Alenna tergesa-gesa memasukkan handphone nya ke dalam beg kerana dia sudah terlambat untuk ke kolej.
"Mom, Lenna pergi dulu ye"
"Eh, Lenna. Tak kan kamu tak nak sarapan dulu"Puan Risha menahan anak tunggalnya itu dari terus keluar rumah.
"Tak payah lah Mom. Lagi pun Lenna dah lambat ni. Nanti Lenna makan kat kafeteria ye. Bye Mom"Lenna mencium pipi mamanya sebelum keluar dari rumah.
"Ada-ada je lah budak ni"
💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀
"Haisshh.. Mana budak Lenna ni pergi sebenarnya? Apasal batang hidung dia tak nampak-nampak lagi ni"rungut Kayla sambil mundar-mandir di depan pintu kelas mereka.
"Cileks ahh Sis. Kejap lagi mesti dia sampai punya. Nah makan kit kat ni dulu"Kaylie iaitu kembar kepada Kayla memberikan sebungkus Kit Kat.
"Thanks "
"Hahhh..hahhh..hahhh.."tiba-tiba Alenna datang dengan nafas yang tercungap-cungap. Kaylie hanya memandang Alenna sambil terus memakan kit kat nya. Manakala Kayla sedikit terlompat kerana kedatangan Alenna yang secara tiba-tiba.
"Terkejut aku tau. Kau dari mana ni? Apasal kau macam kena kejar hantu je ni?"
"Korang masih di sini? Mrs Jane belum sampai eh?"tanya Alenna masih tercungap-cungap.
"Belum. Kitorang di sini pun sebab tunggu kau ahh. Ni hah, Sis aku ni dah macam cacing kepanasan dah aku tengok. Jalan sini jalan sana tak senang duduk gara-gara kau tak datang lagi"kata Kaylie yang sememangnya agak sedikit tomboi berbanding dengan kakak kembarnya yang agak manja orangnya.
"Aku bukannya apa lah, Lie. Aku cuma risau je Lenna ni tak datang. Kau tau kan Lenna ni macam mana"Kayla melirik Alenna berniat untuk menyindir gadis tomboi itu.
"Yelah aku tahu. Aku ni jenis yang suka merayau-rayau walaupun ada kelas"
"Bagus lah kalau kau sedar!"serentak si kembar itu berkata. Alenna membuat roll eyes lalu berjalan masuk ke dalam kelas sebelum pensyarah mereka tiba.
"Yelah! Jom ahh masuk"si kembar Kay pun ber high five kerana berjaya mengenakan Alenna.
💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀
Pedal minyak ditekan sekuat mungkin. Gear ditukar pada tahap yang tinggi. Kelajuan semakin lama semakin meningkat. Minyak petrol yang digunakan semakin terbakar dek kerana pedal minyak yang ditekan dengan kuat.
"Weiii! Bro! Bro! Cileks bro! Cileks! Please pandu dengan cermat bro! Wuarghhhhhh! Brooooooooo!"
CITTTTT!
"Kau ni bising ahh! Dah lah! Turun sekarang juga kita dah sampai ni. Apalah kau ni macam tu je pun takut. Cihh! Penakut! Turun!"Nicole membuka matanya. Lalu meraba-raba badannya.
"Huff... Nasib baik aku masih hidup. Ekk... Mana perginya bro aku"Nicole terpinga-pinga kerana tidak melihat sahabatnya di dalam kereta tersebut.
"Woii! Kau nak aku lock kau dalam tu ke?!"
"Eh.. Tak, tak. Okey, aku turun sekarang!"dengan cepat Nicole turun dari kereta itu.
"Apasal dia marah pagi-pagi macam ni? Dia datang bulan ke apa?"kata Nicole sendirian.
"Kau tunggu apa lagi tu. Tutuplah pintu kereta tu aku nak kunci. Yang kau terkumat-kamit kat sana buat apa?"
"Tak ada apa-apalah. Aku tutup pintu kereta sekarang"Nicole menggaru kepalanya sebelum menutup pintu kereta.
YOU ARE READING
Gengster Itu Suami Aku
RomanceApa yang akan terjadi jika seorang gadis tomboi berkahwin dengan seorang gengster yang dingin, ganas dan bersikap acuh tak acuh? Adakah hubungan rumah tangga yang berlaku kerana dijodohkan oleh ibu bapa mereka akan berkekalan? cover by: @xaeya.grap...