Bab 21

77 7 0
                                    

Syafiq p.o.v
"Kami balik dululahh Alias, Amina. Terima kasih masak tadi." Kata daddy kepada parents Syazira.

Aku hanya diam sambil senyum. Mata aku meliar mencari kelibat Zira. Namun hampa. Merajuk dengan parents dia mungkin. Dari tadi tak keluar bilik.

Sebenarnya aku masih tak faham. Kenapa dia akan memberontak kalau isu kawin dibangkitkan?

'Haih Syafiq!! Takkan la kau tak faham lagi maksud disebalik tu. Dah sah-sah dia tak boleh lupakan Razin lagi!!'

Lamunanku terhenti apabila mama Zira memanggil aku.
Aku pula sekadar menyahut panggilannya dengan senyuman. Berat sangat dah mulut nak cakap. Kecewa!!

"Sabar la Fiq. Tak lama marah dia tu. Nanti MakCik pujuk dia. Tapi Makcik nak tanya kamu sikit. Boleh?"

Aku sekadar mengangguk.

"MakCik nak tanya apa?"

"Syafiq betul ke setuju dengan keputusan tadi? Bukan apa, kamu berdua mana pernah rapat. Tup tup kami suruh kamu kawin." Ada tawa halus yang terhasil.

Aku diam sejenak. Tak tahu apa nak balas. Aku sendiri pun masih keliru dengan apa yang terjadi.

"MakCik dengan Pakcik minta maaf kalau kami mendesak kamu untuk kawin dengan Syaz. Makcik buat semua tu sebab nak tengok Syaz tu bahagia. Dah lama sangat dia tak merasa nikmat tu sejak bekas tunang dia tinggalkan dia. Kalau kamu perlukan masa untuk berfikir,terpulanglah. Tapi Makcik harap sangat kamu tak mengecewakan harapan Makcik." Tambah Makcik Amina.

Aku mengeluh perlahan. Besar harapan Mama Zira. Haih!!

"Bagi saya masa Makcik,Pakcik. Masing-masing perlukan ruang untuk berfikir sebab ni soal kebahagian Syazira dan juga tanggungjawab besar yang saya kena pikul. Saya harap Makcik dengan Pakcik faham keadaan kami." Ujar aku perlahan. Mata masih meliar mengharapkan kedatangan Zira.

"Tak apa. Kami faham. Ambillah berapa banyak masa pun. Kalau jodoh kawin juga kan?" Balas Ayah Zira.

"Kami bertolak dululah. Dah lewat sangat ni. Entah pukul berapa nak sampai KL pulak. Jom!!" Kata Mummy seraya meloloskan diri ke dalam kereta.

Aku pun ikut sama rentak selepas bersalaman dengan Ayah Zira.

Buat seketika mata aku meliar sekeliling rumah keluarga ini. Manalah tahu Zira keluar. Harapan aku kian pudar apabila kelibat dia langsung tak nampak.

Akhirnya pintu kereta ditutup rapat. Serapat-rapat hati milik Nur Syazira Alina untuk menerima lelaki lain.

Sepanjang perjalanan aku hanya termenung memikirkan kejadian yang terjadi di rumah keluarga Zira tadi.

Masih terngiang-ngiang pertelingkahan kecil yang berlaku antara keluarga itu.

Flashback
Ada apa ayah dengan mama nak bincang ni?" Soal Zira yang baru datang dari arah dapur. Dia kemudian duduk bersebelahan Mamanya.

"Macam ni, ayah nak kamu kawin dengan Syafiq." Kata Ayah Zira dengan tenang.

"Whatt!! Ayah jangan memain laa." Soal Zira terkejut. Jelas benar riak wajahnya tidak percaya perkara ini yang hendak dibincangkan.

"Takk!! Ayah tak main-main. Ayah dengan mama dah berkenan sangat dengan Syafiq ni. Ayah tahu Syafiq boleh bahagiakan kamu nak. Ayah dah tua. Ajal pun bila-bila boleh sampai.Ayah nak lepaskan tanggungjawab ayah dekat Syafiq seorang je. Sebab ayah tahu dia mampu. Diaa.. " belumpun sempat ayat Ayah Zira dihabiskan,Zira dengan pantasnya memotong kata-katanya.

"Stop it ayah. Kenapa ayah dengan mama selalu buat keputusan sendiri? Kenapa ayah dengan mama selalu masuk campur urusan hidup Syaz? Kenapa? Syaz baru 24 tahun ayah. Syaz tak sedia lagi. Tolonglahhh faham!!! Oh Syaz tahu. Ayah dengan mama takut Syaz buat pilihan yang salah lagi kan? Macam tu kan? " Air mata yang mengalir dikesat kasar olehnya.

Aku dah kata benda ni mesti berlaku. Haih!!

"Dengar dulu penjelasan ayah dengan mama. Bukan itu yang kami maksudkan. " Mama Zira sedaya upaya cuba memujuk.

"Then, you tell me everthing." Kata Syazira.

"Mama dengan Ayah buat semua ni bersebab. Mama nak sangat tengok anak mama bahagia dengan lelaki yang mampu beri kebahagian tu."

"Then why you choose him? Mama rasa dia mampu ke nak bahagiakan Syaz ma? Ma tolonglahh!!" Kata Syazira dengan jari menunding ke-arah aku. Aku pula hanya diam di situ. Malas mahu masuk campur dalam urusan keluarga ini.

"Sebab Mama yakin dia boleh jaga Syaz. Syaz wake up laa!! Lepas apa yang jadi Syaz masih nak pilih Razin ke hah? Dia tu dah kawin beranak pinak dah. Syaz sedar tak yang Syaz tengah tersepit dengan perjanjian yang dah dibuat dulu? Sedar tak hah?" Soal Mama Zira dengan suara yang agak tinggi. Ayahnya dari tadi sekadar menjadi pemerhati.

"Ya memang Syaz sedar sangat ma!! Sedar sangat yang Syaz tengah tersepit dengan dunia perjanjian palsu dan juga dunia pengokonkongan yang Mama dengan Ayah buat. Syaz.." PANGG!!! Terdiam Zira dan juga kami yang dari tadi hanya menjadi pemerhati.

Air mata yang kian lencun kini bertambah lagi mengalir di pipi gebu Zira.

"Ayah tak pernah ajar anak ayah jadi kurang ajar macam ni!! Sapa yang ajar kau jadi macam ni hah? Jantan tak guna tu? Bagus sangat la tu tinggikan suara dekat Mama dengan Ayah hah?" Memerah muka Pakcik Alias saat itu. Naik kecut perut aku.

Zira yang dari tadi teresak-esak menangis aku pandang. Jatuh kasihan aku lihat keadaan dia saat itu.

Dalam keadaan teresak Syazira membalas kata-kata ayahnya.

"Memang Syaz kurang ajar. Tapi bukan jantan bangsat yang ayah kata tu yang ajar. Tapi Ayah dengan Mama punca Syaz jadi kurang ajar macam ni." Tanpa membuang masa, Zira terus melarikan diri ke biliknya.

Terkedu aku mendengar jawapan Zira. Sungguh sebal hati aku ketika ini. Besar sungguh penangan Razin dalam hidup dia sehingga dia sanggup menjadi anak kurang ajar.

Aku sekadar melihat Papa dan Mummy yang masing-masing menenagkan kedua ibu bapa Zira. Pakcik Alias sedang mengurut pelipisnya. Kecewa mungkin dengan tingkah laku anaknya.

End of flashback

Aku mengeluh lagi. Penat memikirkan sikap kasar Zira. Susah sangat ke dia nak buang perasaan cinta dekat Razin tu. Besar sangat ke cinta Zira untuk Razin? Apa aku tidak ada peluang untuk memiliki cinta itu?

Mata dipejam rapat menghilangkan rasa kesal dalam hati. Entah berapa lama aku pejamkan mata sehingga aku tertidur sepanjang perjalanan pulang.

Syazira p.o.v
Angin malam kuat menyapa kulitku. Entah setan apa yang menghasut diriku sehingga sanggup meninggikan suara kepada Ayah dan Mama.

Huhh!! Menyesal dengan tindakan sendiri.

"Sebab Mama yakin dia boleh jaga Syaz. Syaz wake up laa!! Lepas apa yang jadi Syaz masih nak pilih Razin ke hah? Dia tu dah kawin beranak pinak dah. Syaz sedar tak yang Syaz tengah tersepit dengan perjanjian yang dah dibuat dulu? Sedar tak hah?"

Mata aku pejam rapat. Masih teringat kata-kata Mama petang tadi.

Ya!! Memang aku sedar semua itu. Memang aku tengah tersepit dengan perjanjian yang dibuat dua tahun lepas. Dan aku sedar sebab janji itu juga pintu hati aku tutup rapat untuk mana-mana lelaki.

Patutkah aku lupakan Razin? Perlukah aku buka pintu hati untuk Syafiq walaupun aku tak cintakan dia?
Aku sebenarnya takut mahligai yang bakal dibina akan runtuh hanya sebab aku masih mencintai lelaki lain. Aku tak mahu Syafiq rasa aku kawin dengan dia hanya atas dasar keluarga. Biarlah kami disatukan kerna kata hati masing-masing. Bukan atas dasar desakan keluarga.

Aku buntu. Pintu sliding door segera aku tutup. Kaki laju melangkah menuju ke bilik air.

Wudhuk di ambil. Telekung siap dipakai ditubuhku dan aku segera membentangkan sejadah.

Solat istikarah aku lakukan memohon agar Allah memberikan petunjuk kepada aku. Tidak lupa juga memohon agar Allah memudahkan segala urusan aku selepas ini.

Amin!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Syazira AlinaWhere stories live. Discover now