Alamak?!Aku terlambat.Habislah aku nanti.Aku segera berlari ke stesen kereta api.Setelah sampai di sana,aku terus mengejar kereta api yang mula bergerak.
"Mwo,tunggu aku!!"
Aku segera berlari sekuat hati sehingga menyamai pintu kereta api.Tiba-tiba,ada tangan yg terhulur keluar dari pintu itu.Tanpa berfikir panjang aku terus memegang tangan itu dan aku ditarik masuk ke dalam kereta api.Aku memegang dada dan melafaz syukur.Aku menoleh ke belakang dan ALAMAK...Mr.Subway.Dia tersenyum memandang ku sambil menjongketkan keningnya.
"Nasib baiklah saya ada kan,cik Kang Aeri.Cik nampak cantik hari ni."
Aku menunduk wajahku.Malu dengan pujiannya.Hari ni,aku memakai dress berbunga kecil dan memakai solekan nipis.Cukup sekadar kelihatan segar dan manis dipandang orang.Rambutku dibiarkan lepas menampakkan rambutku yang panjang mengurai.High heels yg ku pakai cukup untuk berdiri setinggi lelaki yg memuji ku sekarang ini.Selalunya aku berpakaian ringkas dengan baju blouse pendek dengan kot panjang,memakai sandals dan hanya memakai bedak nipis dan pelembap bibir sahaja.Aku lihat dia tersenyum lagi.Dia berdiri sangat dekat denganku sehinggakan aroma wanginya menusuk hidungku.Sangat membuai perasaan.
"Ada tempat lagi tak ,saya nak duduk ni?"
"Ada,memang ada.Dekat hati saya.Di situ ada satu tempat duduk kosong yg istimewa.(cia cia cia😂)Aku memandang dia geram.Dia hanya tersengih memandang ku.
"Janganlah main main dengan saya.Saya nak duduk ni."
"Tak de lah,tapi awak berdiri dekat sini je dengan saya,boleh?"Aku memandang dia.Wajahnya serius.
"Okey.Tapi kenapa awak baik hati sangat dengan saya ni?"
"Cik nak tahu ke,sebab saya tolong cik tadi,sebab saya sukakan cik."Aku memandang dia kaku.Dia hanya tersenyum.
"Emm,kenapa pulak awak suka saya?Baru kelmarin kita berjumpa."
"Entahlah,mana saya tahu,cik Kang Aeri."Aku hanya mengeluh.Gila baru kelmarin berjumpa dah jatuh cinta.Gila betul lah laki ni.
"Macam mana awak tahu nama saya ni?"
"Saya tahulah."
"Hish,dia ni.Dan awak ni siapa?"
"Owh,mesti cik tak tahu kan nama saya.Nama saya Jeon Jungkook atau Kookie.Kook pun boleh.Mianhae,sebab tak bagitau."
"Tak tahu nama pun tak pe.Saya tak kisah pun."
"Eh,tadi bukan cik kata cik nak tahu siapa saya kan."
"Saya kisah sebab awakselalu kacau saya.Saya nak tahu siapa yang selalu kacau saya dalam kereta api ni."
"Saya baru hari ni dan semalam kacau cik.Bukannya tiap minit.Kita cuma bertemu dalam kereta api je."Dia membuat muka innocentnya.Aku hanya mencebik geram.Dia ketawa lagi.Tak henti henti ketawa dari tadi.Selepas itu,aku mendiamkan diri.Kami terpaksa berhimpit kerana kereta api sudah penuh.Mr.Subway atau Jeon Jungkook hanya selamba memegang pemegang untuk berpaut.Jantung aku berdegup kencang.Harap harap dia tidak dengar kerana jarak kami sangat dekat.Tanpa disedari,kereta api sudah sampai.Aku segera keluar.Tiba-tiba,tangan ku dipegang seseorang.Aku berpaling ke belakang.Jungkook.
"Jumpa lagi esok.Lagi sekali saya nak cakap,awak hari ni sangat comel dan cantik.Terima kasih sebab buat hati Mr.Subway gembira dan menyuburkan taman hati yang sedang berbunga mekar.Bye,beautiful lady."
Aku hanya tergamam di situ.Dia meninggalkan aku dan melambai ke arah ku.Aku hanya mampu mengukir senyum.
***BERSAMBUNG***
BARU HARI SAYA RAJIN UPDATE.DUA CHAPTER YANG SAYA BUAT.MR.SUBWAY DAN I AM MOON YOU ARE STAR.SEBELUM SAYA HIATUS,SAYA BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA YANG SERING VOTE DAN KOMEN DI FANFICTION SAYA.SAYA AKAN SEKALI SEKALA UPDATE FANFIC.DAN UNTUK CHAPTER NI,PLEASE VOTE AND COMMENT...
YOU ARE READING
Mr.Subway(Short Story)(Jeon Jungkook)
FanfictionCan you hold me tight.. Can you be my star... Can you be light... I am in love with you,Mr.Subway