Bab 4

116 7 0
                                    

Arif menerjah masuk ke dalam biliknya diikuti dengan Amar dan Niezam. Arif masih lagi merasai kesakitan di atas belakangnya walaupun kejadian itu telah 4 jam berlalu. Arif terus membaling beg galasnya yang berwarna hitam ke atas katil dan dia duduk seketika di situ, tidak lama kemudian dia bangun dan menyepak kerusi kecil yang ada di meja belajarnya. Terang terang menunjukkan bahawa dia amat marah dan geram dengan apa yang baru berlaku pagi tadi di cafeteria.

"Arghhhh bodoh punya budak" Arif menjerit menyebabkan dua orang rakannya terkejut dengan serta merta

"Rilek lah bhai aku pun tengah baran ni tapi tak payah lah sampai sepak kerusi bagai" marah Amar kerana bengang dengan perbuatan Arif

"Macam mana dia boleh jadi kuat macam tu ah?" Tanya Arif kepada rakannya seolah olah mereka tahu aja sebabnya

"Arif duduk lah dulu benda boleh bawak bincang kan?" Pujuk Niezam untuk meredakan keadaan tegang yang sedang berlaku di dalam bilik mereka

"Kau suruh aku duduk Zam? Serious lah? Yang kena hentak tadi tu aku bukan kau!" Balas Arif bertambah geram dengan kenyataan rakannya itu

"Aku tak suka lah korang macam ni, tak payah lah sampai pekik pekik bawak bertenang boleh? Cakap cool tak payah lah marah marah bhai" pujuk Niezam sambil membuat muka comelnya manalah tahu kalau kalau Arif termakan dengan pujukkannya itu

"OK fine aku duduk tapi kau bagitahu aku dulu macam mana dia boleh jadi kuat sampai macam tu" akhirnya Arif mengalah dan terus duduk ke atas katil betul betul bersebelahan dengan Amar

"Dia ada kuasa superpower kot" balas Niezam dengan penuh yakin sekali

"Ha ambik kau superpower konon, kepala hanguk kau!" Amar memukul kepala Niezam dengan buku yang ada di tangannya

"Sakit lah Mar" balas Niezam yang kesakitan akibat di pukul oleh Amar

"Agak agak lah, ni dunia tau bukan mimpi fantasi kau, ni lah kau Zam kuat sangat terpengaruh dengan buku komik yang kau baca tu sampai otak kau pon dah tak berfungsi" marah Amar yang tidak tahan dengan perangai kebudak-budakan Niezam itu

"Aku bagi idea jelah mana lah aku tahu tah tah dia pergi gym hari hari kot" sekali lagi Niezam memberikan ideanya tapi kali ini dia bernasib baik kerana ideanya lebih masuk akal dan boleh diterima pakai

"Tapi tak kan lah boleh jadi kuat sampai macam tu sekali" fikir Amar yang masih kebingungan dengan kejadian tadi

"Arif kenapa diam sangat ni, okey tak?" Tegur Niezam setalah melihat Arif yang hanya diam membisu dan termenung seolah olah memikirkan sesuatu yang rumit

"Aku rasa macam ada something lah dengan budak Aliff tu" kata Arif sambil mengambil laptopnya dan menaipkan sesuatu di laptopnya

"Something apa tu bhai?" Tanya Amar yang masih kebingungan

"Aku rasa dia ada rahsia yang kita tak tahu korang tengok ni" jelas Arif sambil menunjukkan laptopnya kepada dua orang rakannya

"Eh tu kanvideo yang dia orang bertiga pergi ghostbusting dekat balai gombak tu kan? Habis tu kenapa dengan video tu?" Tanya Amar lagi untuk mendapatkan kepastian selepas melihat video Aliff, Naim dan Anna pergi membuat aktiviti paranormal

"Cuba korang perhatikan betul betul" Arif memainkan video itu sekali lagi tetapi kali ini di dalam versi gerak perlahan (slow motion)

"Kenapa Aliff senyum jer tu dia tak takut ker?" Tanya Niezam yang kehairanan dengan sikap Aliff di dalam video itu

"Aku tak kesah yang dia nak senyum ke tak yang aku suruh kau tengok asap hitam kat atas belakang dia apa benda tu?" Tanya Arif kepada dua orang rakannya

"Alah dia orang edit jer tu nak kasi video mereka nampak gempak barulah lagi banyak view's" balas Amar lagi yang tidak puas hati selepas memerhati video itu dengan teliti

"Aku tak rasa dia edit sebab orang cakap mereka bertiga tu bukan jenis yang suka post video dekat mana mana laman web, anyway mana kau dapat video ni Rif?" Tanya Niezam untuk suatu kepastian

"Aku curi masa Naim tertinggal kemera dia dekat kelas haritu" Arif menjawab selamba walaupun dia tahu bahawa perbuatannya adalah salah

"Tak kira lah kau curi ke tak tapi bila kau dah cakap macam tu aku rasa macam nak siasat jer pasal Aliff dengan member member dia ni" Amar yang bersemangat terus bangun daripada katil dan mengemas begnya

"Eh kejap kau jangan jadi bodoh boleh tak? Nak siasat pon biarlah ada plan dulu kalau dia orang tahu kita nak skodeng dia orang kau nak jawab apa?" Marah Arif kepada rakannya yang selalu bersikap terburu buru itu

"Yelah plan apa bos?" Tanya Amar yang sudah tidak sabar sabar lagi untuk mengetahui identiti sebenar Aliff dan rakannya

"Adalah malam ni aku bagitahu, ha kau cam ner Zam join tak?" Tanya Arif selepas melihat Niezam yang hanya diam membisu dari tadi

"Aku on jer asal korang ada aku okey" Niezam seraya membalas pertanyaan Arif

"Tapi ingat apa pun yang terjadi ni rahsia antara kita bertiga je eh kalau aku tahu bocor siap korang aku kerjakan sampai habis" Arif memberikan amarannya yang terakhir sebelum dia berlalu pergi untuk ke tandas

Niezam hanya duduk di meja belajarnya yang dikongsi bersama Amar, dia membuka laptopnya untuk menyiapkan kerja folio yang ditangguhnya tadi. Amar pula hanya duduk di atas katil sambil membaiki go pro miliknya. Maklumlah Amar suka bersiap sedia sebelum melakukan sebarang aktiviti yang tidak masuk akal bersama dua orang lagi sahabatnya. Walaupun di dalam diri Amar semangatnya sudah berkobar kobar untuk mengetahui rahsia Aliff tetapu dia masih lagi sabar menanti malam ini untuk mendengar penjelasan kepada rancangan mereka bertiga. Dia tidak mahu oleh kerana sikapnya yang terburu buru itu rakannya yang lain menjadi pertaruhan.

Aliff Dalam 7 Dimensi : Pertarungan PertamaWhere stories live. Discover now