Seorang pelajar perempuan duduk di perpustakaan seorang diri membuat keraja sekolahnya. Tag namanya tertulis Alisa. Kedengaran beberapa orang pelajar rancak bercerita.
"Ni library ke pasar raya ni?", bisik hatinya. Geram dengan pelajar yang tidak mengikut peraturan perpustakaan itu. Terdapat juga beberapa pelajar yang berdating di meja belajar bersendirian. Dia terus mengemas barang barangnya untuk meninggalkan perpustakaan. Dia dapat merasakan dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Tanpa membuang masa, dia terus melangkah keluar perpustakaan.
Buku bukunya di letakkan di dalam pelukannya. Di tangan kanannya pula rancak menekan screen telefon berjenama Huawei berwarna hitam. Beberapa kali telefonnya berbunyi menandakan pesanan ringkas memalui WhatsApp diterima. Muka selambanya tiba tiba tersenyum apabila satu pesanan ringkas dari sahabatnya di buka, gambar artist Korea kegemarannya memenuhi screen telefon pintarnya. Selesai sahaja dia mengemas barangnya ke dalam beg sekolahnya, dia terus sahaja pergi ke kelasnya walaupun dia tahu masih ada 5 minit sebelum kelas seterusnya dimulakan. Perjalanannya dari perpustakaan ke kelasnya sahaja mengambil masa 3 minit. Sepanjang perjalanannya ke kelas sambil itu jugalah dia menscroll telefon bimbitnya memeriksa Instagramnya. Sebaik sahaja dia melihat beberapa followers yang baru semalam di terima nya. "Wuish! Banyak! Lima je lah", kemudian dia gelak dengan lawak dia sendiri. Kemudian dia membuka satu persatu followers itu. Kesemua followers itu sememangnya menuntut di pra-U yang sama dengan dia. "Haziq?", tanya Alisa sambil membaca salah satu nama Instagram itu. "Macam kenal. Oh Haziq pendek tu rupanya", katanya sambil menekan follow.
"Bro bro! Dia follow balik lah!", kata Haziq Dan Wafi dalam masa yang sama. Aiman yang sedang meneliti kerja sekolahnya yang baru siap itu terus menyampuk dengan berita hangat mereka.
"Bukan main excited korang, siapa yang follow balik?", tanya Aiman. Aiman adalah penuntut yang di kenali sebagai A star student, tak pernah sekali pun dia mendapat B atau C kebawah, perwatakannya yang biasa biasa itu tidak menampakkan dirinya yang sebenarnya anak orang kaya yang terkenal.
"Awek yang kecil molek tu lah, yang comel comel tu, yang mata dia bulat bulat tu", Haziq tetap sedaya upaya menerangkan kepada Aiman setelah melihat muka Aiman yang tetap bengang walaupun dengan butiran butiran yang penting tentang perempuan itu.
"Ish! Awak ni, semua orang mata bulat. Mana ada mata tiga segi ke, empat segi ke", kata Aiman.
"Awak ni nak buat lawak pulak, kejap eh. Saya cari gambar dia kat Instagram dia dulu", kata Haziq sambil meneliti telefon bimbitnya. "Ah! Dah jumpa pun. Susah betul nak cari gambar dia ni", kata Haziq sambil melihatkan gambar Alisa pada Aiman.
"Macam pernah nampak", kata Aiman. Kemudian dia teringat dia pernah melihat Alisa tertidur di admin foyer petang semalam ketika dia baru sahaja selesai selepas berlatih larian pecut, dia melihat Alisa tertidur di kerusi yang berdekatan dengan tempat dia menunggu drivernya untuk menjemputnya.
"Awak kenal dia dah sekarang?", tanya Haziq.
"Tak kenal. Tapi pernah nampak"
"Kalau kau nak tahu, dia lah Alisa"
"Alisa?"
"Yes, Hana Alisa", kata Haziq.
"Macam kenal je nama tu. Kejap, bukan itu kawan satu sekolah awak eh?", tanya Aiman pada Wafi.
"Bukan je satu sekolah tapi satu class sekali tau. Kalau korang nak tahu, dia ni sebenarnya garang. Itu sebablah kenapa saya suka sangat dengan dia ni", kata Wafi.
"Sudahlah kau shok sangat tentang perempuan tu. Class dah nak mula ni. Jom!", kata Aiman sambil memasukkan barangnya ke dalam beg sekolahnya.