Chapter 21

2.7K 45 0
                                    

Aku terus memarkir keretaku di tempat letak kereta dan terus menyudahkan urusan ku dengan mengambil sebuah bilik yg boleh memuatkan kami adik-beradik seterusnya mengurus waktu check-in dan check-out kami. Adik2 ku yg lain kelihatan terpinga-pinga sepanjang perjalanan menuju ke bilik kami. Aku terus menekan punat nombor 6 di tepi pintu lift, mahu menuju ke tingkat 6. Setelah itu, aku terus mengambil kunci bilik yg berada dlm tas tanganki. Bilik bernombor 602 menjadi tempat kami untuk tidur pada malam nie.

"Wahh, punya cantik nie bilik! Ada air-cond lgi nie! Cuba ko tengok tu abang Maddy, boleh anu lgi tengok pemandangan dari luar! Tilam dia pnya siok, ada spring, boleh lompat2!"

Kata adik bongsuku, Matt yg aku lihat sangat teruja ketika aku membuka pintu bilikku.

"Ya bah, cantik nie. Bah, karang mlm Matt tidur sama abang Maddy ahh. Biar dorang kakak Debby, kak Ica, sama kakak Ririe 1 katil. Nah, boleh kita tengok kartun karang malam."

Maddy berkata sebegitu sambil memandang Matt. Aku merasa kasihan melihat adik2 ku yg kelihatannya seperti rusa masuk kampung, terpinga-pinga. Aku faham bagaimana rasanya terperuk dlm rumah sahaha tanpa di biarkan bebas keluar untuk mengenali dunia luar. Aku hanya membiarkan mereka dengan gaya mereka yg sebegitu.

"Bah, karang malam kita pigi makan ahh, lepas tu kita pigi tengok wayang di panggung wayang, baru tu kita pigi beli baju baru sama mainan utk si Matt. Sekarang kamu rehat2 lh dulu. Tidur2 kh. Kakak mahu mesej kawan kakak dulu ahh. "

Kataku sambil mengambil hand phoneku di dalam tas tanganku. Mereka hanya mengangguk sambil membuat aktiviti masing2. Aku terus menekan icon Whatsapp dan memilih untuk ber-chatting dgn Edward.

Whatsapp conversation :- 📩

Me : Haii Ed. I already arrived at my hometown.

Edward : Haii too Deb, bagus lh kalau begitu. Erm, I wish to chat with you more but, I have to go now. 2 minutes more sy mahu attend meeting sama boss sy. I will call you later once sy balik dari kerja sdh. Bye Deb.

Me : Oh okay then. Will look forward for your call. Bye too Ed.

Terlalu singkat perbualan antara aku dan Edward. Badanku yg hamis dan melekit dek peluh yg tadinya mengalir keluar semasa aku mengangkat barang2 adikku ke dalam kereta, membuatkan aku merasa tdk selesa. Aku terus mengambil baju singlet nipis ku bersama dgn short pant aku, lalu aku mengatur langkah mahu menuju ke bilik air. Aku mempercepatkan langkahku. Setelah itu, aku terus menanggalkan 1 per 1 pakaian ku lalu aku membuka pili shower dan terus membiarkan air yg keluar membasahi setiap bahagian tubuhku.

TOKK! TOKK! TOKK!

Bunyi pintu bilik mandi yg diketuk dari luar membuatkan aku tersentak dan memberhentikan mandianku.

"Kakak Debby, telefon kakak berbunyi. Ada orang call ko kak."

Kedengaran suara Ririe menjerit memberitahu bahawa ada panggilan untukku.

"Oh biar laitu Ririe, kakak mahu mandi dulu. Karang kakak call dia balik. Kasi biar laitu."

Aku berkata kepada Ririe. Aku terus menyudahkan mandian ku seterusnya memakai singlet dan short pant ku sebelum melangkah keluar meninggalkan bilik mandi. Aku membaluti rambutku yg basah dgn sehelai tuala kecil dan terus menuju ke arah katil tempat Ica dan Ririe merebahkan diri. Aku tdk menunggu lama, aku terus menekan skrin hand phone ku utk melihat siapakah pemanggil itu. Kelihatan ada panggilan daripada nombor yg tdk aku kenali.

You have (1) missed call from 010-7891056.

Aku tanpa membuang masa terus mendail semula nombor yg tertera di skrin hand phoneku.

Kerana Aku Seorang Perempuan Simpanan (Complete)Where stories live. Discover now