"Aera! Tunggu! Papa dah pesan banyak kali lepas class terus pulang rumah! Lewat malam macamni baru ingat rumah!" Pulang rumah mesti kena bising papa. Tahu lah salah aku tapi patut tanya lah aku dari mana,kenapa baru pulang, ini tidak terus marah,marah dan marah.huh!
"Sorry papa. Tadi Aera.."
"Baju kotor dengan lebam dekat dahi tu kenapa! Aera sedar tidak Aera perempuan bukan anak jantan! Cuba ubah sikit peragai tu! Papa suruh Aera sekolah untuk study bukan jadi samseng!"
"Papa selalu fikir Aera buruk tanpa ambil tahu apa yang berlaku. Dimata papa Aera ni anak yang degil, jahat dan menyusahkan. Pernah tidak sekali papa ambil tahu apa yang berlaku disebalik apa yang menimpa Aera? Aera letih, Aera masuk bilik dulu."
Papa mengeleng kepala, semakin dewasa Aera semakin degil. Susah itu dijaga dan selalu melawan kata. Dia juga sering sibuk di tempat kerja dan tidak mempunyai masa untuk menjaga Aera.
Diclass, Aera meletak muka nya di meja.mengeluh beberapa kali dan memejamkan mata.
"Papa kau marah kau lagi?"
"Ya. Hari-hari kalau boleh dia nak marah aku.marahtu dah macam hobi papa untuk aku."
"Kau pun satu, tahu papa kau garang tapi kau selalu melawan cakap dia lepastu selalu sibuk dengan masalah orang lain."
"Niat aku baik, kalau aku tak tolong makciktu kemarin kau cuba bayangkan makciktu kena langgar lori.kesian tau,mesti anak dia atau suami dia sedih.sekarang mesti makcik tu tengah gembira dengan keluarga dia.kalaupun aku tak boleh bahagia macam orang lain tapi aku dah bersyukur orang lain bahagia disebabkan aku."
"Jangan lah emosi sangat. Aku kan bff kau yang sentiasa ada untuk bahagiakan kau." Mereka tersenyum. Olivia kawan baik Aera, yang paling akrab dengan dia dan yang paling seronok sangat bila mama Olivia dah jadikan Aera macam anak dia sendiri.
Pulang sekolah, Aera terkejut papa jemput dia depan paggar.
"Papa mimpi apa semalam datang jemput aera pulang sekolah hari ni?"
"Papa mimpi masa depan Aera yang cerah selepas hari semalam."
"Pelik juga mimpi papa tu. Nak bawak Aera pergi mana? Ini bukan arah jalan ke rumah."
"Kita jemput someone special dekat airport."
"Someone special? Girlfreind papa ke?"
"Aera..."
"Orang gurau je lah."
Airport, tunggu dan tunggu. Finaly papa melambai dekat seseorang. Aera menoleh,memandang lelaki yang semakin mendekat dengan mereka. Itu.... mikail? Aera terkejut dan sungguh tidak percaya mikail yang 10 tahun lalu pergi then now ada didepan mata. Musuh ketat aku!
"Papa..apa khabar? Lama tidak jumpa still wajah papa tak berubah." Mikail memeluk papa nya. Terubat rindu nya setelah 10tahun pergi. Dia memandang Aera, 10 tahun sudah cukup melihat perubahan Aera yang membesar dengan kecantikan alami nya.
"Aera apa pandang? Salam lah abang mikail."
"Aera lapar.cepat lah balik." Aera menghantak kaki kemudian berjalan meninggalkan mereka.
"Papa bergantung harapan dekat Mika.harap mika bole ubah Aera tu."
"Papa jangan risau.kita banyak masa dan cara untuk ubah dia. Lagipun saya dah ambil keputusan untuk mengajar di sekolah Aera."
Aera ter jaga dari tidur, dia memandang jam dinding. Sudah pukul 10.15malam. Perut pun start berbunyi. Lepas makan tengah hari tadi Aera terlelap tidur sampai waktu macamni baru terjaga.Aera melangkah kedapur.rendam maggi perisa laksa kemudian mengambil cola di peti.
Belum sempat menyuap kemulut, mikail yang tiba-tiba muncul mengambil maggi cup tersebut.
"Apa ni! Macam ni ke adat orang yang duduk dekat luar negara? Kacau orang tengah makan! Bagi balik!"
"Macam ni juga ke orang yang duduk dalam negeri? Makan macam tak ada makanan yang elok dekat rumah ni. Kau nampak tak tutup saji atas meja ni? Ada lauk,sayur dan special ulam siap sambal petai pun ada."
"So kalau ada semuatu ingat aku akan makan ke? No way! Bagi lah!"
"Kau dari kecil sampai besar macamni pun degil! Patutlah papa tu tak tahan jaga kau!"
"Suka hati lah! Yang kau peduli pasal aku ni kenapa? Aku tahu papa yang plan kau kesini untuk jaga aku. Tak payah sibuk nak jadi bodygurd nak bagi tunjuk yang kau ni hero macam dalam drama hollywood."
"Kalau dah tahu bagus lah. Start esok hingga hari seterusnya aku akan jadi bayang-bayang kau. Dimana kau ada disitu pun aku ada."
"Aku betul-betul benci kau.. dari dulu sampai sekarang!"
"Tak payah benci sangat..takut nanti ada yang jatuh hati."
"What? Jatuh hati? Dekat kau? Pondan pun tak pandang rupa macam ni.jangan perasan sangat lah."
"Kita lihat nanti. Tapi boleh tak kalau kau sopan sikit dekat orang yang lebih tua. Panggil aku abang sebab aku bukan kawan kau!"
"Kau bukan abang kandung aku dan aku tidak perlu ikut pelunjuk kau. Bagi balik maggi aku!"
"Aku nak kau makan makanan dekat meja ni. Yang ni aku rampas! Good night little girl."
"Maggie aku !" Ishh! Tengah malam macamni pun nak cari gaduh dekat aku. Aku tak suka makan ikan lagi-lagi sayur dan petai? Aku sanggup tahan lapar dari telan semua itu.
Alarm fon bunyi tak henti dan aera still dibuai mimpi.malas rasanya masuk class hari ini. Pintu bilik di ketuk kuat. Bising! Aera bangun dengan muka yang selekeh, itu mesti papa.pintu dibuka,Aera mengosok mata.
"Apa dia papa? Aera tak sihat lah."
"Kalau tak sihat mesti tengah tak larat bangun, ini siap mengaku sakit depan pintu lagi. Bersiap sekarang kita gerak sama-sama."
"Kau lagi! Gerak sama-sama? Kau kalau nak jadi gila ajak orang lain.pergi pusat mental isi form sorang-sorang! Good night!" Aera menutup pintu,kuat mikail menolak pintu tersebut sebelum ditutup rapat.Aera tidak dapat mengimbang tubuhnya yang hampir jatuh, mikail sempat merangkul pinggang Aera dan menarik dekat dengan nya.Aera kaku di dada mikail,jelas terdengar degupan jantung lelaki itu.
Aera laju tersedar kemudian menolak tubuh mikail jauh dari nya.
"Kalau orang dah tolong patut ucap terima kasih.bukan kasar macamni. Bersiap sekarang aku tunggu dekat ruang tamu." Aera menutup pintu, degupan jantung nya masih terasa laju selepas kejadian tadi.
Aera keluar dari kereta, berlalu meninggalkan mikail yang memandu kereta. Olivia yang melihat menghampiri Aera.
"Aera, yang hantar kau tadi tu.."
"Mikail. Orang yang paling aku benci."
"Tak baik cakap macamtu.esok lusa benci tu jadi cinta susah nanti. Jauh berubah mikail tu, handsome kan dia?"
"Kau kalau jumpa lelaki handsome je terus lah cair. Dia tak handsomepun,mata kau tu rabun."
Class, Aera membaring muka kemeja.masih mengantuk walaupun cukup lama tidur semalam.
"Aera helina, aku nak cakap sikit dekat kau."
"Aku tak kenal kau, tetiba datang salam pun tidak. Kau nak apa?"
"Aku mimi girlfreind petter."
"And..apa hubungan korang dengan aku?"
"Aku warning kau, jangan sesekali kacau dia. Kalau aku tahu,tahu lah apa aku nak buat dengan kau.".
"Aku rasa kau salah ni! Bukan aku yang kacau dia, boy freind kau yang gedik trip tak ada girlfreind datang jumpa aku siap ajak aku dating."
"Aku kenal petter, dia tak akan suka-suka layan perempuan lain kalau bukan perempuan tu yang gatal dengan dia.aku cukup kenal kau, perempuan perampas yang pernah kecohkan satu sekolah hampir bunuh kawan sendiri."
"Mulut kau elok sikit!" Aera menolak bahu mimi kasar.terjadi pergaduhan di situ. Aera dibelasah mimi termasuk dua orang rakan nya sekali. Tiga lawan satu confirmlah Aera kalah. Olivia berlari keluar class mencari kalau-kalau ada cikgu yang berhampiran.
"Cikgu...eh..." lelaki ni mikail?
"Ya.ada apa?"
"Ada pergaduhan di class." Mikail menuju ke class yang ditunjuk. Dia melihat Aera yang sedang bergaduh dengan beberapa pelajar perempuan.
"Berenti!!" Satu jeritan mikail dah cukup buat pergelutan tadi terlerai. Aera terkejut melihat mikail di situ.
Selepas keluar dari bilik disiplin Aera berjalan ke class.
"Berenti!" Langkah kaki terhenti,memandang sisi dan melihat mikail berdiri disitu.
"Patutlah papa tu tertekan sanggat.mana masalah dekat tempat kerja dan masalah anak dia yang samseng ni lagi."
"Bukan aku yang mula kan pergaduhantu! Dorang tiba-tiba datang serang aku lawan sebab nak lindung diri aku."
"Kalau berbincang elok-elok tak akan ada gaduh tarik rambut macam tadi. Nah.." Mikail menghulur ubat.
"Apa ni?"
"Ubat sapu untuk hilangkan lebam. Tu muka kau lebam,kau nak papa perasan tengok muka kau macamni.confirm lah papa mengamuk lagi." Aku mengambil tanpa membahas apa-apa.
"Kau buat apa dekat sini? Jadi bodyguard aku? Tak payah lah. Kau balik je lah."
"Siapa cakap aku bodyguard kau."
"So kalau macamtu kau buat apa dekat sini time macamni?"
"Aku cikgu dekat sini. Sepatutnya esok start,tapi aku semangat nak mula hari ini."
"Ha? Jadi Cikgu?" Aku mengetuk kepala sendiri. Hidup aku pasti musnah lepasni. Segala yang aku lakukan semua mikail tahu dan dia pasti akan report dekat papa.
"Menara paris tinggi kan?"
"Yes.. why u ask?"
"Macam mana tinggi bangunan tu macamtu la tinggi nya benci aku dekat kau!"
"Aera herlina.." mikail menyebut lembut nama itu, Aera terhenti langkah kaku disitu.aku tak salah dengar ke mikail panggil nama aku dengan nada yang indah didengar.
Mikail mendekat,tangannya membetulkan rambut Aera yang kusut.Aera masih membisu,dia memandang wajah lelaki yang begitu dekat dengannya. Betul juga apa yang dicakap Olivia, dia handsome. Ishh.. Aera mengeleng kepala.
"Pergi masuk class. Pulang nanti ikut aku."
"Tak mau lah. Nanti kena gosip ada hubungan denga cikgu sekolah. Saya tumpang Olivia pulang nanti." Aku berlalu.mikail senyum dan memandang Aera semakin jauh pergi.
Lonceng berbunyi, semua sibuk kemas buku dan pulang Aera sorang saja mood tak mahu pulang.
"Kau termenung apa lagi? Jom lah balik.kemas buku kau tu."
"Mikail daftar diri hari ni. Jadi cikgu sekolah sini."
"Wah... best nya. So hari-hari boleh pandang abang kau yang handsome tu."
"Dia bukan abang aku lah."
"Walaupun dia buka abang kandung kau tapi dia tetap abang kau. Korang dari kecil dibesarkan bersama,tinggal bersama dan papa kau pun dah angap dia macam anak kandung dia sendiri."
"Kalau dia abang aku, patut sikap dia elok sikit lah. Ini tidak dari aku kecil sampai besar macamni suka buat aku marah,merimaskan aku dan suka buli aku. Yang paling aku tak boleh lupa tengok kesan jahitan dekat telinga aku ni, ini sebab dia tolak aku jatuh dekat sungai time kecil dulu."
"Budak-budak memang macamtu. Kau pun salah juga dah tahu diri tu perempuan sibuk nak main dengan budak lelaki dekat sungai itu lah akibat dia. Mikail tak sengaja tolak kau, fikir positif lah."
"Aku ke atau kau adik mikail ni? Sibuk backup dia memanjang."
"Hehe..jangan lah marah. Mari pulang, kita singgah MCD aku belanja kau ice cream."
"Yang tu idea bijak."
Rumah, Aera pasang sound speaker kuat dalam bilik hingga menganggu mikail yang sedang membaca dibilik hadapan.
"Kau si pencuri hati ku.. semua yang ada pada dirimu membuat aku ku aku jatuh cinta.. yeh!" Siap melompat2 atas katil mood happy Aera waktu tu. Pintu bilik diketuk berulang kali,itupun tak didengar.mikail memusing tombol pintu. Bagus! Dia tak kunci. Mikail membuka dan melihat Aera yang sedang terpekik dan terloncat-loncat di tilam.
Aera terkejut dan menjerit bila melihat mikail yang sedang memandang nya. Muka nya berubah merah,malu lah orang lihat dia macamtu.mikail mematikan volume speaker dan memandang Aera.Aera turun dari katil dan menghampiri.
"Kau tahu tak kau masuk bilik orang tanpa izin dan boleh dituduh sebagai penceroboh! Kalau ikutkan aku boleh report polis!"
"Report je lah. Aku boleh report dekat zoo negara datang sini dan tangkap beruk ni masuk kan dalam kandang. Dah tak macam orang aku tengok. Terloncat-loncat."
"Suka hati lah aku nak lompat ke nak guling kah, ini bilik aku.aku tak kacau bilik kau pun kan?"
"Kau tak kacau tapi sound speaker kau sampai sebelah rumah pun boleh dengar.kau pekak atau pekak badak? Dengar lagu pelan-pelan cukup lah!"
"Aku saja bagi kuat, supaya kau sakit hati dan panas duduk sini!"
"Lagi kau buat macam ni aku lagi suka duduk kat sini hari-hari boleh buli kau." Pandangan mikail buat hati Aera gugup,laju dia mengalihkan pandangan.
"Aku akan pastikan kau tak akan tahan tinggal dekat sini.keluar." Aera menolak mikail keluar.
"Tak payah tolak, aku tahu pintu keluar dekat mana.sekuranya aku tak buta, tak bisu dan tak pekak. Tolong slow kan volume kalau nak sumbangkan suara sumbang tu.kalau boleh jangan menyanyi risau hujan lebat nanti"
Geramnya aku! Suka sakitkan hati aku.tunggu lah, ada masa aku balas semua.
Selesai makan malam,aku bersihkan dapur.
"Aera buat kan papa kopi panas and tea untuk mikail."
"Okay papa." Tea yeh, kau ingat aku pembantu rumah kau? Tak apa, special tea aku bancuhkan. Aera keruang tamu, membawa dua gelas pesanan papa.
"Terima kasih. Aera duduk sini kejap. Papa nak cakap sikit." Aku menurut sesekali menjeling memandang mikail.cepatlah minum, tak sabar nak tengok reaksi wajah dia. Rasakan tea masin.aku bubuh garam 5 sudu tu. Hahaha...
Mikail menghirup tea tersebut,dia tak sangka Aera boleh mengusik dengan kenakan tea masin macamtu. Mikail berpura terbatuk kuat.
"Kenapa mika?" Papa cemas memandang. Aera pucat, pasti rancangan mikail nak bagitahu papa.musnah lah aku.
"Tea ni rasa pelik Atau saya yang tidak sihat."
"Tea expired agaknya. Sini papa rasa."
"Jangan papa. Nanti papa sakit perut pulak. Nanti Aera check dekat dapur tea tu expired ke tidak."
"Sikit saja tak sakit lah." Mampus aku! Aera perlahan melangkah, tiba masa selamatkan diri.
"Aera herlina!!" Langkah ku terhenti. Garang suara papa panggil nama aku. Kantoi! Tak guna punya mikail! Aku menoleh memandang papa,menghulurkan senyuman tak bersalah.
"Minta maaf dekat mikail. Aera letak garam dalam tea ni? Siapa ajar Aera jadi jahat macamni?"
"Gula habis tu letak garam. Ingatkan mikail boleh minum.dekat luar negara makanan dan minuman kan pelik-pelik."
"Melawan! Minta maaf sekarang! Makin besar makin menjadi peragai buruk tu."
"Sorry..."
"Sorry untuk apa?"
"Tak apa lah papa. Saya nak hukum dia. Mari kedapur."
"Untuk apa?"
"Ajar buatkan tea yang sedap."
Dapur,mikail mengambil cawan baru.
"Dari kau ajar aku,baik kau bancuh sendiri.next time tak payah minta aku buatkan. Aku malas nak belajar."
"Kau nak lari kemana?" Mikail memegang tangan Aera dan menarik kesisinya semula.
"Tengok aku buat tea, esok lusa kalau kau kawin tak perlu lagi belajar bancuh tea macam mana."
"Aku reti lah."
"Habistu kenapa letak garam dalam tea aku?"
"Itu..."
"Sengaja kan?aku tahu.aku nak kau tahu yang aku ni ibarat sepohon pokok yang ditiup angin,kena hujan dan matahari pun tak akan tumbang.melainkan..kalau kau potong aku dengan kapak." Mereka berpandangan,aku faham maksud dia. Apa cara sekalipun aku try singkirkan dia, semua tu tak akan berguna. Aku mengalih pandangan,aku selalu kalah dengan pandangan mata nya.
"Siap, ini baru tea. Nah rasa ."
"Tak nak. Aku tak suka tea."
"Kau akan suka lepas try."
"Aku tak nak jangan lah paksa." Aku menolak cawan tersebut kasar sehingga tertumpah dan cawan pecah ke lantai.lengan mikail melecur,aku memegang lengannya kemudian menaik nya ke singki.
"Aera...kau...aku okay.."
"Sorry aku tak sengaja. Mati lah aku oleh papa." Aku membuka air dan membiarkan lecuran tersebut terkena air.
"Mesti pedih. Itu lah aku cakap tak nak kau tetap majukan cawan tu. Papa mesti marah aku kejap lagi.
"Boleh tak kalau fikirkan diri kau dulu sebelum fikirkan orang lain."
"Hah?" Aera bingung.
"Kenapa bising dekat dapur ni?" Papa muncul. Aera sembunyi belakang mikail, dia takut kena marah. Siap mengeletar tangan pegang hujung baju mikail.
"Kenapa bersepah kaca ni? Kamu tak apa-apa?"
"Saya tak sengaja jatuhkan cawan tu pa. Nanti saya bersihkan."
"Darah siapa pulak dekat lantai ni? Mika okay tak?"
"Saya okay pa. Itu.. luka kaki Aera." Kaki aku? Eh,aku tak perasan pun kaki aku luka.mungkin sebab takut sangat papa akan marah kalau tahu sebab dia tangan mikail melecur.
"Bahaya kena kaca dekat kaki lagipun tu tangan kamu pun melecur. Papa hantar pergi hospital."
"Papa rehat lah awal.nanti saya hantar Aera pergi hospital."
"Betul boleh drive ni?kalau macamtu ialah. Pergi sekarang, nanti kemudian bersihkan kaca ni."Hospital
"Kau boleh jalan tak? Kalau tak aku dukung."
"Kaki aku bukan patahpun.aku boleh jalan."
"Kau ni memang degil kan?"
"Kalau ya, kenapa? Ada masalah dengan kau?"
"Malas layan kau. Apa lagi keluarlah, tak kan nak tunggu aku bukalan pintu kereta pulak."
"No thanks."
Mereka menunggu giliran mengambil ubat. Masing-masing membisu, Aera busy dengan handphone dia update instagram.
"Mikail." Mikail memandang, seorang perempuan seragam doktor menegur nya.
"Vanisa?"
"Ya. Saya tak silap orang. Terkejut jumpa awak dekat sini."
"Kerja dekat sini?"
"Actualy saya masih dalam tempoh praktikal. Awak dah habis study?"
"Ya. Baru berapa hari balik sini."
"Lepas ni boleh lah selalu jumpa awak. Dah lama tak lepak. Ingat lagi tak tempat dating kita dulu? Warung tea dekat taman bunga."
"Tempat tu masih ada?"
"Ya. Sekarang menu tea dah banyak pilihan and awak pasti akan suka.awak kan suka sangat minum tea."
"Nama kita kena panggil." Aera bangun dan menghampiri.
"Siapa...macam kenal.."
"Saya? Tunang dia. Kita dah tunang tahun lepas, hujung tahun ni married. Jom." Mulut celupar, kalau nak kacau dorangpun jangan lah buat lawak yang memakan diri sendiri. Lepas ni confirmlah mikail akan jadikan benda ni bahan lawak dia.mulut aku tak ada insurans!
Vanisa memandang mereka berdua pergi,aku tak rasa perempuantu tunang mikail.aku rasa macam pernah jumpa dia sebelumni. continue...
YOU ARE READING
Perindu Kasih
RomanceDalam Benci itu ada cinta dan setiap duka ada bahagia, menanti pelangi selepas hujan begitu juga aera yang menanti kasih selepas kehilangan mikail. Didalam doa dia berharap dan didalam harapan dia berharap untuk dipertemukan cinta nya. Ketika aera b...