2 ~ Rodney Fox & Jerung Putih

7 0 0
                                    

Pada hari pertama berada di Adelaide, mereka sudah bersedia untuk memulakan kembara di pagi yang dingin. Lokasi yang menjadi pilihan, Rodney Fox Shark Experiance Museum iaitu Muzium yang diusahakan oleh Rodney Fox.

Ia adalah sebuah muzium tentang jerung putih yang unik dan menampilkan pelbagai koleksi foto mengujakan. Lebih seratus ekspedisi dan kajian berkenaan jerung putih terdapat di dalam muzium kecil itu.

"Saya pernah diserang oleh seekor jerung putih yang besar. Saya digigit teruk di sekitar dada dan lengan pada bulan Disember 1963."

"Saya anggap kejadian ngeri yang menimpa diri sebagai satu keajaiban kerana saya masih hidup dan selamat dalam satu serangan je

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Rodney Fox, semasa bercerita tentang pengalaman dia di dalam galeri muzium kepunyaannya.

Gerun, apabila mereka mendengar kisah yang benar-benar berlaku ke atas Rodney Fox itu.

Azzam berkata, "Sangat mengerikan dan menakutkan. Bila melihat gambar-gambar di dalam muzium ini, sangat dahsyat!"

Jelas Rodney Fox lagi, "Ya, mungkin awak semua tak percaya. Tapi di dalam muzium ini penuh dengan bukti-bukti bahawa saya pernah mengalami peristiwa itu."

"Awak lihatlah gambar bagaimana keadaan abdomen saya yang pada masa itu. Sangat teruk keadaannya."

Hanim dan Suzie berkerut-kerut dahi melihat gambar yang ditunjukan oleh Rodney Fox. Masing-masing teruja melihat gambar Rodney Fox selepas serangan jerung putih itu.

Walaupun mengerikan, namun mereka tetap berminat mendengar dan berbual dengan Rodney Fox.

Kata Saddam, "Teruk sangat kecederaannya. Jika saya berada di tempat Encik Rodney, saya tak tahu apa yang akan berlaku pada diri saya."

Balas Rodney Fox, "Dah tentu awak akan mengalami trauma dan fobia. Kesannya sangat lama untuk pulih."

Tanya Syam, "Selain abdomen, ada kecederaan lain?"

Jawab Rodney Fox, "Dalam serangan jerung itu, abdomen saya sepenuhnya terdedah dan semua tulang rusuk di sebelah kiri patah."

"Diafragma telah tercucuk oleh gigi jerung, paru-paru saya koyak rabak dan terbuka, tulang belikat juga luka, limpa pula tidak bertutup dan arteri utama daripada hati saya juga terdedah."

"Sehingga ke hari ini, sebahagian gigi jerung putih masih tertanam di dalam pergelangan tangan saya."

"Urat pula banyak yang rosak. Disebabkan serangan jerung putih, saya banyak kehilangan darah,"

Suzie berkata, "Dah tentu banyak jahitan pada luka itu."

Ujar Rodney Fox, "Ya memang banyak. Lebih 360 jahitan diperlukan untuk menjahit luka dan kecederaan."

Kata Faiz, "Dalam waktu genting tu, pastinya doktor bertungkus-lumus merawat dan membuat pembedahan untuk menyelamatkan Encik Rodney."

Jelas Rodney Fox lagi, "Betul kata awak. Pakar bedah, doktor Justin Miller yang banyak membantu kerana ketelitiannya, merawat dengan baik dan melakukan pembedahan bagi mencantumkan semua serpihan kecederaan akibat gigitan yang sangat mengerikan itu."

Rodney Fox terdiam seketika, seolah-olah dia terimbas kembali pengalaman ngeri yang dialaminya itu. Dia merenung tajam gambar-gambar yang ada di dinding.

Dia mangsa serangan jerung putih yang hebat, dia juga seorang pembuat filem dan ketua ekspedisi. Dia, dilahirkan di South Australia pada 9 November 1940.

Dia bahagia berkahwin dengan isterinya, Kay dan mempunyai tiga orang anak iaitu Andrew, Lenore dan Darren. Datuk kepada 7 orang cucu.

Keyo berkata, "Pelik sungguh, walaupun teruk diserang jerung putih dia masih hidup lagi."

Kembara Bumi Aborigine ~ South AustraliaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang