Bab 18

39 4 0
                                    

Syazira p.o.v
Ketukan pintu bilik mengejutkan aku dari lamunan.

"Zira jom turun makan." Laung mama dari luar pintu.

Aku yang terdengar perkataan 'makan' segera menyahut seruan mama. Gila kau!! Sapa berani tolak masakan mama!!

"Mama turun dulu!! Nanti Zira pergi."
Aku mengambil handphone yang sedang charge dan turun ke ruang makan.

"Waaa mama memang marvelous!! Fav Syaz nii!! Perghhh terbaikkk. Ni yang suka ni bila balik rumah. Hehehe." Gila sambal ayam kot. Mana nak cari kat KL rasa macam ni. Dekat mama je boleh dapat.

Sedang aku mencedok nasi..tiba-tiba suara ayah menyerpa telinga aku.

"Dah tahu sedap tapi jarang jugak balik. Kot la nak kata ada husband kat rumah tapi ni huh boyfriend pun tak dapat dikesan lagi." Terhenti tingkah laku aku. Sentap doe!!

Bukan tak nak kawin!! Tapi kau tahu la kan ada ke orang nak dekat aku ni? :')

"Apa ayah ni! Tak payah la potong mood orang nak makan. Tak suka la macam ni." Aku berura-ura untuk pergi.

Bukan nak kurang ajar, tapi aku tak suka bila orang desak pasal kawin-kawin ni.

"Syaz! Makan la dulu. Tadi kata lapar kan?" Mama bertanya.

"Tak pa la. Mama dengan ayah makan la dulu. Syaz nak rehat kejap. Penat drive." Anak tangga segera didaki menuju ke bilik.

Sempat aku menangkap bicara ayah dan mama..

"Ish abang ni!! Apa kata macam tu dekat Syaz? Kesian dia takde selera dah nak makan. Haihh."

"Mana saya tahu dia nak terasa macam tu. Tapi betul apa!! Dia tu dah 24 tahun tau. Bukannya muda lagi."

Aku mempercepatkan langkah. Malas nak dengar orang gosip pasal kawin. Aku tak suka!!

Pintu bilik ditutup rapi dan tombol pintu dikunci. Laci meja solek segera aku dapati. Laci itu dibuka dan sebuah kotak berbentuk ❤ aku buka. Saat kotak itu dibuka, air mata kian menitik setitik demi setitik.

Apa isi dalam kotak tu?

Terdapat beberapa keping gambar aku bersama Razin. Ya bekas tunang aku. Orang yang masih bertakhta di hati aku sekarang. Hanya kerana satu janji, aku masih menunggu dia pada saat dan ketika ini. Kerana satu janji aku menutup pintu hati untuk lelaki lain.

"Saya janji hubungan kita tak akan berakhir. Sayang tunggu saya tau."

Hanya kerana janji aku lupakan segala penderitaan yang aku alami. Disebabkan sebuah janji itulah aku menghadapi depression selama 2 tahun.

Gambar pertama aku ambil. Gambar aku bersama Razin di Australia. Wajah kami masing-masing tersenyum bahagia seperti pasangan yang sah ikatannya.

Kemudian, beralih pula pada gambar kedua. Gambar di mana Razin membuat surprise party sempena ulang tahun aku ke-22. Riak bahagia jelas terpacar di wajah aku. Ya aku sangat gembira. Gembira kerana tuhan menghadiahkan aku seorang lelaki yang melengkapi setiap detik hidupku.

Sebuah kotak baldu aku ambil. Kotak baldu itu dibuka dan terserlahlah sebuah cincin permata. Itu adalah cincin pertunangan kami. Air mata yang menitik kini semakin lebat membasahi pipiku. 'Ya Allah aku sangat rindu detik aku bersama dia. Kau hancurkanlah perasaan ini Ya Allah.'

Aku mengimbas kembali setiap kenangan terindah yang pernah dicipta oleh kami. Kenangan selama 10 tahun yang aku sangkakan ia akan berakhir dengan bahagia namun sebaliknya terjadi.

Mataku kian memberat akibat banyak menangis. Menangis mengenangkan seorang lelaki yang dahulunya disanjung namun kini telah mengakibatkan duniaku musnah dengan janji-janji manis.

'Mana janji awak Razin? Awak janji nak datang kembali. Mana awak?' Aku merintih dalam esakan.

Akhirnya aku terlelap bersama kenangan-kenangan 'bahagia'.

'Ya Allah, jika aku diberi peluang untuk bernafas lagi, Kau hapuskan la kesedihan yang aku alami. Kau gantikanlah dengan kebahagian yang aku cari selama ini.'

~~~~~

Aku terjaga dari tidur apabila terdengar namaku disebut berulang kali. Aku cuba celikkan mata.

'Aihhh kenapa mata melekat ni? Ni mesti sebab menangis.'

Kata aku kerdipkan berkali-kali. Badan yang sedikit lenguh aku rengangkan. Ni la padah bila tidur atas lantai.

Setelah memastikan aku benar-benar sedar, aku melihat ayah sedang duduk disebelah aku sambil matanya merenung tepat ke arah gambar-gambar yang berselerak.

'Alamak! Sumpah cakap aku tempah maut!!'

Gambar itu segera aku capai dan aku simpan ke dalam kotak ❤ tadi.

"Syaz masih tak boleh lupa pasal dia?" Soal ayah dengan nada lembut.

Aku hanya diam. Angguk tidak! Geleng pun tidak!

Terdengar ayah mengeluh.

"Haih! Ayah minta maaf buat kamu terasa tadi. Ayah tak ada niat pun nak paksa kamu ingat kembali masa lepas kamu." Kata Ayah.

Ni yang buat aku lemah bila ayah sendiri yang ucap kata maaf sedangkan aku yang terlebih emosi tadi.
Badan tua ayah aku dakap dengan erat. Tubir mata terasa panas. Akhirnya aku menangis teresak-esak di dalam dakapan ayah.

"Shh!! Kalau Syaz nak luah sesuatu, luahlah. Ayah sentiasa jadi pendengar kamu sayang." Kata Ayah sambil mengusap belakang badan aku.

Setelah tangisanku semakin reda, aku mula membuka bicara.

"Ayahh!! Kenapa Allah seksa Syaz macam ni? Kenapa Syaz tak boleh buang perasaan ni dekat dia? Kenapa Syaz yang kena tanggung segala derita sedangkan dia tengah bahagia dengan kehidupan dia sekarang? Kenapa semua ni terjadi dekat Syaz ayah?" Rintih aku.

"Tak baik cakap macam tu sayang. Sapa buat Syaz menderita? Tak ada sapa pun yang boleh buat anak ayah ni menangis. Ayah tak benarkan. Syaz jangan salahkan tuhan sayang. Sesungguhnya Allah tu sebaik-baik perancang. Syaz kena usaha untuk tepis dan buang perasaan tu. Buang semua kenangan yang pernah Syaz cipta. Ni kotak ni, pergi bakar. Selagi kamu simpan kenangan, selagi tu segala perasaan sukar diusir." Kata ayah dengan nada lebih kepada memujuk.

Sedikit sebanyak aku dapat menerima kata-kata Ayah. Ya betul! Aku kena buang semua kenangan 10 tahun lepas. Aku kena buka pintu hati untuk diisi oleh lelaki yang lebih menyayangi aku.

Aku memandang ayah. Ayah juga melakukan perkara yang sama. Akhirnya senyuman kecil terbit di bibir aku.

"Terima kasih ayah. Terima kasih sebab jadi superdad since Syaz lahir sampai sekarang. Thanks sebab sentiasa jadi listener and motivater bila Syaz perlukan ayah. Belum tentu bakal suami Syaz boleh sayang Syaz macam mana ayah sayang Syaz." Aku mencium pipi ayah lama. Rasa nyaman mula terbit dalam diri aku. Ya Ayah adalah segalanya.

"Sama-sama sayang. Kalau macamni perangai Syaz, Syaz tak payah kawin la." Ucap ayah sambil mengusap kepala aku.

'Aik tak payak kawin pula?'

"Eii apa ayah nii!! Tadi beria suruh Syaz kawin. Ni cakap tak payah pulak. Mesti ayah ingat takde laki nak dekat Syaz kan? Buruk sangat ke Syaz yah?" Soal aku sedikit berjauh hati.

Selang beberapa saat, aku dengar ayah ketawa dengan kuat.

"Apa la Syaz ni. Ayah cakap macam tu sebab kamu tu manja dengan ayah tak sudah. Kesian laki kamu nanti jeles dengan ayah. Mama pun mesti jeles nanti. Penat la ayah nak pujuk."

Cehh ingatkan aku ni buruk sangat sampai cakap tak payah kawin.

"Dah jom makan. Mama dah panaskan lauk fav kamu. Tadi kan ada orang tu merajuk." Ejek ayah.

"Eii ayahhh jahatt benciii.!!"

'Aku bersyukur kerana Allah masih mengurniakan seorang insan sebaik Ayah juga sebagai pelindung aku. Terima kasih ya Allah.'

Syazira AlinaWhere stories live. Discover now