Matanya memerhati sekeliling. Ramai manusia yang sedang menikmati pemandangan yang sama. Suara hon beca itu memenuhi segenap ruang Jonker Street. Namun, tetap dirinya rasa sepi. Terasa kosong.
Jauh perjalanan membawa dirinya ke Melaka. Mencari jawapan tidak juga ketemu. Berusaha untuk melupakan segalanya tapi ianya sangat sukar. Dimana kekuatan yang ingin dicari? Atau berhenti dan menutup rapi segala memori?
"Biar masa yang melupakan segalanya"
Itu kata kata yang dipegangnya erat setahun yang lalu. Namun, masih kuat kenangan itu di dalam benak fikirannya. Dia berusaha untuk memujuk hatinya bahawa keputusan yang dilakukan itu adalah tepat. Itu adalah jalan terbaik.
Tiba-tiba, bunyi hon beca itu semakin kuat.
"Hoi akak! akak! "
Hatinya tersentak. terkejut melihat beca itu hampir melanggar dirinya.
"Sorry dik. Sorry sangat sangat" Balqis menunduk kepala.
"Akak tengok jalan lain kali tau. Akak lalu kat pejalan kaki tu selamat lagi. Tak perlu lalu kat jalan raya ni. Bahaya tau. Nasib baik akak selamat. Kalau tak, hospital jawabnya. Haaa lepastu beca spongebob saya pula rosak. Susah cari makan kak" jawabnya panjang.
"Aduh, sorry sangat dik. Akak tak sedar. Minta maaf sangat-sangat"
"Okay kak. Tak apa. Take care" penarik beca itu meneruskan kayuhannya.
Balqis meneruskan perjalannya ke hotel. Nasib baik hotelnya itu sangat dekat dengan Jonker Street. Dia kembali mengemaskan barangnya kerana seawal pagi dia dah berjanji dengan Pak Abu untuk menghantar dirinya ke Kuala Lumpur semula.
Pak Abu adalah bapa angkat Balqis. Mereka berkenalan semasa Pak Abu dan isterinya bersama dalam program sukarelawan yang juga diikuti oleh Balqis. Mana mungkin dia dapat menolak pelawaan Pak Abu walaupun dia sangat malu untuk menyusahkan keluarga itu.
*****************************************************************************************
Seawal pagi, jam loncengnya berbunyi. Balqis bangkit dengan cepat, untuk mandi dan mengerjakan solat Subuh.
"Jam 7 Pak Abu tunggu kat depan hotel ya" . Balqis masih teringat pesan tersebut semalam. Selepas itu, dia turun ke bahagian restoran hotel untuk menikmati sarapan pagi.
"Harap haraplah restoran dah buka"bisik hatinya. Dia mengenakan blouse berwarna merah jambu dan skirt bunga bunga yang dibelinya secara online. Balqis dan warna pink seperti sudah sebati.
Sambil menikmati jamuan, matanya melihat sepasang suami isteri yang sangat mesra. Dia tersenyum melihat keadaan tersebut. Bilakah dirinya akan menikmati suasana itu lagi? Atau mungkin sudah tiada jodoh lagi tertulis untuknya?
Telefon berdering.
"Balqis, dah siap tak? Pak Abu dan macik kamu ni dah on the way"
"Dah Pak Abu. Balqis tengah sarapan. Pak Abu sampai nanti miss call je tau. Balqis keluar"
"Okay, pastikan tiada barang tertinggal ye"
"Hahahaahahah, Pak Abu ni, Balqis tahu"
"Kamu tu suka tinggalkan barang kat mana mana"
Pak Abu sangat kenal dengan dirinya. Balqis adalah orang yang sangat cuai. Ke mana saja dia pergi, mesti ada saja barang yang tertinggal. Terakhir dia tinggalkan powerbank di Surat Thani Airport, sampai di Kuala Lumpur baru dia sedar.
**************************************************************************************************
"Jaga diri baik baik, kirim salam kat mak dan abah kamu" kata Pak Abu sambil mengangkat barang Balqis ke troli.
YOU ARE READING
Lautan Cinta;
RomanceBalqis tahu dirinya bukan perempuan yang sempurna. Kisah silam yang gelap menyebabkan dia benci pada cinta, takut pada komitmen. Segalanya belum selesai, namun hatinya sudah merasakan bahawa Haiqal adalah cinta yang ditunggu. Haiqal sedar bahawa ego...