Hai semuanya. Sebelum korang mula membaca prolog cerita ni. Izinkan author untuk memperkenalkan diri dulu. Bolehkan? 😁 So, nama author Farah Izyna. Berumur 19 tahun, ye author memang dah tua 😂.okey abaikan. So, ini adalah cerita pertama author dalam akaun ni. Walaupun sebenarnya author dah jadi admin dalam akaun wattpad ni selama sebulan 😌 btw cerita author ni tak lah sehebat cerita² penulis yang lain. Jadi kalau ada penggunaan tatabahasa yang kurang tepat atau tak sesuai tu apa boleh buat kan? 😅 sebab author tak terlalu pandai menulis cerita. Tapi hobi suka tulis cerita 😅 entah apa² author ni kan? 😂 ow ye kalau nak panggil author tu jangan panggil Thor ye sebab author bukan the avengers nak dipanggil Thor 😂 panggil je author Farah atau Izy pun boleh. Nampaknya author dah banyak membebel ni. So, tanpa membuang masa lagi. Sila kan lah baca cerita author ni ye. Terima kasih. Jangan lupa tekan ★ dan komen 😊.
💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Berdas-das tembakan kedengaran di lorong yang cukup sempit dan gelap itu. Kelihatan beberapa orang terbaring tidak bernyawa di lorong sempit itu. Mungkin terkena tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.
"Dragon! Mereka semakin banyak. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ni?"suara cemas seorang jejaka menerpa pendengaran sang ketua yang digelar Dragon.
"Teruskan menyerang mereka, Viper. Arahkan orang-orang kita yang lain untuk terus menyerang mereka tanpa henti!"arahan diberikan namun jejaka yang dipanggil Viper masih setia bersama sang ketua untuk menyerang hendap.
"Tak boleh sebab orang kita dah berkurangan. Kumpulan kita di sebelah utara dah banyak yang terkorban begitu juga di sebelah barat. Yang tinggal di sebelah timur pun tinggal 5 orang je lagi"kata Viper. Pistol di tangan digenggam erat.
"Termasuk kita berdua yang tinggal hanya 7 orang. Mana cukup untuk membunuh mereka semua"sambungnya lagi.
"Kalau macam tu kau sediakan kereta kita"berkerut dahi Viper mendengar arahan dari Dragon.
"Kereta? Buat...."
"Kau buat je lah. Then korang tunggu aku di hujung lorong ni"Dragon mula keluar dari tempat persembunyian.
Viper agak terkejut melihat tindakan Dragon.
'Harap kau selamat'
Viper pun meninggalkan Dragon sendirian bertarung dengan musuh-musuh mereka.
💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀
Jeng jeng jeng! Eh, macam upin ipin pulak 😂 so camne? Okey tak prolog cerita ni 😌 cuba komen sikit 😅 sorry eh tapi prolog author ni memang pendek hihii.. Tak pandai buat sebenarnya 😅 tapi tak apalah asalkan author dan readers puas. Eh puas ke? 😂 nantikan bab 1 cerita ni ye. Thanks a lot 💋
Salam sayang,
Farah Izyna 😘
YOU ARE READING
Gengster Itu Suami Aku
Lãng mạnApa yang akan terjadi jika seorang gadis tomboi berkahwin dengan seorang gengster yang dingin, ganas dan bersikap acuh tak acuh? Adakah hubungan rumah tangga yang berlaku kerana dijodohkan oleh ibu bapa mereka akan berkekalan? cover by: @xaeya.grap...