amanda yang ketakutan cuba untuk larikan diri. Sambil memegang pipi nya yang sudah robek dan cuba untuk keluar meninggalkan Joshua yg masih kesakitan. Namun niatnya tidak kesampaian.
"you b*tch,kemana mau pergi? " alexa berdiri di pintu.
Langkah amanda terhenti, airmatanya mengalir laju, dia bertentangan mata dengan alexa.
"so, andre sudah mati pun you masih mahu rebut dari i? " tiba² muncul di depan.
"manusia rakussss!!!! " alexa menghilang.Tidak lama berapa ketika, amanda muntah darah. Darah yang berketul². Nafas nya tersekat² sehinga dia tercungap kehabisan udara. Hidung,telinga dan matanya berdarah, lehernya terpulas kebelakang. Matanya pecahh. sendi badannya tercabut serentak!! putus!!! Isi perutnya bertaburan di lantai. Darah terpercik sana sini, habis ruang tamu dipenuhi darah segar yang masih panas. Jantung dilantai masih berdenyut, daging² masih bergegar. Kurang dari 2 minit badan amanda hancur seperti di kisar. Alexa masih tidak kelihatan.
Pelahan² roh amanda muncul sedang duduk memeluk lutut di tengah daging² nya yg bertaburan.
Bob yang terdiam menyaksikan kejadian yang luar biasa tidak sedar joshua sudah pun berdiri.."Bob!!!!"
Qisha Teriak sambil cuba merampas Skop di tangan Joshua. Tapi perutnya di tendang, Qisha terbuang kebelakang.
"sekarang giliran kau!!!! "
PANG!!!!!! bunyi skop menghentam kepala Bob.
Serta merta dia jatuh terduduk menyandar di dinding. Tanpa berlengah masa, joshua letak skop di leher Bob. Dia nekad sudah mau kasi putus kepala. Nda sempat dia angkat kaki. Qisha tikam dari belakang. Melekat pisau di bahu joshua."ini ja kau mampu kan?? " joshua menghadap Qisha yang tidak jauh dari dia.
"nah ambik ni, bunuh lah" josh buang pisau lipat ke lantai.
"aku rela bunuh kau daripada kau guna badan laki ku s*tan!!!"Qisha kelam kabut pungut tu pisau, belum sempat dia berdiri.
Bukkkkkkkp!!!!! Kepalanya kena tendang. Dia terbaring disitu.
Nda cukup begitu, si Josh angkat si Qisha, terus hampas sekuat tenaganya pigi dinding.Tengok keadaan Qisha, sudah hampir mati menahan sakit,joshua beralih kepada Bob yang masih menyandar bermuntahan darah.
"oiii hero, awal lagi bah mau mati. Baru 1kali kena hantam sudah lamas" debilang.
Si bob masih lagi duduk menyandar di dinding. Tengok si Qisha masih sedar tp tertiarap sudah.
"hey andre, aku rasa kan, bukan alexa yang mandul tapi kau. Ni gaya² bantut ja ba ni masuk dibadan orang. " si bob mengasi panas.
Diam ja si joshua. Sambil tengok² sekeliling. Mana sudah ya si uncle sama si gita??
"bagus kau keluar ja la, bikin masalah saja. Puikk!! " si bob sambung lagi.
Si josh angkat lagi skop.. PANG!!!!!!!! di dada si Bob..
"Bluerkkkkkkk!!!!!" termuntah lagi si bob.
"bercakap lagi kau satukali, kau siap."Si joshua terus keluar dari bilik utama terus pigi naik tingkat atas.
Kelihatan Uncle dengan Gita sedang buat ritual pencarian semangat. Si Josh pelan² melangkah masuk kebilik tu."kalau sy jadi kau, sy lari sudah dari sini ni" bilang si uncle.
"ini rumah aku ba, kamu yang patut keluar dari sini.!!! "Dia terus tarik rambut si gita, paksa berdiri.
Senyum saja si uncle sambil ambik tempurung kelapa nya dari dalam beg.
"nak, kau masih ingat yang namanya Citra??? "
Riak wajah joshua tiba² berubah, dia bergegar ketakutan..
Asap merahh keluar dari lubang kecik tempurung kelapa. Lama² Membentuk susuk badan perempuan yang sangat mengerikan di depan nyaa..
"AAAANDREEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!! "
Tanpa sedar roh andre terkeluar dari badan josh kerana gerun dengan suara citra yang penuh dengan kemarahan.
Beberapa detik kemudian Kelibat dan suara mereka menghilang, Badan si Josh rebah ke lantai, si uncle cepat² tarik supaya boleh teruskan ritual kembalikan semangat si Josh kebadannya semula.Sementara di tingkat bawah, alexa masuk kedalam badan si Bob dan angkat si Qisha masuk dalam kreta. Dia terus berlari ke tingkat atas untuk angkat joshua keluar dari rumah tu. Roh Amanda yang masih keliru cuba keluar dari kawasan rumah, tapi tidak boleh, dia terperangkap di situ. Begitu juga dengan andre.
"sayang!!! Please lepaskan aku! "teriakan andre yang terkurung.
"jangan risaulah andre!!! Nda juga kau mati tu klu kau terkurung di situ HAHAHAHAHAHAHAHA!!!! " si bob ketawa berabis tengok andre berabis melarikan diri dari citra.Alexa perati ja, tiba² dia bersuara.
"uncle, boleh tolong saya untuk kali terakhir? " alexa berhadapan dengan uncle pian.
"ada apa nak? "
"boleh tolong bakar rumah ni? "
"boleh,tapi nanti kau mau tinggal di mana? "
"uncle bakar ja lah ya, jangan risau pasal saya. "
"baiklah nak."Si uncle berjalan keliling rumah sambil jampi serapah,genap 6kali dia berhenti di depan rumah lalu tepuk tanahh..
"sudah selesai nak"debilang.
"terima kasih uncle. "manis ja senyuman alexa.Api tiba² marak dari dalam dan membesar menutupi rumah tu sekelip mata. Teriakan andre dan amanda kedengaran minta tolong. Dorang sudah mati, dorang tidak mau mati lagi sekali. Tangisan yang sayu menyayat hati sangat kesakitan kerana terbakar,sikit demi sedikit suara dorang lenyap, yang hanya tinggal bunyi² api yg marak.
"selamat tinggal uncle, terima kasih untuk semuanya."
Perlahan² alexa masuk kedalam api.. sambil tersenyum kearah Joshua yang masih belum sedarkan diri.Tidak lama selepas tu kelibatnya tidak kelihatan lagi.
"malang sekali." si uncle mengeleng kepala.
********************************
"shaaa, bangun shaaa aku nda sampai hati tengok kau begini."
Qisha yang masih separuh sedar terdengar suara menyuruhnya bangun.
"aku sanggup buat apa ja supaya kau bangun"debilang lagi.
Pelan² si Qishaa buka mata, terus dia pura² nda sedar langsung. Rupanya si bob. Dia ingatkan joshua.
"oiii bangunnn!! Jangan kau pura² situ. Aku picit n*nen mu ni."
"buduh ba kau ni!!! Orang sakit bah!! Marah sudah si Qisha.
"baru kau tau, orang suruh bangun nda pandai bangun."
"apa kau buat sini? mana si joshua??"
"mati sudah dia." berdiri si bob terus keluar dari ward."buka mata terus cari si Joshua, tu orang sihat ja aku tngok. Ni aku ni separuh mati nda pun dia tanya" mengomel sambil berjalan.
"oiii bob!! Bangun sudah si Qisha??? " si josh menegur dari pintu masuk ward.
"iyaaa Josh MATI SUDAHHH DIA OO" laju² dia keluar dari situ.Takut kena tumbuk lai tu menyumpah bini orang. Haha
Melihat kearah Qisha yang baring di katil. Joshua tersenyum bahagia ni.
"sayang bangun sudah?? Boleh la kita balik kan tengok baby? "
Qisha diam ja tiada respon.
"sayang, oiii shaaa" dia panggil² lagi. Tapi sama juga ndada respon.
Dia cuba sentuh namun tangan nya menembusi perut Qisha. Si josh panik terus lari ke katil Bob.
"bob!!!! oii bob!!!!! " kuat suaranya memanggil.
"uii buduh ni diam bah, orang mau berehat. "si bob bilang.Semua orang dalam ward tu tengok si bob.
"minta maaf ya, ni kawan saya memang ndada adab,suka buat bising. Kenapa kau josh??? "
Apa lagi, yang patah kaki macam nda patah kaki lepas dengar si bob cakap begitu.
Semua keluar dari ward ketakutan.Si bob lagi yang kehairanan, kenapa semua orang melarikan diri.
"bob!! Aku sudah mati ka? Kenapa orang nda nampak aku??" joshua kebinggungan.
YOU ARE READING
INNOCENT SEASON 2
HorrorSepasang suami isteri yang berpindah,dan si suami kerasukan. Mampu kah isteri dia yang sarat mengandung menjalani hari² bersama seseorang yang bukan suaminya? Enjoy your stay. 🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞