"Aiman. Kenapa belum tidur lagi?", tanya ibunya. Jam di dinding sudah menunjukkan 11.45 pm.
"Tengah bincang assignment dengan Wafi", jawabnya seolah olah tidak ada apa apa berlaku, telefon bimbitnya disembunyikan di bawah bukunya. Lakonan itu nampak sangat berbakat.
"Belum siap lagi ke?", tanya ibunya.
"Belum, kejap lagi siap lah ni"
"Em...", pintu biliknya ditutup rapat.
"Defeat", dia terus mengambil telefon bimbitnya kembali. Mukanya sudah bengang melihat telefon bimbitnya.*****
Keesokan harinya. Aiman membetulkan tali lehernya dan mengakhirinya dengan senyuman. "Hi!", dia menegur dirinya sendiri di cermin. "Macam ada yang tak kena lah", katanya, senyuman manis tadi di ubah sedikit. "Hi Izzah! Okey, lebih baik", katanya sebelum mengambil begnya yang di letakkan di atas riba katilnya. Dia mencuba perkataan tadi berulang ulang kali sebelum melangkah keluar dari biliknya.
Sebaik sahaja tiba di sekolah. Seperti yang dijangkakan, dia akan tersempak dengan Izzah sebaik sahaja selesai mendaftar kedatangan. "Hi zah!", akhirnya perkataan biasa di sampaikan kepadanya di keluarkan dari binirnya.
"Oh Hi!", seperti biasa, Izzah hanya akan memberikan jawapan pendek.
"Awak rasa, dia suka saya tak?", tanya Aiman pada Wafi.
"Mungkin, sebab awak kacak, duit ada, nama ada, pangkat ada", jawab Wafi sambil menunjuk tali lehernya yang berwarna hitam menunjukkan dia bukan penuntut biasa tapi AJK majlis perwakilan pelajar.
"Awak ni... Dia tu tak sama tau dengan perempuan perempuan lain yang minat kat saya"
"Yelah tak sama, tapi dia tu perempuan juga. Ingat"
Tiba tiba, satu terlintas difikirannya.
"Awak, saya nak tanya sesuatu kat awak ni", kata Alisa pada Wafi.
"Apa dia?"
"Awak rapat dengan Aiman kan?"
"Aiman AJK kita tu?", tanya Izzah.
"Ye", jawab Alisa.
"Ye, dia tu dah macam abang aku dah tu. Kenapa?"
"Betul ke?"
"Yelah. Kenapa? Awak suka dia ke?", Alisa hanya tersenyum.
"Mungkin saya suka dia. Awak tahu tak setiap kali saya pandang dia tu seolah olah dia tu macam ada ciri ciri lelaki dalam novel"
"Tisk! Saya tak faham lah awak ni, apalah yang hebat sangat tentang lelaki dalam novel tu. Saya ada tak ciri ciri lelaki dalam novel awak tu?"
"Ish! Awak ni. Lelaki macam dalam novel ni, dia tu satu dalam seribu tau. Perfect"
"Saya?"
"Awak...tak. Sebab awak tak pandai masak, selalu buli saya, dan awak em....awak cuma ada 7/10 macam tu lah"
"Aish! Dah lah, malas lah nak dengar cakap awak ni", hatinya terluka melihat senyuman Alisa yang bengitu manis setiap kali dia menyebut nama Aiman."Senyuman dia tu memang susah sangat nak nampak", Wafi tiba tiba bermonolog.
"Apa dia?", tanya Aiman.
"Tak ada lah", jawab Wafi. "Perlukah aku beritahu Alisa yang Aiman dah ada suka orang lain?", tanyanya dalam hatinya.
"Awak pula dengan Alisa macam mana?", tanya Aiman.
"Belum sempat aku confess dia dah reject aku lah bro"
"Macam mana boleh?"
"Saya tanya dia, saya ni ada ke ciri ciri lelaki dalam novel yang dia suka tu. Dia kata 'Awak...tak. Sebab awak tak pandai masak, selalu buli saya, dan awak em....awak cuma ada 7/10 macam tu lah' macam tu dia kata"
"Lepas tu?"
"Macam tu lah"
"Macam tu je? Awak ni, lepas tu awak cakap lah kat dia sebenarnya awak suka kat dia"
"Dia dah ada suka orang lain"
"Okey. Ouch! Siapa lelaki yang dia suka tu?"
"Awak!", suaranya sedikit di tekankan.
"Saya?"
"Ye"
"Kenapa awak tak beritahu je yang saya sukakan Izzah?"
"Tak kan saya nak beritahu dia awak suka Izzah? Izzah tu kawan rapat dia juga tau. Saya tak sampai hatilah hancurkan hati dia lepas tengok dia senyum setiap kali saya sebut nama awak tu. Awak bayangkan, kalaulah saya beritahu dia awak suka Izzah, then persahabatn mereka berdua macam mana? Saya tak nak lah pentingkan diri sendiri tambahan lagi tadi Izzah ada dengan dia"
"Izzah dah tahu lah yang Alisa suka kat saya juga?"
"Yes"
"Macam mana kalau dia reject saya?"
"Sebenarnya awak tak perlu risau pula pasal benda tu. Hari tu, saya terlepas cakap, saya dah beritahu dia awak suka kat dia"
"Apa? Awak?"
"Yes, Izzah dah tahu. Dia nampak sedih sikit bila dapat tahu Alisa pun suka kat awak tapi saya rasa dia akan okey, sebab dia tahu awak pasti akan pilih dia juga. Lagipun Alisa tu tak di benarkan couple dengan mana mana lelaki oleh ayah dia selagi dia belum habis belajar"
"Habis tu macam mana ni?"
"Biarkan je lah, bayangkan je perkara yang aku katakan tadi tu tak berlaku"
"So awak rasa Izzah akan betray Alisa lah tu?"
"Tak juga, Alisa pasti akan lepaskan awak bila dia dapat tahu awak pilih Izzah. Dia akan buat apa saja untuk buat orang di sekeliling dia happy"
"Untungnya Alisa ada kawan yang sangat pemaham macam awak ni, caring pula tu"
"Sudah lah, awak ni", kata Wafi.Sebaik sahaja waktu sekolah tamat. Aiman tersempak dengan Izzah di admin foyer. "Hi", tegur Aiman, nampak sedikit kekok.
"Hi Aiman", kata Izzah. "Kenapa dengan dia ni? Dia dah tahu kah yang Wafi beritahu saya tentang dia?", soalnya di dalam hati. "Kenapa dengan suara awak? Nampak macam ada yang tak kena lah"
"Awak dah dengar dari Wafi"
"Ye, yang awak suka kat saya", dia tersenyum.
"So?"
"Em... Since awak ada banyak peminat kat sini. Sebaiknya saya berikan jawapannya malam nanti"
"Okey", tanpa mereka sedari Alisa memerhatikan mereka dari jauh. Matanya yang sangat tajam itu sudah boleh memtafsir perbualan mereka melalui body language mereka. Telefon bimbitnya hampir tejatuh melihat kejadian tersebut.Keesokan harinya. "Alisa!", tegur Izzah dengan riang.
"Whoa! Apa kena dengan awak hari ni? Hypernya? Awak makan coklet eh? Tak ada untuk saya ke?", tanya Alisa, dia terpaksa berlakon seolah tidak ada apa apa yang berlaku yang di sebaliknya hatinya bagaikan di hiris hiris.
"Tak ada apa apanya. Saya happy je hari ni. Semalam Aiman text saya, dia kata dia nak saya jadi gf dia"
"What?", tiba tiba perkataan itu keluar, senyuman palsu terukir di bibirnya.
"Yelah, Aiman yang awak minat tu. Kan awak kata awak fans dia? So awak kena support dia lah kan? Betul tak?"
"Of course lah. Kan saya peminat dia, peminat akan sentiasa menyokong keputusan dia", senyuman palsu di paksa terukir dibibirnya nampak sangat manis.
"Saya takut lah kalau peminat dia yang lain dapat tahu saya couple dengan dia, habis lah saya"
"Everything is going to be just fine", kata Alisa sambil menepuk nepuk bahu Izzah. Senyuman tadi mati.
"Oh, Izzah. Saya dah lewat pergi class ni. Saya pergi dulu lah ye?"
"Bukan ini waktu PS (Private Study) awak ke?"
"Ye, tiba tiba Cikgu nak ambil untuk persediaan exam katanya"
"Oh, okey. Bye!", katanya.Ketika di dalam kelas. Alisa tidak menyedari dia sudahpun jauh berangan angan seorang diri. "Lisa!", tegur Rabiah, baju tangannya ditarik.
"Em..."
"Jauhnya berangan"
"Tak lah, tengah fikir tentang nasib perempuan dalam novel semalam tu. Kesian dia tau, Kawan dia tipu dia suruh dia kawin dengan uncle dia sebab dia takut doktor tu pikat kawan dia"
"Fikir masaalah dia ni besar sangat. Novel je?"
"Yelah, saya belum habis baca lagi"