Bab 10

54 7 0
                                    

Syazira p.o.v
Langit hitam pekat aku renung. Fikiran ku melayang. Aku pun tak tahu apa yg aku fikirkan. Maybe pasal Syafiq or masa depan aku or everthing. Ahhh aku serabut.

Rambut panjang aku ditarik. Sumpah aku tengah serabut. Aku benci lelaki. Aku benci lelaki yg nak pergunakan aku hnya kepentingan mereka.

Kringgg iphone7+ aku berdering. Aku segera melihat nama pemanggil tersebut. 'MAMA' haihh ada la tu benda dia nak sampaikan. Tanpa sedar aku mengeluh. Handphone aku dislide sbgai tanda menjawab panggilan.

"Hmm ye mama kenapa call Syaz?" Dengar suara aku pun mesti mama syak something.

"Mama saje la call anak mama ni. Sayang kat mana? Luar negara ke?"

"Ha ye. Syaz dkt Beijing. Esok balik la. And Syaz rasa nak ambik cuti then get some rest dkt rumah mama. Boleh kan?"

"Eh asal pulak tak boleh. Syaz tu kan anak mama. Bila bila masa pun bleh dtg rumah. Ni mama dgr suara kamu lain. Ada prob ke? Tak nak share dgn mama?"  Kan aku dah kata. Mama dpt hidu dgn dgr suara aku je.

"Tah la mama. Malaslah nak ambil kisah. Buat serabut otak je. Nnti la bila Syaz balik Syaz cerita okey."

"Ye la sayang. Ni mama call ni sebab nak bagitahu something. Lusa kawan mama nak dtg rumah dgn anak dia. Anak dia lelaki tau. Mama igt nak Syaz kenal kenal dgn anak dia. Mana tahu ada keserasian. Mama tak paksa kamu tau sayang. "

"Why mama nak kenalkan kitaorang? Mama tahu kan Syaz tak suka lelaki kecuali daddy. Tapi mama degil. Dah la!! Syaz nak rehat. Esok nak balik Malaysia. Assalamualaikum."

"Eh Syaz truutt truuttt..
Ip7+ dicampak ke atas katil. Aku benci. Apa igt aku ni tak laku sgt ke hah smpai nk kenenkan aku. Aku dah besar la still boleh handle smua sndiri. Serabutttt.
Erghh mama tak habis-habis paksa aku. Tak cukup ke cucu dia dah 3 orang. Eii semak laaa otak aku. Baik aku pergi solat tenang sikit hati aku ni.

Assalamualaikum warahmatullah.
Tangan ditadah memohon ketenangan kepada Yang Maha Esa.

Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Maha mendengar,ku mohon kepadamu Ya Allah, Kau tenangkanlah hatiku ini Ya Allah. Kau berikanlah ku petunjuk Ya Allah di atas segala dugaan yg Engkau beri kepadaku. Ya Allah, seandainya Syafiq benar benar jodohku, Kau satukanlah kami dengan cara baik Ya Allah. Kau kurniakanlah perasaan cinta dalam diri kami Ya Allah. Sekiranya Syafiq bukan jodohku, kau jauhi la kami Ya Allah. Amin amin Ya RabbalA'lamin.
Doa diamin. Ya Allah tenang sikit hati aku. Moga Allah menunjukkan aku pilihan yang tepat.

Lampu bilik dipadam. Katil segera ditujui. Cuaca yg dingin menyebabkan gebar membaluti badanku. Seraya itu mata dipejam rapat. Moga hari esok adalah hari gembira bagi aku. Selamat malam bumi Beijing.

Syafiq p.o.v
'Nombor yg anda dial tidak dapat dihubungi.'

Shit!! Dah 10 kali aku call still jawapan yg sama. Dia betul betul marah dengan aku ke? Ya Allah bantulah hambamu ini. Macam mana aku nak settle masalah ni? Kalau aku confess kat dia, sah sah dia kata aku memain sebab kami baru SEMINGGU kot kenal. Eii gila ah kau Syafiq. Eh tapi betul la aku ada sikit perasaan kat dia. Sayang? Emm maybe laa. Dia tu comey la bila marah. xD

Kalau aku beranikan diri pergi minang dia macam mana eh? Waaa tak tak aku tak nak ambil risiko. Gila kau buatnya bapak dia ada parang perghh xmemasal kepala aku kena gantung depan pagar rumah.

'Ahhh aku serabut.'

Kringgg kringg
'Hah? Zira ke call?' Aku segera menjawab panggilan.

"Hello Zira!! Wey kau marah aku ke"? Tanpa melihat nama pemanggil aku main sebut je nama Zira. Mustahil orang lain nak call sebab dari tadi aku cuma call Zira je.

"Ehem!! Sejak bila nama mummy kamu Zira ni Fiq? Huh?"
Sumpah aku rasa sekarang nak sorok muka dalam spenda. What the fckkk. Tu mummy!!!!

"Errr haa ye mummy. Mana ada Fiq sebut nama Zira. Mummy salah dengar tu. Sumpah xdek!" Pelipis diurut. Aduh main sumpah pulakk.

"Tak payah nak main sumpah. Mummy tak pekak lagi la. Haa tak nak share ke dengan mummy sapa Zira tu? Awek Beijing eh?" Mummy mengusik. Nak sgt menantu Beijing, aku bagi sungguh kang menangis time raya tak balik Malaysia.

"Mengarut la mummy ni. Haa mummy nak apa ni call Fiq malam malam buta?"

"Ohh. Haa mummy call ni nak tanya kamu bila balik? Lama lagi ke dekat sana?"

"Tak la. Flight Fiq esok pgi. Dalam malam macam tu Fiq sampai la."

"Ye ke? Mummy ingat kamu lama lagi dekat sana. Baru nak suruh book ticket awal. " Mummy macam happy semacam buat aku rasa pelik.

"Mummy ni kenapa hah? Tetiba je happy semacam. Rindu Fiq ke sampai excited sangat dengar Fiq nak balik?"

"Kalau kamu nak tahu.. kena la balik rumah cepat. Mummy ada surprise dekat kamu dan mummy yakin kamu akan happy. I'll promise you." Mummy menyakinkan aku.

"Hmm ye la mummy. Okey la mummy. Fiq nak tidur. Esok flight pagi. Kirim salam daddy tau. Bye i love you."

"Okey sayang. Nanti dah sampai drive safely. Goodnight." Truutttt truuuttt.

'Apa pulak la idea mummy ni. Pelik pelik je. Janganla dia kata nak bawak aku jumpa anak kawan dia ke apa. Kalau jumpa yang sopan macam Zira xpela juga. Opsss. Zira again.'

Kepala disandarkan pada bahu katil. Tangan diletakkan di atas dahi.

'Susah jugak kan nak tackle perempuan macam Zira. Kasar tapi tak semua tahu dalam hati dia tersimpan 1001 perasaan duka. Huhh.' Tanpa sedar aku mengeluh.

'Betul ke aku sayang dekat Zira eh? Perasaan ni, perasaan yang aku tak pernah rasa bila berdepan dengan mana-mana perempuan. Kenapa hati aku rasa sakit bila tahu kisah silam dia? Dia berhak dapat kebahagian dari seorang lelaki yang digelar suami.'

'Saya penat jadi orang bodoh yang selalu diperbodohkan.'

Kata-kata Zira terngiang ngiang di fikiran aku.

'Mesti dia sayang gila kan dekat bekas tunang dia. Entah entah dia marah aku pasal kes handphone tu sebab tu ke? Mesti dalam handphone dia ada kenangan. Well, people go memories not.'

Susah aku nak ubah perasaan dia. Kalau dalam masa dua tahun ni dia still ingat dekat lelaki tu means what? Lelaki tu sangat berharga dalam hidup dia. Mampukah aku buat dia mencintai aku? Mampukah aku menjadi lelaki yang terakhir dalam hidup dia? Mampukah aku yakinkan dia bahawa perkahwinan ini bukan atas dasar perjanjian? Aku pun nak mahligai yang dibina kekal abadi. Ya Allah bantulah hambamu ini.'

Mataku kian kuyu. Duniaku semakin gelap. Ya Allah semoga esok hari menjadi hari bahagia bagi aku. Selamat malam bumi Beijing.

Syazira AlinaWhere stories live. Discover now