Kereta parking dihalaman rumah, tadi kaki aku tak lah sesakit sekarang. Rasa bedenyut maybe ubat bius dah hilang.
"Kenapa tak keluar? Nak tidur dalam kereta?"
"Kaki sakit lah." Mikail keluar kemudian membuka pintu Aera.
"Bangun." Aera menurut,mikail menarik Aera mendekat dan meletak tangan aera dibahu kemudian tangannya menahan pinggan Aera.Aera tidak membantah, dia tahu niat mikail membantu.
"Aku tanya sikit boleh?" Mikail bersuara.
"Apa dia?"
"Bila masa kita tunang? Ujung tahun ni kita khawin ye?" Aku agak dah mesti dia akan start!
"Kau salah dengar agaknya."
"Aku rasa telinga aku belum pekak lagi. Kau cakap macamtu tadi, kalau kau tak mengaku tak apa.kalau aku jumpa kawan aku yang taditu aku nak tanya dia."
"Yes aku cakap. Supaya ex girlfreind kau merana sikit. Nampak muka dia macam terkejut tadi? Kau patut terima kasih dekat aku,sebab aku bantu kau."
"Bantu apa? Kau tahu tak sikap kau tadi buat dia lagi berusaha nak ambil tahu tentang aku dan kau."
"Atau kau yang suka dekat dia?aku ingat dulu kau selalu keluar dating dengan dia lepas sekolah. Siap makan bersuap dekat warung tea tu."
"Macam mana kau tahu? Kau intai aku kan?" Habislah aku! Masuk penjara gelap! Mulut celupar!
"Dah sampai. Thanks." Aku masuk bilik, fuh..nasib baik tepat waktu sampai bilik.
Mikail tersenyum melihat sikap gelabah Aera.
Suhu badan aku panas, aku tak dapat hadir sekolah.kaki aku pun masih rasa sakit.lepas makan ubat aku tidur, sedarpun papa yang kejutkan untuk makan lepastu sambung tidur semula. Olivia tak sempat jenguk Aera dekat rumah sebab ada class tambahan sebelah petang.
Aera menerima whatapp dari petter. *sorry Aera,sebabkan aku mimi cedera kan kau. Asal kau tahu hati aku tulus dekat kau.*
Aku kenal petter,dan nara kawan aku. Sebelum aku kawan dengan olivia, aku rapat dengan petter dan nara. Hari-hari aku dengan dorang,belajar bersama,lepak sama dan suka duka bertiga.sehingga satu masa nara bagitahu aku yang dia suka dekat petter.tapi hari dia luahkan perasaan dekat petter, adalah hari tersakiti untuknya. Petter menolak dan mengatakan dalam hatinya ada aku. Nara sakit hati, dia sedih, lepas sekolah Nara ke tingkat tiga class.dia berdiri di ujung tingkap.
"Nara, turun. Kita boleh bincang masalah ni."
"Aku benci kau! Kalau kau dekat aku lompat!"
"Nara, aku tak salah. Aku tak suka dia pun. Aku kawan kau, aku tak akan khianati kawan sendiri. Nara.." masa tu jantung aku rasa macam tercabut.nyawa nara diujung langkah.kalau saja dia terjun mungkin sehingga sekarang aku hidup dengan rasa bersalah. Nara diselamatkan oleh cikgu yang berada di tempat kejadian, keluarga nara membawa nya pergi dan berpindah sekolah.itu adalah hari terakhir aku melihat nara dan setahun aku berusaha menerima tuduhan dan kebencian dari pelajar sekolah.sejak itu juga hubungan aku dan petter pun berubah.aku benci dia, masa nara berduka dia bersembunyi.lelaki pengecut!
Hari ini Aera dah boleh pergi sekolah,tekun sungguh dalam kelas.
Mikail menuju ke kelas Aera,dia memandang dan aku membalas dengan jelingan. Mikail dah start mengajar class tu sejak dia sakit dua hari lepas lagi.
Sejak mikail jadi cikgu, kecoh lah satu sekolah bila tahu ada cikgu handsome. Dorang pandang mikail macam pandang berlian tau.nasib saja mereka tak tahu mikail tu abang aku.
Hari ni tugas aku dan olivia menyapu class lepas habis sekolah.
"Aku pergi toilet kejap." Olivia berlalu dan petter mengambil peluang mendekati Aera.
"Aera, aku nak jumpa kau kejap."
"Kau faham bahasa ke tidak? Aku dan kau tak ada apa-apa nak dibincangkan.baik kau pergi."
"Apa salah aku? Kenapa kau hukum aku macamni? Dulu kita tak macamni."
"Dulu dan sekarang tak sama! Aku benci kau saat nara berduka kau menyepi! Saat aku perlukan kawan kau pergi! Kau tak layak kawan dengan aku lagi petter!"
"Aku minta maaf."
"So dekat sini pun!" Mimi muncul disitu.aku dah agak pasti mimi akan datang dan buat kecoh lagi.
"Mimi..mari kita pergi." Petter menarik tangan mimi,mimi menepis dan menghampiri Aera. Baldi berisi air disisi aera diambil kemudian disimbah ke Aera.
"Mimi!" Petter menolak mimi jauh dari Aera.
"Kau nampak kan? Sebab kau aku selalu malang! Lepasni kau jangan cari aku lagi."
"Maafkan aku Aera. Aku tak boleh.aku akan perbetulkan semuani sebelum terlambat."
"Semua dah terlambatpun petter."
"Petter.." mimi memanggil dan menarik tangan nya.dia tersenyum puas kemudian berlalu bersama petter.
"Omg! Aku berselisihan dengan petter dan mimi tadi.mimi yang buat kau macamni kan? Baju kau basah.macam mana kau nak balik."
"Aku lepaskan dia kali ni sebab aku nak petter tengok sendiri sebab dia aku selalu dibuat kambing hitam oleh girlfreind dia."
"Aku rasa abang kau tak balik lagi sebab tadi aku ada nampak dia.aku panggil dia."
"Tak payah lah.mari kita pulang.panggil uber."
"Tapi kau basah ni. Baju kau pun tipis."
"Aku yakin sekarang ni semua pelajarpun dah balik.tak ada sapa dekat sekolah.mari."
Mikail meronda kelas sebelum pulang.dia terkejut bila terserempak Aera dan olivia disitu. Aera kebasahan dan baju nya memperlihat kulit.dia membuka jacket kemudian menutup tubuh Aera.
"Kenapa kau basah ?"
"Tadi kan hujan lebat." Olivia tertawa disisi.berapa hari ni matahari atas kepala je jawapan Aera memang suka buat orang sakit hati.
"Aku serius Aera, kau nak aku cakap dekat papa yang kau buat hal lagi?"
"Sikit-sikit mengadu! Macam budak kecil!"
"Kau hormat aku sikit boleh tak? Aku cikgu kau tau, selagi masih dekat kawasan sekolah aku bukan abang kau.faham!"
"Faham cikgu gila kuasa. Jom olivia."
"Aku hantar kau dan kawan kau balik."
"Tak nak."
"Kalau kau tak ikut aku report dekat papa kau."
"Dia ni..."
"Aera tak baik tau lawan cakap orang lebih tua dari kita lagi-lagi abang kau. Lagipun tak ada sesiapa nampak pun kita pulang dengan cikgu mikail ni." Hantar olivia pulang kemudian baru kami pulang.
"Siapa lagi buat kau macamni?"
"Sejak bila cikgu jadi polis ni? Siasat-siasat hal peribadi orang."
"Aera, aku ber hak tahu apa jadi dekat kau sebab papa amanat kan aku jaga kau.dulu kau tak macam ni, kau budak yang baik,peramah,lemah lembut but now kau berubah jauh dari dulu. Kau degil,nakal dan tak pernah nak dengar cakap. Apa yang buatkan kau jadi macam ni?"
"Waktu yang merubah."
"Aera,waktu itu hanya merubahkan hari yang semakin berlalu bukan merubah diri menjadi lemah."
"Sejak bila cikgu matematik tukar mata pelajaran sastera? "
"Aera herlina!"
"Aku letih, boleh tak jangan tanya lagi." Mikail berdiam, dia tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang aera tengah alami.dia begitu risaukan keadaan aera.semakin hari dia mengenali Aera dia semakin merasa Aera seperti menutup hati nya dengan kegelapan .
Aera kedapur,dia mengosok perut yang lapar.sedap nya bau dari dapur.
"Masak apatu?" Aku mendekati mikail.
"Kari ikan."
"Kari..." aera memandang kari ikan yang sedang masak di periuk.kemudian senyum.
"Senyum tengok kari tu kenapa? Nampak masa depan ke dekat situ?"
"Tak, aku nampak muka ikan kari ni sama dengan muka kau." Aera tersenyum kemudian memandang mikail.mikail turut senyum, senyuman aera jarang dilihat,mungkin sebab mereka sering bergaduh bila berjumpa.senyuman itu boleh buat hatinya terpaut,jauh disudut hati dia menyimpan setiap keindahan Aera ketika bersama.
Aera makan banyak sampai terlena di sofa tamu selepas makan tadi.dia bermimpi.. *ketika saat nya hadir segalanya akan diketahui, siapa dia,siapa aera dan siapa kita.* didalam mimpi Aera seperti memutarkan waktu kembali ketika dia ber umur lima tahun. Dia terdengar perbualan seseorang tetapi pandangan itu tidak jelas. Ketika itu juga dia terlihat sedang menagis dan berlari mengejar seseorang.
"Tunggu!" Aera terjerit kemudian terjaga dari tidur.
"Orang tua dah pesan tak elok tidur time mangrib. Tu mimpi buruk tu." Mikail datang dan duduk di sofa sisi.
"Orang tertidur lah."
"Kau mimpi apa? Mimpi putera kayangan datang lepastu pergi?"
Aera mendekati mikail.tajam matanya memandang kemudian dia meletakkan tangan kiri dan kanan nya ke dua-dua ujung sofa dan mendekatkan wajah nya dengan mikail.
"Tak. Aku mimpi kau. Aku mimpi kau keluar dari rumah ni dan hidup aku bebas."
Mikail senyum, dia mengambil giliran mendekatkan lagi wajahnya.hanya sejengkal jarak wajah mereka bertentang.
"Aku harap mimpi kau lebih indah dari itu. Mimpi aku hadir dalam mimpi tu." Aera menjarak, dia kalah.muka nya menjadi merah dan jantung nya mula berdebar.tidak melawan Aera berlalu kebilik.
Sekolah,mikail mengembalikan kertas ujian kemarin.
"Ada 3 pelajar yang gagal ujian kemarin. Feno,Aryan dan Aera herlina." Aku dah agak aku gagal matematik tu.sebab aku memang tak suka subjektu.
"Start esok ada kelas tambahan untuk korang bertiga.mana-mana pelajar yang nak keputusan lebih baik boleh join sekali."
"Malasnya.."Aera merebah muka nya ke meja.
"Sorry Aera aku tak boleh join kelas tu sebab aku ambil kelas tambahan sejarah.sejarah aku selalu dapat markah rendah."
"Aku benci matematik!"
Aera keluar dari bilik, memandang sekeliling . Papa mesti belum pulang lagi, dia melihat mikail tertidur di sofa tamu. Ini peluang aku curi buku rujukan matematik mikail.esok ada ujian,aku mesti lulus kalau dapat tahu soalan yang akan keluar nanti. Aera masuk bilik mikal,menuju ke meja membaca dan megeledah rak buku disitu. Dia terlihat nota rujukan matematik yang disimpan pada rak yang tertinggi.
"Ingat aku tak boleh nak ambil ke?" Aera menarik kerusi kemudian memanjat. Dia mengambil buku tersebut dan terkejut bila terlihat lipas dirak tersebut. Tubuhnya tidak dapat mengimbang dan dia terjatuh.dahi nya terhantuk bucu meja. Auccchh...
Mikail terjaga dan terkejut bila terdengar jeritan Aera.dia bergegas kebilik.
"Aera!" Dahi nya berdarah,aera juga terasa pening dan sakit.
"Sakit.."
"Kita pergi hospital." Mikail mendukung Aera ke kereta. Mikail menunggu Aera sedar,doktor memberikan ubat bius untuk dia berehat selepas membersihkan lukanya.mikail merenung wajah kecil aera, dia cantik tapi nakal. Ada saja dia lakukan yang boleh melukakan diri.mikail menyentuh kesan jahitan ditelinga,dia ingat kenangan itu.sorry aera,aku tidak sengaja menolak kau masatu.aku hanya nak kau pergi dan jangan bermain di sungai.tempattu bahaya dan tak sangka aku sekasar itu buat kau cedera parah masatu.aku rasa bersalah dari dulu sehingga sekarang.
"Mikail.." vanisa doktor yang bertugas dan merawat Aera.dia tahu Aera herlina adik mikail dan waktu itu pasti bersebab Aera mengatakan seperti itu.
"Saya tahu awak risaukan adik awak tapi saya lagi risaukan awak.awak belum makan dari tengah hari tadi.jom ikut saya isi perut dulu."
"Aku tunggu Aera sedar lagipun aku tak lapar."
"Saya akan minta jururawat bertugas lihat dia sementara tu kita pergi makan.awak akan lemah tak ada tenaga kalau tak makan.jom." mikail kemudian akur dan menurut.mereka makan dekat restoran yang berhampiran.
"Mikal, boleh saya awak sesuatu?"
"Apa dia?"
"Awak masih marah dekat saya?"
"Kisah tu dah lama.aku pun tak fikirkan lagi.aku faham keadaan kau masatu.kau terdesak."
"Saya minta maaf pergi tanpa khabar.masatu saya tak berani nak jelaskan hal sebenar."
"Aku tahu familys kau yang rancang semua supaya kau dan aku berpisah.lagipun itu untuk masa depan kau."
"Sampai sekarang saya still tak boleh lupakan awak. Saya dah berusaha cari tapi tak jumpa.saya tahu dari rakan sekolah yang awak study dekat luar negara. Awak ambil bidang lawyer sebab itu impian awak tapi kenapa sekarang awak jadi cikgu?"
"Cikgu bukan impian aku tapi bila aku jadi cikgu aku dapat capai matlamat yang aku nak tuju."
"Mikail, boleh tak kalau awak bagi saya satu peluang lagi?"
"Vanisa.."
"Please, saya jujur sampai masani awak masih dalam hati saya.awak cinta pertama saya.saya nak kembalikan hubungan yang saya sendiri pisahkan."
"Kita bincang hal ni lain hari.mari kita pergi." Mikail bangun dan berlalu.
Aera sedar, hurm.. hospital lagi. Sendiri cari penyakit padan muka!
"Kau dah bangun? Ada rasa pening? Doktor cakap kepala kau retak, esok kena operation jahit kulit otak kau yang koyaktu."
"Ha? Seteruk itu?maksudnya nyawa aku tinggal 50% lagi?"
"Yes. Kau terhantuk kuat tadi, ada darah beku tersekat dekat saraf otak kau dan itu harus di bedah dan di keluarkan." Aera ketakutan, jadi aku hanya ada masa sehingga esok.dan esok bila pembedahan tu gagal aku tak akan sedarkan diri untuk selamanya.tapi aku masih muda,aku ada impian dan aku masih banyak harapan. Air mata Aera membasahi pipi, gurauan mikail membuatkan Aera terkesan.dia mula rasa bersalah.
"Aera aku bergurau.tak ada yang buruk terjadi dekat kau. Itu hanya luka ringan." Aera memandang mikail dengan mata yang sayu.air mata nya masih mengalir.walaupun dia tahu mikail tipu dia,dia tetap rasa sedih sebab tertipu oleh nya.
Mikail menghampiri, dia senyum kemudian menepis air mata aera dengan jemarinya.
"Sorry,aku tak ada niat buat kau nagis."
"Aku benci abang macam kau."
"Tapi aku suka..aku suka adik macam kau." Adik? Betulkan mikail hanya mengangap kan aku sebagai adik? Tak ada perasaan lebih dari itu? Kenapa semakin hari aku semakin rasa perasaan aku pada mikail lebih dari seorang abang.
Mikail dan papa sediakan sarapan pagi. Mereka duduk berdua dan menghabiskan waktu di meja.
"Papa dapat lihat kebelakang ni Aera jarang keluar rumah, lepas sekolah terus pulang dan banyak habiskan masa ulangkaji pelajaran.terima kasih dekat mika banyak tolong papa jaga aera."
"Sama-sama papa. Tapi sebetulnya Aera sendiri yang ubah diri dia,pa. Pelajaran dia pun semakin cemerlang dekat sekolah."
"Cerita pasal Aera, mana dia? Belum bangun lagi?"
"Belum lagi agaknya. Hari cuti sekolah tu berubah jadi malas tu."
Handphone Aera berdering, siapa call pagi-pagi ni, kacau lah!
"Hello,siapani?"
"Aera.."
"Ya."
"Harry here."
"Ha?" Aera bangun dari lena,mata nya segar mendengar nama itu.
Dia mempersiapkan diri dan bergegas keluar bilik.
"Kau nak kemana ni?".
"Ada hal sikit dengan kawan."
"Kawan mana?"
"Sibuklah nak tahu. Kawan lah."
Aera bertemu Harry di restoran yang mereka janji untuk bertemu.
"Lama kita tak jumpa." Harry memulakan kata.
"Ya. Awak apa khabar?"
"Saya baik. Macam mana study?"
"Macam biasa cuma sekarang lebih banyak masa dekat sekolah.Harry, Nara apa khabar? Dia sihat tak?"
"Dia baik. Awak nak jumpa saya sebab nak tahu keadaan dia kan?" Ya,aku memang jumpa harry sebab nak tahu keadaan Nara.aku harap dapat jumpa dia dan dia dapat maafkan aku.Harry abang Nara, dia kerja di syarikat keluarga mereka.
"Ini alamat rumah Nara, esok ada party birthday dekat rumah. Awak datang lah, nara tunggu awak dekat sana"
"Awak serius? Nara dah boleh terima saya?" Harry mengangguk.
Aera pulang dengan keriangan dihati.
"Senang hati nampak?"
"Aku happy sanggat! Esok aku akan jumpa Nara. Dia dah boleh maafkan aku.tak sabar jumpa dia."
"Siapa Nara?"
"Kawan."
"Kawan mana? Rasanya tak ada nama Nara dalam kelas kau."
"Kawan lama.nanti free aku ceritalah." Handphone mikail berdering berkali-kali.
"Kenapa tak jawap? Siapa call?"
"Kau tak perlu tahu."
"New girl freinds?"
"Jangan nak buat andaian yang bukan-bukan!"
"Kalau pun ada perempuan yang suka kau, tak akan ada sorangpun yang akan faham kau. Dah lah pemarah,pembuli,jahat dan suka sibuk dengan hal hidup orang lain.." mikail mendekat kan diri, mereka saling berpandangan.
"Kau tahu tak, kadang kata-kata kau buat hati aku sakit tapi disebabkan itu adalah kau,sakit hati tu sekelip mataje boleh hilang."
"Maksudnya?"
"Cari sendiri." Mikail berlalu pergi.
"Mental."
Aera bersiap cantik, dia tiba ke rumah tersebut tepat waktu.tapi kenapa macam sunyi je? Mungkin party tu belum start lagi. Aera mengetuk pintu rumah tersebut.
"Aera,masuk lah. Nara ada dekat dalam." Aera menurut,dia menuju keruang tamu. Kenapa kosong? Tak ada orangpun,kata ada party.
"Nara mana?"
"Aera herlina, kau bodoh sungguh percaya semua yang aku katakan. Yang ada dekat sini sekarang adalah kau dan aku."
"Nara mana? Kenapa kau buat semua ni?"
"Aku nak petter menyesal dengan apa dia dah buat dekat adik aku."
"Kalau kau sakit hati dengan dia kenapa kau cari aku?"
"Sebab petter sayangkan kau. Dia pilih kau dari nara. Kau tak tahu keadaan Nara, dia tertekan sampai beberapa kali cuba bunuh diri."
"Aku minta maaf kalau sebab aku Nara jadi macamtu.tapi aku pun tak minta semua tu jadi.aku dan petter tak ada apa-apa hubungan pun."
"Lepasni aku nak kau lihat nasib petter macam mana. Lepas urus dia giliran kau pulak."
"Aku tak faham.aku nak balik." Langkah Aera berhenti bila Harry memeluk dan menahan nya pergi.
"Lepaskan aku!"
"Kau tak akan boleh lepas Aera!" Aera mengigit lenggan Harry,kemudian menendang kakinya.harry menjerit kesakitan,Aera cuba melepaskan diri namun harry masih kuat untuk mengejar dan menangkap .dia menarik rambut Aera dan menamparnya berkali-kali.Aera berusaha melindungi diri,sekuat tenaga dia bergelut dengan Harry sehingga perutnya ditendang berkali-kali. Didalam kesulitan begitu Aera berharap seseorang datang membantu nya dan dia memikirkan mikail ada waktu itu.
Petter muncul disitu, dia terkejut melihat Aera cedera dan berada di pelukkan Harry.
"Harry ini antara kita berdua.lepaskan Aera."
"Kau ingat dengan mudah aku nak lepaskan dia. Kau sayang sangat dekat dia ni kan? Apa kau rasa bila dia terluka macamni? Sakitkan? Kau pernah rasa tak macam mana nara merana sebelumni?"
"Aku minta maaf pasal nara. Kalau kau dendam dekat aku,kau lepaskan dia dan buat apa saja dekat aku."
"Aku nak bunuh kau,tapi sebelum tu aku nak pastikan perempuan yang kau sayang ni mati dulu." Tangan Harry naik ke leher dan mencekik Aera.aku meronta kesakitan,nafasku semakin sesak.tolong aku...hanya mampu berdoa di hati untuk dilepaskan.
"Kalau kau dekat, aku akan buat dia hilang nyawa."
"Kalau kau lakukan, aku akan pastikan Nara lebih gila dari sekarang.aku tahu nara dekat pusat pemulihan kan? Aku akan jumpa dia dan pastikan dia lebih gila dari sekarang."
"Sial!" Harry menolak Aera kemudian terjadinya pergelutan antara mereka.
Harry memukul petter dengan teruk,muka nya berlumuran darah.aera menolak Harry dan menahan lelaki itu dari terus memukul petter. Harry menolak Aku dengan kasar, beberapa kali wajahku di pukul sehingga...
"Aera!" Suara mikail dan olivia terdengar.aku bersyukur mereka datang waktu itu.
Mikail memukul Harry sehingga pengsan,kemudian dia menghampiri Aera.
"Olivia call polis sekarang."
"Okay."
"Aera,sakit tak?" Kali pertama aku melihat wajah mikail ketakutan seperti itu.aku memandang tepat kewajah nya,aku dapat rasakan perasaan aku terhadap dia bukan perasaan antara seorang adik dan abang tetapi diantara seseorang yang menyimpan rasa suka terhadap orang yang dicintai.aku jatuh hati dekat dia.
Mikail memeluk tubuh aera, diwaktu itu dia berjanji akan melindungi Aera.aku akan melindungi mu dan aku akan pastikan perkara sebegini tidak akan terjadi lagi.tahu tak,bagaimana perasaan aku ketika menuju kesini? Kau seperti memanggil aku dan berada diantara hidup dan mati.tahu kah betapa banyak hati aku sakit? Bila melihat kau dilakukan sekejam ini dan terluka sebegini.
Aku memeluk tubuh ini,didalam dakapan nya aku merasa sakit itu hilang, hati yang terluka terubat dengan sendiri nya. Ada bunga yang mekar dan harum tertanam di dalam dan bunga itu di taburi baja dan cahaya matahari yang indah.
Hospital lagi!! Aku mengeluh. Beberapa bulan ni,muka aku sering datang kesini. Syukur lah luka aku tak teruk mana pun. Nasib tak ada patah tulang dan luka dalaman.
"Seronok kan duduk hospital?". Mikail datang melawat.
"Boring, boleh tak keluar sekarang?".
"Doktor tak izinkan.aku bawakkan bubur untuk kau."
"Macam mana kau tahu aku ada dekat rumahtu?"
"Nasib baik aku ingat nama Nara yang kau cakaptu.aku pergi cari olivia dekat rumah dia,aku tanya dia mengenai Nara.bila olivia call familys dia,kami tahu yang nara tak ada dekat sini.dia dirawat di hospital luar negeri."
"Aku try jejak kau, aku masuk bilik kau dan jumpa alamat rumah tu.aku call olivia dan datang situ.sekarangni aku nak tanya kau, otak kau letak kat mana? Begitu mudah orang tipu kau kan?"
"Aku tak terfikirpun abang nara nak balas dendam.bila aku degar nara dah sedia terima aku balik,aku happy sanggat.aku betul-betul nak jumpa dia."
"Lepas spm nanti kita pergi jumpa dia.lepas ni aku nak kau janji satu perkara."
"Apa dia?"
"Kalau kau nak pergi kemana dan jumpa sesiapa kau kena inform dan minta izin aku.ini bukan atas arahan aku sorang, ini pun persetujuan papa."
"Ialah."
"Aera herlina!" Papa muncul dengan muka bengis dia. Aku menarik tangan mikail.seram tengok wajah papa mesti dia nak marah dekat aku.
"Tolong aku..."
"Papa, sabar papa. Kalau nak marah aera tunggu dia lepas sembuh."
"Anak degil.."
"Sorry papa.."
"Mula hari ni mikail akan jaga Aera dan satu perkara lagi! Lepas aera spm papa nak khawin kan Aera!"
"No papa!" Aera dan mikail terkejut dengan apa yang papa katakan. Aku akan khawin diusia 17thn? Dengan siapa?
"Ini keputusan papa! Papa dah banyak kali beri peluang dekat aera untuk berubah tapi aera tetap degil dan sering buat masalah.bila aera dah khawin dan ada orang jaga, papa dah boleh mati dengan tenang."
"Papa..jangan cakap macamtu." Mikail tenangkan papa, aku hanya tunduk kaku.papa kalau marah memang menakutkan.tapi kali ni serius bukan salah aku. Dimata papa aku selalu jahat, aku mangsa keadaan.
YOU ARE READING
Perindu Kasih
Storie d'amoreDalam Benci itu ada cinta dan setiap duka ada bahagia, menanti pelangi selepas hujan begitu juga aera yang menanti kasih selepas kehilangan mikail. Didalam doa dia berharap dan didalam harapan dia berharap untuk dipertemukan cinta nya. Ketika aera b...