3 ~ aku mula suka dia

7 0 0
                                    


Aera merenung ke luar kelas, tumpuan pada pelajaran kebelakang ini mula terganggu dengan kata-kata papa sebulan yang lalu.
"Aera.." petter mendekati,aku tak patut terus membenci petter kalau bukan sebab dia yang datang masa kejadian tu mungkin aku dah tak selamat masatu.
"Macam mana dengan luka kau?"
"Aku dah sembuh.kau pulak macam mana?"
"Samalah. Terima kasih sebab kau datang masatu kalau tidak aku tak tahu apa nasib aku.aku tak sangka Harry berubah sekasar tu.dulu dia baik je dengan kita."
"Dulu dia baik sebab Nara, dia jahat macamtu pun sebab nak tolong nara balas dendam.aku nak minta maaf dekat kau sebab aku nara macamtu dan sebab aku juga persahabatan kita musnah.aku tak akan ganggu kau lagi lepasni asal kau maafkan aku."
"Aku maafkan kau, tak ada guna nya kita simpan dendam lama-lama dalam hati." Mereka saling tersenyum dan senyuman mereka telah membuat seseorang yang melihat sakit hati. Mimi melihat dari jauh, berapa banyak usaha dia mendekati petter,petter tetap berpaling kepada aera.apa yang menarik nya aera dimata nya?
Aera tertekan duduk dirumah,dia bersiap untuk keluar.
"Kau nak kemana malam-malamni?" Mikail menahan jalan Aera.
"Keluar,lepak dengan kawan."
"Dah pukul 9.00 malam ni.lepak apa nya? Esok sekolah kan? Kau tak boleh pergi."
"Sejak bila kau jadi papa aku? Kau tak ada hak nak halang aku."
"Aku ber hak sebab papa beri tangungjawap dia kepada aku untuk jaga kau."
"Bosan lah! Kau dengan papa sama je! Buat aku sesak nafas duduk dekat rumahni!" Aera meninggi suara,dia mula menjerit. Mikail tahu aera berada dalam keadaan tekanan,tapi dia tidak mahu Aera melakukan keinginan nya yang membuatkan dia memberontak.
"Kalau kau nak keluar boleh, tapi dengan aku.kau cakap sekarang,kau nak kemana?"
Mikail menurut perintah, Aera membawa nya ke laut.laut yang paling dekatpun sejam perjalanan dari rumah. Tidak ada pilihan mikail memandu keretanya dan membawa Aera.sepanjang jalan Aera tidak bersuara, bad mood sungguh dia.
Tiba di tempat yang dituju, mereka duduk di resort berdekatan. Coffee panas sambil mendengar bunyi ombak laut membuatkan hati aera tenang.dia memejamkan mata dan membiarkan rambut yang terhurai ditiup angin. Mikail terpesona memandang Aera, dia begitu terpesona. Andai saja aku boleh memiliki,aku tidak akan pernah melepaskanmu.tapi andai saja kau bukan milikku aku redha dengan takdir itu.
"Kalau lah kau ditempat aku, papa nak jodohkan kau dengan orang yang kau tak suka. Apa kau akan buat?"
"Aku tak pernah fikir sebab aku belum pernah ditempat kau.tapi kalau pun papa buat aku macamtu aku terima mungkin itu jodoh untuk aku."
"Kenapa kau baik sangat dekat papa? Tak payah lah nak turut cakap dia je."
"Aera,kita dah cukup bersyukur masih ada orangtua yang ambil berat tetang kita. Kau lihat orang yang tak ada makayah atau yang ditinggalkan tanpa kasih orangtua mereka sanggat menyedihkan dan mereka betul-betul berharap dapat peluk makayah dorang walaupun sekali."
"Papa tak pernah sayang aku, kadang aku fikir yang aku bukan anak papa."
"Aera herlina, tak baik cakap macamtu."
"Okay,sorry. Kalau betul lepas spm papa khawin kan aku, aku akan lari dari rumahtu."
"Budak gila. Cuba matangkan sikit otak tu. Umur sudah 17tahun tapi macam umur 7tahun!"
Aera memandang mikail,pandangan nya selalu buat aku lemah, rasanya tak ada masalah aku suka dia sebab dia bukan abang kandung aku pun. Dia anak angkat papa.
Hujung minggu, aku dan mikail ke shopping mall. Aku beli beberapa helai pakaian dan makeup, mikail tak banyak bising dia ikutje.
Aku berhenti di sebuah butik pengantin.melihat baju oengantin yang di pakaikan patung cermin.
"Kau tak sabar nak khawin?"
"Cantik baju ni. Bila kau pakai dan disisi kau orang yang paling kau suka baju ni akan kelihatan lebih cantik.tapi bila kau pakai baju ni tanpa keikhlasan kau itu sama juga baju ni tak ada bezanya dengan baju biasa."
"Kau cakap macamni, kau ada boy freind ke?"
"Tak."
"So? Khawin saja lah dengan pilihan papa."
"Kau je lah khawin dengan pilihan papa. Sebab aku tengok kau ni pun lebih kurang muka-muka lelaki kunyit."
"Lelaki kunyit? Maksud kau?"
"Cari sendiri!" Aera berlalu.
Mereka shopping di pasar raya mencari barangan dapur, selina yang kebetulan disitu dan terlihat mikail.
"Mike.."
"Selina?" Selina menghampiri dan memeluk mikail dihadapan Aera.mikail memandang Aera yang tajam memandang selina. Kalau ikutkan hati,aku nak tarik je bulu mata palsu dia! Dah lah pakai baju tak cukup kain,pusat pun nampak! Yang sorang lagi ni! Lelaki gatal.. pasar raya ni ramai orang rela hati je balas peluk!
"I tak sangka jumpa mike dekat sini. Im so so happy.." kau happy,aku panas ni! Aera mengigit bibir.
"Ya.kau buat apa dekat sini? Bukan nya kau dekat JB ke?"
"Mom i ada buka butik dekat sini, mom i tak sihat so dia minta tolong i jaga butik dia dekat sini seminggu ni. Boleh lah i jumpa u lepasni. And.. ini siapa? I know, adik u kan? Aera?"
"Ya. Aera." Aku jeling mikail,mikail tak buat muka dia tenang je.
Aku keluar dan tutup pintu kereta kuat-kuat.
"Aera! Rosak lah kereta aku."
"Tecabut ke pintu tu? Tidak kan!" Aera berlalu, mikail tahu ada sesuatu yang aera marah. Dia marah sebab selina peluk aku? Tapi kenapa dia nak marah? Tak kan lah dia..ada hati dekat aku? Mikail mengejar Aera dia menarik tangan Aera kesisi nya.
"Sakitlah!" Aera marah.
"Kenapa kau marah aku?"
"Aku ada cakap marah dekat kau ke? Tak kan!"
"Kau marah perempuantu peluk aku? Dia kawan study aku dekat luar negara,dekat sana dorang dah terbiasa ikut budaya barat salam kawan."
"Oh macamtu. So aku pun boleh salam dengan lelaki macamtu?"
"Of cos tidak!"
"Apasal tak! Kau buat boleh je depan orang ramai why not aku tak boleh.senang je kan.. haii u.. then peluk.macamni.." Aera memeluk mikail, seperti terkena renjatan eletrik mikail kaku saat aera memeluknya. Ketika memeluk mikail, degupan jantung aera tidak sekata.semakin laju dan perasaan nya mula berubah. Aera melepaskan pelukan tersebut.
''Itu..contoh.." Aera berlalu. Mikail tersenyum, apa yang aku rasa adalah sama yang aera rasakan?
Selesai sekolah hari ni, Aera berkemas untuk pulang. Olivia tak hadir class hari ni kata nya dia diserang batuk selisma. Kalau mikail free petang ni aku nak jenguk dia.
Mimi menghampiri Aera, dia meletak sekeping photo. Ini gambar kemarin lepas, waktu dia memeluk mikail.
"Kalau aku sebarkan photo ni dekat sekolah, kau rasa apa akan jadi dengan kau dan cikgu mikail?"
"Kau nak apa dari aku?"
"Simple! Ikut cakap aku je."
"Apa kau nak?"
"Kau kenal tasha.budak class 5D.aku nak kau jumpa dia sekarang."
"Aku ikut cakap kau! Kalau kau sebarkan gambar ni aku akan pastikan kau tak akan lepas dari aku." Aera ke dewan sekolah, disana dia akan bertemu tasha.semua satu sekolah kenal tasha, budak samseng yang ramai geng.aku tak tahu apa motif mimi suruh aku ke situ yang aku takut kalau photo itu tersebar.aku tak nak mikail akan susah disebabkan kesilapan aku.
Entah datang dari mana, kepala ku dipukul objek keras dari belakang.beberapa orang memukul ku tanpa henti.sekarang aku tahu kenapa mimi suruh aku kesini.aku mempertahankan diri tapi gagal. Kepala ku sakit dan aku terbaring disitu.
Beberapa minit mereka pergi, mikail muncul di situ.
"Aera..."
"Aera.." mikail memeluk ku,pelukan nya hangat,degupan jantungnya kedengaran. Aku kesakitan dan diwaktu itu aku dapat rasakan seperti itu adalah kali terakhir aku melihat mikail.
"Kalau saja kau bukan abang aku, aku akan lebih menyukai mu dan andai saja jodoh itu ada aku berharap itu adakah kau.." aku melihat air mata mikail, dia menagis disisi aku.kalau saja aku boleh memutarkan kembali waktu,aku akan menghargai setiap waktu aku bersama nya.
Mikail tidak mampu menahan sebak, air mata lelaki nya jatuh juga. Kata-kata aera seperti ucapan terakhir untuknya.darah yang mengalir dari kepala Aera membuatkan dia semakin takut,dia harap aera bertahan dan tidak terjadi apa-apa kepadanya.
Pandangan aera mula kabur, jeritan mikail semakin perlahan terdengar,air mata nya mengalir sehingga dia menutup mata.
"Aera!!!"

Perindu KasihWhere stories live. Discover now