Part 9

4 1 0
                                    

Kemudian dia melihat almari kaca di mana Alisa menyusun rapi kesemua file file hitam yang nampak sangat penting. Dia membuka almari tersebut dan mengeluarkan file hitam milik Aiman tadi. Sebaik sahaja dia membuka file tersebut, kelihatan biodata Aiman dan beberapa document persetujuan. Kemudian dia melihat satu logo syarikat tersebut. Sebelum dia sempat membuka lebih lagi, kedengaran pintu yang terbuka, dia terus bergegas memasukkan semula file tersebut dan berpura pura membawa keluar cawan tadi bersama telefon pintar Alisa.

Seperti yang disangka, Alisa kembali untuk mengambil telefon bimbitnya dan obat yang diletakkan di mejanya tadi. Dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di tangan haq kemudian masuk semula ke biliknya untuk mengambil obatnya. Dia perasan satu perubahan di dalam bilik tersebut. Dia melihat perubahan pada almari kaca tadi.

Dia terus keluar dan melihat Haq baru selesai membersihkan cawan cawan tadi. Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang dia terus terkejut kerana melihat Alisa sedang memandangnya sambil tangannya di lipat. "Kenapa awak terkejut?", soal Alisa.

"Boss, mestilah saya terkejut. Ingat saya seorang je lagi tinggal"

"Come to my office right now", kata Alisa. Haq mengikuti Alisa dari belakang ke biliknya. "Did you saw someone went indside earlier?", soal Alisa sambil menunjuk almari kaca tersebut. "Tak ada, kenapa Boss?", soal Haq. Alisa menunjuk fingerprint yang terdapat pada kaca tersebut dan file yang di masukkan lebih daripada file file yang lain.

"How far did you read?", soal Alisa.

"Boss dengan Aiman ada buat satu perjanjian"

"Saya suruh awak ganti tempat Anis buat sementara waktu sebab tak ada orang lain lagi yang saya boleh percayai", kata Alisa

"Kenapa saya?"

"Tak kan awak lupa mak awak dengan mak saya tu bestfriend"

"Ah, yes"

"Saya nak awak bersedia besok. Jemput saya di rumah dan kita pergi ambil adik saya. "

"Adik?", dia teringat kembali kisah semalam, di mana ayahnya telah menamparnya dan menyuruhnya untuk membawa adiknya balik dengan selamat. "Cik, macam mana cik nak selamatkan adik cik?", soal Haq.

"Tolong jangan banyak soal", kata Alisa.

Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia memikirkan tentang kata kata Alisa. Dia masih bengang apakah maksud sebenar di sebalik document yang dijumpainya di dalam Office Alisa itu. Dia mengimbas kembali apa yang dilihatnya tadi di dalam kepalanya. Seorang yang bernama Big Boss sangat menggangu kepalanya. "Siapa Big Boss? Cik Alisa? Ayah Cik Alisa? Aiman? Atau orang atasan cik Alisa?", soal Haq.

"Tengah fikir apa tu?", soal Ibunya.

"Em, mak. Tak ada lah", jawab Haq.

"Mak dengar, Haq nak berhenti kerja dengan syarikat cik Alisa"

"Dari mana mak dengar?"

"Cik Alisa lah, siapa lagi? Kenapa Haq nak berhenti? Haq baru je beberapa hari kerja di sana dengan cik Alisa"

"Haq nak tolong mak uruskan syarikat mak"

"Aik.. Dulu masa mak suruh kerja dengan mak bukan main kata tak nak harapkan mak saja lah, tak nak bergantung dengan mak sepanjang hidup lah. Kenapa tiba-tiba ubah fikiran ni?"

"Entah lah, bila tengok cik Alisa handel syarikat ayah dia tu. Haq sedar, bukan mudah nak jadi yang terbaik macam cik Alisa. Tak semua orang boleh buat. Haq nak jadi anak yang terbaik macam cik Alisa, walaupun tidak ada yang nampak pengorbanan dia. Akhirnya Haq sedar, Haq ni dah bernasib baik sebab ada abah, ada mak yang support Haq buat keputusan. Kesian bila tengok cik Alisa selama ni kerja keras tapi ayah dia tak nampak pun pengorbanan dia. Haq terlebih dengar semalam di parking kereta. Haq dengar semuanya yang terbuku dalam hati Cik Alisa"

"Kenapa lah ayah tak pernah layan saya sama rata dengan adik adik saya yang lain?", soal Alisa sambil berdiri di depan keretanya sambil melihat kereta ayahnya berlalu pergi. Air matanya mengalir sambil menggengam kuat tangannya. "Apa lagi yang kurang? Saya dah buat semuanya yang ayah nak untuk jadi yang terbaik di mata ayah, tapi ayah tak pernah nampak usaha Alisa. Siapakah sebenarnya Alisa ni?", dia melihat Alisa berdiri di depan keretanya sebelum membuka pintu keretanya. Die melihat Haq sedang memerhatikannya.

"Cik Alisa okey tak?", soal Haq.

"Itu bukan urusan awak. Saya tak nak awak masuk campur urusan saya dengan keluaga saya", kata Alisa. Dia terus masuk ke perut kereta tanpa melihat ke belakang, iaitu di mana Haq sedang berdiri memerhatikannya.

"Haq, mak harap Haq tak masuk campur dengan urusan keluarga cik Alisa. Mak rapat dengan keluarga dia pun bukan kenapa, Cuma urusan perniagaan"

"Haq dah tahu dah semuanya"

"Macam mana Haq tahu?"

"Cik Alisa tu bukanlah bussines women biasa biasa. Ada masalah sedikit di Office. Si Cik Anis paksa gantikan tempat manager Haq. Then Haq kena gantikan tempat Cik Anis buat sementara waktu"

"Kenapa Haq kena ganti jadi secretary Cik Alisa?"

"Sebab Cik Alisa kata, dia tak boleh percaya orang yang di tak kenal. Dia ambil Haq pun sebab dia kata Haq ni anak kepada kawan mak dia"

"Mak nak, Haq tolong lah hati hati bila kerja dengan cik Alisa. Kerja Cik Anis tu bukan semudah yang Haq sangkakan"

"Mak tahu tak kerja sebenar Cik Alisa?"

"Mak tahu"

"Apa kerja sebenar Cik Alisa?"

"Memandangkan Haq dah kerja dengan Cik Alisa. Haq akan lihat sendiri", ibunya pergi meninggalkannya.

"Siapa Cik Alisa sebenarnya? Itu lah soalan paling tepat"

Keesokkan harinya. Seperti yang dijanjikan. Haq menerima satu panggilan text ringkas melalui Whatapp daripada Cik Alisa. "Peliknya, kenapa pula saya kena jemput Cik Alisa di kawasan macam ni?", kata Haq. Tanpa mempersoalkan lebih lagi arahan yang diberikan. Haq terus pergi menuju ke tempat yang di arahkan. Sebaik sahaja dia tiba di kawasan tersebut. Dia menerima pesanan ringkas mengarahkannya untuk mengeluarkan suit case di dalam sebuah kereta berdekatan. "Bukan kah ni kereta cik Alisa?", soal Haq. Sebaik sahaja dia mengeluarkan Suit case itu daripada keretanya. Beberapa orang lelaki keluar daripada bangunan tersebut sambil membawa senjata masing masing. Dia berdiri sambil terkaku melihat orang orang itu sudahpun mengelilinginya.

"Di mana Boss awak?", soal seorang lelaki yang berpakaian yang agak kemas. Kelihatan seperti ketua kumpulan itu. Dia tidak bersenjata sambil bermain-main dengan batang rokoknya.

"Saya tak tahu, saya datang seorang diri", jawab Haq. "Mati lah aku. CIk Alisa ni pula, kenapa lah dia suruh saya buat semua ni seorang seorang. Kalau lah saya tahu, boleh lah saya bawa si Haziq tu untuk jadi manga juga. Mana lah saya reti nak lawan semua ni", bisik hatinya. Dia sudahpun mula berpeluh.

Lelaki Dalam NovelWhere stories live. Discover now