Bab 19

36 5 0
                                    

Syafiq p.o.v
"Fiq cepatla bangun! Janji nak teman semalam. Hishhh bangunla." Mummy mengejutkan aku sambil menarik kain selimut.

Selimut yang ditarik tadi ditarik semula sehingga menenggelamkan sepenuh badan aku.

Aku merengus kegeraman apabila terasa kepalaku diketuk dengan bantal.

"Ya Allah apa ni?!! Syafiq penat la mummy." Jawab aku sambil mata terpejam rapat. Sumpah penat!!

"Penat penat!! Mummy dah pesan semalam jangan balik lewat. Kamu buat jugak. Pastu harini nak mungkir janji dengan mummy pulak. Tak pa la kamu sambung la tidur." Aku merasakan katil yang sedikit tenggelam tadi kini sudah kembali ke bentuk asal.

Haihh!! Mummy merajuk!!

"Give me 15 minutes." Aku berkata perlahan. Ya Allah seksanya nak bukak mata.

Ni la padah bila layan bola sampai waktu subuh. Tapi untuk mummy semua aku sanggup buat.

Kain tuala yang tersidai kemas aku ambil dan kaki melangkah ke bilik mandi.

Kira-kira 10 minit membersihkan diri. Akhirnya aku siap berpakaian polo hitam dan dipadankan dengan skinny coklat. Sedikit semburan pewangi sudah mengharumkan segenap bilik pakaian. Cermin mata hitam aku ambil dan diselit di baju.

Apabila aku turun ke bawah, tetiba rahang aku jatuh. Terbuka luas mulut aku pada saat itu. Ya Allah dugaan apa pulak nii? Dengan keadaan terpaksa aku menuju ke arah mummy.

"Apa ni mummy? Cakap tak ada orang teman. Ni semua ada. Hish kalau Fiq tahu la mummy nak kenakan Fiq, takdenya Fiq nak ikut." Aku menyuarakan ketidakpuasaan hati. Mana taknya kalau dekat bawah yang menunggu aku bukan mummy je, daddy ada Suzane dengan Shazwan pun. Kau rasa? Erghh layankan je la.

"Sudah! Kamu jangan nak ubah fikiran pulak eh. Dah siap segak-segak ikut je la." Kata mummy tanpa rasa bersalah.

Aku mencebik. Ahh malas layan. Pintu kereta Estima aku buka. Aku menurukan seat sebelah pemandu. Mengantuk sangat!! Baik tidur lagi bagus.
Kereta dipandu oleh Shazwan menuju ke Melaka. Kata mummy dia nak jumpa kawan lama dia. Tapi masalah sekarang, apa kaitan dengan aku? Serabut!!

~~~~
"Wey Along bangunlah!!" Shazwan menepuk peha aku.

Aku sekadar membalas 'hmm' sahaja. Ahh mata aku masih berat.

"Wey kau kalau nak tidur pun agak-agak ahh. Kita dah sampai la. Bangun cepat!!" Shazwan terus-terusan mengesak aku untuk bangun.

Akhirnya aku mengeliat kecil sebelum membuka mata. Mata dikerdipkan berkali-kali bagi menghilangkan silau akibat cahaya matahari.

"Dah sampai ke?" Soal aku sambil menguap. Aku mengeliat kecil bagi menghilangkan lenguh-lenguh di badan.

"Mana yang lain?" Soal aku lagi sekali.

"Semua dah masuk la. Kau la ni buat lambat boleh. Tahu la tidur lewat, tapi agaklah kalau tidur mati. Dah jom laa." Kata Shazwan sambil mematikan enjin kereta.

Aku hanya mengikut langkah Shazwan. Seatbelt dibuka juga pintu kereta.
Dari luar rumah kedengaran riuh-rendah suara manusia sedang bergelak tawa dan manusia itulah ofcourselah parents aku.

"Assalamualaikum." Shazwan memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Aku hanya mengikut bontot dia. Entah kenapa aku rasa berdebar.

Aku menyalam tangan seorang lelaki tua seraya itu aku duduk di sebelah Shazwan.

"Ni ke anak kau tu Mina? Hensem sangat. Dulu masa kita jiran, budak hingus lagi ni."

"Ye la Sabrina. Yang ni la Syafiq. Yang ni pulak Shazwan dan yang perempuan tu Suzane. Aku rasa kau ingat Syafiq je kan? Lepastu terus pindah sini." Aku yang tadinya diam terus mempamerkan reaksi terkejut.

Syazira AlinaWhere stories live. Discover now