu, sini kan memang banyak payau."
"ya ka??  Tapi.."
"eppp eppp epp!!!  Jangan kau becakap, nanti tiba2 minta payau pula kau malam² begini. Aku penat ni."
"nda bah joshh. Eee bikin panas ba ni laki, dengar dulu baaaa."
"aa apa ba?" si josh tanya main².

Laju ja kereta mengelak payau tu. Qisha perati betul² muka tu payau. Macam berkilau warna emas gigi dia.

"joshhh, gigi dia emas. "
"hahahahaha ada ka payau gigi emas? Betul² mengantuk sudah kau ni tau. Tidur lah sayang nanti aku kasi bangun kalau sudah sampai ya."

Si Qishaa diam ja, macam binggung. Betul kali cakap si josh. Dia terlampau penat sudah. Pelan² dia kasi bagus dudukan nya di kerusi penumpang. Tiba² dia nampak lagi payau di depan dorang.

"joshhhhh betul baa gigi dia emass!!!"
"aduiii Shaaa!!!  Tidur la kau bahh! Mulut tu nda pandai diam. Sana tidur."

Sebenarnya si Josh tau tu apa, tapi sengaja budu² supaya isteri dia tidak takut. Mengikut cerita orang tua. Kalau terjumpa si payau bergigi emas. Alamat tidak baik, biasanya ianya jelmaan hantu bangkit.

"aduhhh,perut ku sakit."
"nahh tulahh!!  kan sudah balik² di suruh diam tapi nda pandai diam."

Marah sudah si Josh. Dia pun bingung2 sudah kenapa lambat betul sampai. Dia nampak lagi tu payau kurang 10meter depan dorang. Dia kasi perlahan kereta. Lepas tu berhenti ngam2 dekat payau tu.

"Shaa, tutup mata sayang."

Si shaa bukan setakat tutup mata, dia tutup badan sekali pakai cardigan bikin dia berselimut sepanjang perjalanan dari KK. Tu payau perati ja dorang didalam kereta. Nda bergerak.

"minta maaf kalau kami mengganggu sama kau, tapi kami pun ada urusan juga ni. Bini saya bunting. Yang dalam perut dia ni hak milik saya. Kami tidak kacau kau, kami harap kau pun jangan kacau kami"

Lepas si Josh cakap begitu, tu payau seolah2 paham. Selang beberapa saat, payau jantan tu berubah jadi lalat lalu pergi terbang di udara. Suasana jadi sepi sekejap.

INNOCENT SEASON 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang