Bab 2

85 5 0
                                    

"Mana dia ni lambat betul, bersiap mengalahkan perempuan" kata Anna yang bengang kerana telah menunggu Naim selama 15 minit di tangga asrama itu

"Biasalah macam awak tak tahu perangai Naim tu suka betul main main" Balas Aliff selamba sambil membetulkan hoddie baju sejuknya

"Awak macam mana malam ni on tak? Sebab tempat tu dekat jer kalau tak pergi rugi lah" kata Anna membahaskan tentang perancangan paranormal mereka untuk malam ini

"Saya okey jer tapi kalau Naim buat perangai tak ikut, saya kena teman dia kat sini sebab..." kata kata Aliff terhenti kerana teringat akan sesuatu

"Kenapa ni Aliff? Ada apa apa ke? Sebab apa ni?" Anna pelik melihat kerenah Aliff dan raut wajah Aliff yang bimbang itu

"Sebab semalam saya nampak Naim mengigil masa tidur" Aliff merenung seketika barangkali memikirkan perkara yang berlaku semalam

"Saya rasa dia bermimpi je tu Naim memang macam tu tak basuh kaki sebelum tidur" Gelak Anna untuk meredakan keadaan yang tegang itu

"Awak tunggu sekejap dekat sini, saya tak sedap hatilah" Aliff berlari naik ke atas tangga dan menuju terus ke biliknya

Sesampai sahaja Aliff di biliknya dia terus menerkam tombol pintu bilik untuk membukanya tetapi ianya berkunci dari dalam. Aliff mengetuk pintu berkali kali dan memanggil nama Naim berulang kali tetapi hanya bunyi seperti barang dibaling dari dalam jadi Aliff memutuskan untuk memecah masuk sahaja lalu Aliff menendang pintu sekuat hati dan menyebabkan ianya terbuka. Dia memerhati keadaan sekeliling dan matanya menangkap pada susuk tubuh Naim yang mengigil di sudut bilik sambil meracau-racau memanggil nama Aliff, meminta tolong dan menghalau sesuatu dari bilik itu.

Keadaan itu pada mulanya nampak pelik pada mata Aliff tetapi terungkai setelah dia melihat suatu lembaga hitam besar seperti asap dia kawasan almari miliknya dan Naim. Dia terus menuju ke arah Naim dan memegang bahu Naim mebuatkannya terkejut dan beralih dari Aliff.

"Tak apa ni aku Naim" Aliff menenangkan Naim dan memeriksa jika Naim tercedera.

"Tak guna kalau kau nak kacau orang carilah yang sepadan dengan kau, kenapa kau kacau kawan aku ha?" Aliff menjerit ke arah lembaga hitam itu

Seraya lembaga hitam itu bergerak laju ke arah Aliff dan Aliff mengelak sambil menengkis lembaga hitam itu. Tapi sayang sekali lembaga hitam itu seperti asap yang apabila ditepis tidak mengena. Suasana bilik itu juga berubah apabila keadaan sekeliling menjadi begitu sejuk sekali sehingga Aliff menghembuskan nafas wap seolah olah mereka sedang berlawan di kutub utara. Oleh disebabkan terlalu sejuk Aliff tidak dapat berfikir panjang dia hanya mampu memukul angin itu sahaja. Dia hilang arah apabila kesemua tumbukan dan serangannya tidak mengena langsung. Serangannya seolah olah halimunan dia seolah olah hilang kuasanya.

Dia terfikir yang mungking kuasanya telah hilang bersama sakanya. Untuk seketika dia berasa takut dan berasa dia telah hilang segala-galanya sehinggalah dia terdengar seseorang membacakan surah al fatihah lalu dia menoleh dan melihat Naim yang sudah lesu menggigil sambil memeluk Al quran miliknya sambil membacakan Al fatihah. Dia mendapat satu idea lalu dia mengambil penyembur air yang telah dibacakan ayat ayat Al quran yang dia bacakan semalam. Dia menyembur air itu ke arah lembaga itu tetapi tidak mengena sebaliknya dia pulak yang diterbangkan oleh lembaga itu sehingg kepalanya terhantuk pada siling bilik.

"Mati lah kau berani kau kacau kawan aku" Anna menyemburkan air itu kepada lembaga itu

Rupanya keadaan bising ketika Aliff berlawan dengan lembaga itu telah menarik perhatian Anna dan bila Anna tiba di pintu asrama rakannya dia melihat Aliff telah diterbangkan ke udara setinggi almari pakaian. Tanpa berlengah lagi Anna tahu apa yang perlu dilakukan kerana dia sudah terbiasa melakukan perkara perkara ghaib setelah dia mengenali Aliff dengan lebih dekat lagi. Anna terus menyemburkan air itu tepat pada lembaga itu. Nasib menyebelahi Anna kerana lembaga itu terus terbakar setelah terkena air semburan itu.

Anna terus berlari mendapatkan Aliff yang jatuh semula ke lantai bilik setelah diangkat ke udara tadi. Anna membantu Aliff untuk bangun dan memeriksa keadaan Aliff. Alif bertuah kerana dia tidak tercedera langsung cuma efek dari jatuhan tadi menyakitkan tulang belakang Aliff.

"Yang kena kacau teruk aku, yang kau sibuk chek Aliff kenapa?" Rengus Naim yang masih berada di sudut bilik sambil mengosok kepalanya yang kemungkinan terhantuk

"Apa dah jadi sebenarnya ni Naim?" Tanya Aliff kerisauan

"Aku tak tahu aku ingatkan hantu tu kau punya, aku tak buat apa apa pon" Balas Naim untuk meleraikan persoalan Aliff

"Aku punya? Kau ni biar betul bro? Kemain sejuk macam kutub utara tak kan benda tu aku punya dah lah berasap macam tu, sekarang baru aku faham benda tu lah yang buatkan kau menggigil malam tadi" Kata Aliff lagi

"Yer tapi aku ingat yang kau punya sebab tu aku tak cakap sepatah pon lain kali cakap lah kalau benda tu bukan yang kau buat takut aku jer" Naim berkata sambil bangun dan berjalan ke arah pintu bilik mereka

"Sudah sudah tak payah bergaduh kat sini kita sambung dekat kantin pulak, korang ni siang malam lawan hantu tak lapar ke?" Anna cuba membuat lawak tetapi malangnya tidak mendapat sambutan kerana kemarahan Naim sedang membara ke atas Aliff

"Aku lapar" balas Naim ringkas lalu mereka bertiga berlalu pergi ke cafeteria Universiti mereka.

Aliff Dalam 7 Dimensi : Pertarungan PertamaWhere stories live. Discover now