Lautan Cinta Part 2

182 3 0
                                    

2 tahun yang lalu.

Balqis POV

"Balqis, mesyuarat dah mula ke tak? Aku masih on the way ni. Susah cari parking kat sini" Haikal menaip chat.

"Dah mula, tapi baru boss buat kata alu aluan. Aku dah book kerusi kau ni" jawab Balqis.

Selama beberapa bulan Balqis dan Haikal tidak pernah bertemu. Hanya berbincang melalui whatsapp. Namun, persahabatan mereka lebih dari orang yang dah kenal bertahun. Masing masing selesa untuk berkongsi masalah.

Balqis merupakan setiausaha untuk Program Jejak Negaraku Malaysia. Manakala Haikal adalah salah seorang ahli jawatankuasa di bawah Balqis. Sebab itu, mereka rapat dan ada chemistry antara satu sama lain.

Pintu bilik mesyuarat dibuka.

Debaran Balqis semakin meningkat. Dipegang dadanya. "Aduh, kenapa ada perasaan macamni? Takkan berdebar nak jumpa Haikal kot" bisik hatinya

Lelaki itu segak bergaya, berkemeja hitam dengan necktie berwarna merah. Ditatapnya dari atas ke bawah. Seperti dia kenal raut wajah lelaki ini sebelum bertemu lagi. Tangannya berhenti menulis segala isi mesyuarat, dia seperti terpaku melihat susuk tubuh lelaki itu.

"Qish, qish"

Lamunannya terhenti.

"Kau ada tulis tak boss cakap mengenai keputusan nak extend pentas tu?" suara Azmi, selaku naib pengerusi program

"Qish, kau dengar tak ni?" Azmi menyiku tangannya

"Eh. Haa. Dengar. Extend tandas kan"

"Wei apa pula tandas, pentas la wei. kau berkhayal ni kenapa?" Azmi melihat dirinya dengan keliru.

"Tak ada lah, okay, aku fokus ni, jangan kacau aku" jawab Balqis sambil tersenyum. Beribu kali dijelingnya lelaki itu

Telefon nya bergetar, satu chat keluar "Wei qis, kau ada buku tak. aku tak bawa pen dan buku ni, nak catat apa pun aku tak ada"

Balqis tersenyum. "Kejap, nanti aku hantar kat meja kau"

********************************************************************************************

Haikal POV

"Aduh, gila aku jalan KK ni. Susah betul nak cari parking. Dah la aku lambat" getus hatinya

Dia harus inform Balqis segera. Kalau tak, confirm membebel lagi setiausaha paling cemerlang tu. Ditaip nya chat sambil memandu. Bahaya, tapi dia tiada pilihan. Mesyuarat mula jam 2 petang, dan sekarang selepas 30 minit berlalu, dia masih tersekat di tengah kesesakan jalanraya.

Sampai saja ke pejabat, satu hal lagi dia nak cari mana satu bilik mesyuarat tu. Balqis dah remind awal, tapi silap dia juga, sebab lupa.

Dalam masa yang sama, dia juga berdebar. "Aduh, time ni juga aku rasa lain. Ada bad news ke nanti?" bisik hatinya sambil berlari2 mencari bilik mesyuarat.

Dibuka nya bilik mesyuarat yang ada gema suara itu. Dia yakin sini lah mesyuarat tu.

Apabila pintu dibuka, satu wajah yang cukup dikenali ditatapnya rapi. Dia seakan kenal, tapi tidak tahu dimanakah mereka pernah bertemu. Adakah wanita yang berbaju kurung merah jambu lembut itu Balqis?

"Comel" dia berbisik di hati.

Tapi dia dan Balqis tidak pernah bertemu sebelum ini. Mereka cuma berhubung rapat melalui whatsapp. Mana mungkin dia sudah mengenali raut wajah wanita itu. Sedangkan, di profile photo whatsapp Balqis juga, cuma ada gambar bunga ros.

Dia cuba menahan hatinya. Berusaha untuk mengawal debaran jantungnya yang semakin laju. Dia cepat cepat menaip chat kepada Balqis, untuk meminjam buku nota dan pen. Datang mesyuarat tapi langsung tak bawa apa apa.

*******************************************************************************************

Lautan Cinta;Where stories live. Discover now