Tidak terasa waktu semakin berlalu, dan kenangan semakin menjauh.
1tahun berlalu..
Mikail berhenti dari menjadi seorang guru, dia kembali mengejar cita-citanya. Menjadi seorang peguam dan memulakan kehidupan baru. Dia membawa sejambak mawar merah pulang kerumah, menaiki anak tangga kebilik. Dia berhenti di hadapan bilik Aera, setiap hari doa nya itu sama.. mikail membuka pintu, mendekati aera yang masih tidur disitu.
"Tahu tak kenapa aku bagi kau bunga 12kuntum? Sebab selama 12bulan ini kau selalu buat hati aku mekar, buat aku menanti kau penuh sabar,buat hari aku sentiasa berharap mimpi akan menjadi nyata. Aku tak tahu sama ada kau dengar atau tidak, asal kau tahu aku rindu kan kau."
Aera koma sejak kejadian disekolah, polis juga telah mengambil tindakan diatas pelaku yang melakukan kekerasan kepada aera. Papa tidak seperti dulu, dia sungguh menyesal berkasar dengan aera sebelumni. Segalanya rawatan telah di usahakan papa namun tetap tidak berhasil, hanya keajaiban saja dinanti.
"Papa, next week saya kena ke istanbul. Lepas urusan saya selesai, saya akan kembali."
"Papa harap mika menemui orang yang dicari dan secepatnya kembali."
"Thanks pa. Papa jangan lupa inform saya keadaan Aera."
"Terima kasih mika. Setahun ini banyak tolong papa, support papa dan beri semangat. Kalau ikutkan hati,papa redha kalau aera pergi dari macamtu.tapi sebab mika,papa sabar menanti dan tak berheti berdoa untuk keajaiban yang akan berlaku.
"Tuhan ada pa. Dia pasti akan bantu orang yang sentiasa sabar dengan dugaan yang diberikan."
Mikail bertemu vanisa sebelum berangkat ke istanbul petang itu.
"Awak jangan risau, saya akan tolong awak tengok kan perkembagan aera.saya sentasa ada untuk awak."
"Thanks vanisa. Banyak bantu aku."
"Dengan syarat.."
"Apa dia?"
"Jangan lupa buah tangan dari istanbul untuk saya."
"Okay. Aku bawakan kau bangunan istanbul tu sekali."
"Amboi.."
Dengan penuh harapan mikal terbang ke istanbul.dia berharap menemui seseorang yang sekian lama dia cari iaitu ibu nya. Berpuluh tahun menjejaki, dia menemui jejak keberadaan setelah mengsiarkan pencarian jejak kasih dilaman sosial luar negara.
Aera berjalan dan berhenti, semakin dia berjalan, dia tetap balik disitu.gelap dan kosong, sunyi dan sepi. Aku sedang bermimpi? Dan kenapa hari ini aku tidak memiliki mimpi?
''Aera..." dia terdengar nama nya di panggil. Perlahan mata nya dibuka.
"Aera....aera dah sedar sayang." Alangkah gembiranya papa bila melihat kali pertama selepas setahun wajah itu mengukir senyuman indah untuk nya. Pembantu yang menjaga Aera turut gembira melihat aera sedar dari tidur yang sungguh lama.
"Papa, berapa lama aera tak sedar ?"
"1tahun aera tak sedarkan diri.tahu tak perasaan papa setahun menanti aera bangun? Papa takut sanggat kalau aera ambil masa bertahun-tahun tak sedarkan diri."
"Dah setahun, tapi papa nampak muda sama macam setahun yang lalu."
"Itu pujian ke atau perli papa?" Aera senyum, seharian dia sedar tapi tidak terlihatpun mikail disitu.
"Papa.."
"Aera cari mikail? Mikail pergi istanbul dah seminggu.rasanya berapa hari lagi dia balik lah."
"Macamtu. Papa, aera rindu masakan papa."
"Nanti papa masakkan special untuk aera.aera rehat dulu papa kedapur siapkan."
Papa tidak memberitahu mikail yang aera sudah sedar malah aera menghubungi mikail menggunakan handphone papa nya untuk membuat kejutan.
"Papa apa khabar? Macam mana keadaan aera? Semalam saya mimpi dia, saya tak tahu apa maksudnya..mungkin.."
"Mungkin sebab aera rindukan mikail." Aera bersuara, mikail terkedu, suara itu..dia yakin itu suara aera. Atau dia sedang bermimpi waktu ini?
"Siapa ni?"
"Aera herlina, orang yang merindui awak setahun ini."
"Aera.." terdengar sayu suara mikail,dia menahan sebak di dada. Suara itu membuatkan hati nya semakin kuat merindu. Kalau saja waktu ini dia ada disisi aera dia pasti akan memeluk seerat kasih tubuh wanita kecil itu.
"Lepas urusan awak settle dekat sana, saya tunggu awak dekat sini."
"Saya akan pulang secepatnya. Tunggu saya,aera."
''Saya sentiasa menanti awak."
"Aera herlina, ada sesuatu yang saya nak katakan tapi tunggu saya kembali."
"Baiklah."
Dua minggu mikail di istanbul,dan sudah seminggu aera sedarkan diri tapi disebabkan setahun aera koma badannya mula kaku untuk bergerak dan mengambil masa untuk belajar mengerakkan angota badannya.
Seminggu.. dua minggu.. dan sebulan berlalu.. mikail sering menghubungi nya dan dia tidak menyatakan hari kepulangan. Dia masih belum menemui orang yang dicari nya.
"Aera herlina, tahu tak awak telah buat hati saya tersiksa selama setahun?"
"Didalam tidur panjang saya, saya pernah bermimpi. Saya bermimpi seorang lelaki yang sering memanggil nama saya. Saya yakin itu adalah awak,awak yang selalu mencuba bangunkan saya dari mimpi tu."
"Orang pertama yang saya nak lihat bila kembali nanti adalah awak."
"Saya rindu gaduh dengan awak."
YOU ARE READING
Perindu Kasih
RomanceDalam Benci itu ada cinta dan setiap duka ada bahagia, menanti pelangi selepas hujan begitu juga aera yang menanti kasih selepas kehilangan mikail. Didalam doa dia berharap dan didalam harapan dia berharap untuk dipertemukan cinta nya. Ketika aera b...