Bob Latimer, Neil, Suzie dan Hanim ketawa geli hati. Rakan-rakan yang lain hanya memandang gelagat mereka berempat tertawa. Mereka belum mengetahui cerita sebenar kehilangan Suzie dan Hanim semasa berkunjung di Rodney Fox Shark Experiance Museum.
Sementara menunggu hidangan makan malam yang disediakan oleh Mekong Thai Restaurant siap, Azzam, Saddam, Keyo, Syam, Faiz dan Nizam masih menunggu jawapan dariapada Bob Latimer.
Kata Keyo, "Asyik ketawa sampai bila pun kita semua tak tahu cerita sebenarnya."
Ujar Azzam, "Aku rasa dia orang ini ada komplot, saja nak buat gempak."
"Kalau serius hilang dia orang tak macam ini, ketawa dan lepas itu tak nak beritahu perkara sebenarnya."
Balas Keyo, "Gempak celah mananya. Kau orang jangan nak buat hal yang bukan-bukan."
Kata Saddam pula, "Tak suka betul kalau benda-benda seperti ini berlaku. Kalau betul berlaku tak apa juga. Ini, saja-saja buat. Selepas itu kena prank! Sakit jiwa dibuatnya."
Faiz berkata sambil mengugut, "Tak apa, selepas ini jika berlaku sama ada hilang atau apa-apa saja, kita buat tak tahu.Baru padan dengan muka Kak Suzie dan Kak Hanim."
Syam dan Nizam mengiyakan kenyataan Faiz itu.
Azzam berkata, "Betul aku setuju dengan Faiz."
Suzie dan Hanim tersenyum-senyum melihat gelagat tidak puas hati rakan-rakannya itu.
Suzie berkata, "Apa kecoh-kecoh ini. Kami tak buat salah pun."
Ujar Hanim pula, "Kalau tak tahu cerita sebenar janganlah marah-marah."
Kata Keyo, "Wei, perkara ini sangat serius. Suzie dan Kak Hanim hilang, siapa yang tak cuak!"
"Kita orang yang berada dalam muzium itu dah tak tentu arah dibuatnya."
"Sekarang boleh kata, kami tak buat salah dan kenapa nak kecoh-kecoh. Seorang lagi kata, kalau tak tahu cerita sebenarnya jangan marah-marah."
"Apa semua ini?"
Desak Azzam, "Cuba beritahu perkara sebenarnya apa yang berlaku. Jangan nak main sembunyi-sembunyi daripada kami."
Melihat suasana hangat di dalam Mekong Thai Restaurant itu, Bob Latimer cuba meredakan keadaan.
Kata Bob Latimer, "Bertenang semua, sebenarnya....."
Belum pun habis Bob Latimer berkata Suzie mencelah, "Bob, jangan beritahu mereka!"
Bob Latimer terhenti hendak berkata, lalu dia memandang ke arah Suzie.
Saddam berkata, "Tengok itu, berdalih lagi."
Perbualan mereka terganggu lagi, apabila Puan Maria bersama pembantunya membawa hidangan makan malam ke meja mereka.
Puan Maria yang tersenyum manis itu, segera meletakkan pelbagai hidangan di atas meja. Nasi putih, seafood tomyam, sayur campur, ikan tiga rasa dan beberapa menu lain.
Nizam melihat hidangan yang begitu menyelerakan itu lalu berkata, "Wow! Terbuka selera bila tengok hidangan atas meja.
"Nampak sedap, terus datang lapar. Rasa bukan di Adelaide, dah macam dekat Malaysia."
Syam mengusik, "Kau bila tengok makanan semuanya lupa."
Tanya Nizam, "Lupa apa?"
Jawab Syam, "Jangan lupa baca doa ya."
Balas Nizam, "Belum makan lagi, nak makan nanti barulah baca doa."
Hanim bertanya kepada Puan Maria, "Semua ini Kak Maria yang masak?"
KAMU SEDANG MEMBACA
Kembara Bumi Aborigine ~ South Australia
AventuraKembara santai penuh debaran dan mengejutkan ini membawa jauh kita ke sisi dunia luar. Destinasi kembara lapan sahabat di bumi Aborigine, South Australia. Selama enam hari mereka mengembara di sekitar Adelaide, Kangaroo Island dan beberapa tempat d...