5 ~ kenyataan yang menyakitkan

13 0 0
                                    

Eric membawa Aera pulang ke rumah mereka.
"Abang, apa jadi ni? Kenapa aera ada dengan abang?" Tasha kebingungan melihat Eric bersama Aera.
"Abang akan cerita kemudian. Tolong abang dulu." Mereka membawa Aera ke bilik tamu. Diruang tamu Harry menceritakan segala yang terjadi. Dia memerhatikan aera sejak dia keluar rumah malam itu.tingkah laku aera terasa pelik masatu itu sebab Eric mengambil keputusan untuk mengikuti aera sampai kehotel itu.
"Tasha tak tahu sangat tentang Harry tapi tasha rasa harry tu ada kena mengena dengan Nara."
"Nara? Siapa dia?"
"Tasha tak tahu sangat tentang Aera, yang tasha tahu pun apa yang heboh dekat sekolah dulu. Nara tu kawan Aera yang hampir lakukan bunuh diri sebab lelaki yang dia suka minat dekat Aera.lepastu pernah satu cerita heboh yang abang Nara masuk campur hal tu. Aera cedera parah lepas jumpa Harry nasib baik sorang cikgu ni tolong aera kalau tak masatu mesti nyawa aera dah melayang dah."
"Cikgu?"
"Ya. Cikgu sekolah kami dulu. Cikgu tu rapat denga Aera dan masa tasha serang dia dulu tasha dapat upahan dari seorang pelajar yang cuba mengugut dia dengan sekeping photo."
"Photo apa?"
"Disebabkan photo tu lah aera datang jumpa tasha dan dia sempat merayu untuk tidak hebohkan photo tu. Photo dia berpelukan dengan cikgu tu."
"Photo berpelukan? Dia ada hubungan dengan cikgutu ke? Maksud abang mereka bercinta?"
"Yang itu tasha tak tahu.abang nak tahu sangat tentang aera ni kenapa?"
"Sebab abang rasa aera tu macam mencari sesuatu. Dia tahu harry tu jahat dan pernah cederakan dia dulu kenapa dia ambil risiko jumpa harry dekat hotel tu? Mesti dia ada sebab."
"Mungkin juga. Harry tu macam tak boleh pakai.dia bahaya.tak tahu apa sebenarnya dia nak dekat aera sampai sekarang ganggu dia."
Aera terjaga dari tidurnya.terasa sakit seluruh tubuh badan.aku dekat mana ni? Semalam Eric datang selamatkan, mungkin aku dekat rumah dia. Pintu bilik diketuk,tasha menghapiri aera.
"Awak dah sedar? Macam mana keadaan awak?"
"Badan saya sakit sikit. Saya dekat rumah awak?"
"Ya.abang Eric bawa awak semalam.awak rehat lah dulu,saya sediakan sarapan nanti saya hantar pergi bilik."
"Eh tak apalah tasha.saya kena pulang dan pergi kerja"
"Awak cuti je lah harini.awak kan masih sakit lagi."
"Tak apa.saya boleh tahan lagi.Eric mana?"
"Awal pagi lagi dia dah keluar.katanya ada hal penting nak buat."
''Dia masih marah dekat saya?"
"Tak kot. Kalau awak nak pulang juga saya hantar.rumahni jauh  dengan bandar."
"Terima kasih."
Aku hampir tahu tentang mikail semalam tapi aku juga hampir mati oleh Harry.kenapa susah sanggat aku nak tahu tentang mikail?
Sejak kejadian tu Eric masih tidak menemui ku. Aku tidak berani untuk menghubunginya aku takut akan memberi harapan kepadanya.sejujurnya aku merindui dia yang sering datang mengisi waktu kosongku,yang membuat aku merasakan seorang teman yang sentiasa menjaga ku. Dia sering mengingatkan aku untuk makan, untuk tidak bekerja lebih dan sentiasa mengambil masa untuk rehat yang cukup.
Hanphone Aera berdering.
"Hello boleh bercakap dengan miss Aera? Kami dari hospital, Tuan keyl ayah awak dalam wad kecemasan akibat serangan jantung."
Aera berlari menuju ke parking kereta, kunci yang di pegang berkali-kali terlepas dari tangan.tubuhnya mengeletar, macam mana aku nak drive sampai KL dengan keadaan macamni.aera menghidupkan enjin kereta, emosi nya terganggu.aku tak boleh!
Cermin kereta diketuk,aera terkejut dan menoleh. Dia memandang Eric yang membuka pintu keretanya.
"U okay tak? Kenapani?"
"Tolong hantar saya ke KL.please.."
"Okay.i yang driving."
"Saya rasa bersalah tinggalan papa sendiri.saya tak tahu yang papa sakit, kalau papa sembuh saya janji akan jaga dia."
"Banyak kan berdoa semoga papa u selamat.u tidur dulu, nanti sampai i bangunkan."
"Saya hanya ada papa sorang dalam dunia ni.kalau terjadi sesuatu pada dia tak guna untuk saya hidup lagi."
"Aera! Please jangan cakap bukan-bukan! Tuhan tak suka orang yag cepat berputus asa." Aera menagis sendu, dia berharap sampai ke KL dengan cepat.

Berjam perjalanan mereka sampai ke hospital yang menetapkan papanya. Aera berlari mendapati number bilik di counter pertanyaan.dia berlari menuju ke lift dan menaiki aras 4.ketika pintu lift terbuka terasa jantung aku jatuh disitu, didepan aku adalah orang yang selama ini aku cari. Aku merasa sekeliling aku kosong,sunyi dan gelap, aku hanya mendengar degupan jantung ku yang semakin laju berdegup. Air mata ku berlinangan.
"Aera..." suara nya terdengar, dia memanggil nama ku.suaranya,wajahnya tak berubah seperti dulu dia ialah mikail.
"Sayang.." vanisa menghampiri mikail,dia memeluk lengan kekasihnya tanpa melihat Aera yang berada dihadapan mereka. Aera terkejut melihat situasi itu, sayang? Mikail dengan exgirl freind dia? Mereka bersama? Dan aku? Aku menanti tanpa pasti!
"Aera..." vanisa terkejut melihat aera.dia melepaskan tangan mikail.
Aku bodoh menanti! Aku betul-betul disakiti! Sampai hati mereka. Papa..aera teringat tujua  nya kesitu. Dia berlari meninggalkan mereka tanpa berpaling.
Mikail memandang Aera yang semakin menjauh pergi.vanisa memandang mikail,wajahnya terlihat sedih.
"Doktor macam mana papa saya?"
Doktor yang keluar dari bilik pembedahan tersebut menghampiri aera, terlihat kesedihan diwajah.
"Maafkan kami. Papa awak tak dapat diselamatkan.jatung dia berhenti berdegup ketika operation dijalankan."
"Tidak! Tidak mungkin! Doktor salah... papa saya sihat!" Aera memukul berkali-kali tubuh doktor sedikit berusia itu.dia tidak percaya dengan apa yag doktor itu katakan.
Eric menahan aera,tubuhnya dipeluk dari meronta.
"Papa!!!! Lepaskan saya!! Doktor tu tipu!! Lepaslah!!! Papaa.....'' aera menangis teresak-esak,jeritan dan rontaan nya semakin kuat.
Eric tidak mampu melakukan apa lagi, dia tahu Aera terlalu sedih ketika itu.dia hanya mampu memeluk tubuh kecil itu dari meronta didalam kesedihan.
Mikail turut bersedih, ikutkan hati mahu saja dia menemui aera dan berada disampingnya waktu itu. Aera pasti sangat sedih diatas kepergian papa. Maafkan mikail papa, diatas segala kesilapan dan tidak menepati janji pada papa dulu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Perindu KasihWhere stories live. Discover now