GISA (2: Si Budak Gedik)

187 8 3
                                    

Sepanjang perjalanan pulang, Zack hanya memasamkan muka. Tidak puas hati dengan mama nya yang lebih menyebelahi perempuan yang bergaduh dengannya.

"Kenapa muka tu masam je? Tak puas hati dengan mama?" tanya Puan Cathline. Seolah-olah dapat membaca fikiran anak tunggalnya itu. Zack menjeling mama nya yang duduk di tempat duduk pemandu.

"Ya. Zack memang tak puas hati dengan mama. Mama macam tak anggap Zack ni anak mama"

"Mama bukannya apa Zack. Cuma perangai kamu tu dah melampau. Kamu sebagai seorang lelaki tak seharusnya memukul atau pun bergaduh dengan seorang perempuan. Tu sama saja seperti kamu memukul mama, tahu tak. Nasib baik perempuan tu kuat. Kalau tak, entahlah apa yang akan jadi dengan perempuan tu"Puan Cathline menasihati.

"Dia tu bukannya perempuan pun. Perempuan seharusnya lemah lembut bukannya ganas macam lelaki"Puan Cathline menggeleng.

"Tak kiralah perempuan tu lemah lembut mahu pun bersifat seorang lelaki. Kamu tetap tak boleh bergaduh apalagi sampai memukul macam tu. Walaupun sifat dia macam lelaki tetapi hati dia tetap hati seorang perempuan yang lemah. Kamu faham tak ni?"

"Hurmm..."

"Oh ya. Tentang perkahwinan kamu nanti..."

"Ma, please. Don't say anything about that. Zack malas nak dengar tentang tu"Zack memotong kata-kata Puan Cathline kerana masih bengang dengan kejadian tadi ditambah lagi dengan perkahwinannya yang telah diaturkan oleh ibu bapanya tanpa ada persetujuan darinya.

"Tapi Zack..."

"Ma! Please stop it!"Puan Cathline agak terkejut dengan bentakkan anaknya.

Beliau tahu anaknya tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan dikahwinkan dengan anak kawan beliau yang sama sekali tidak dikenali oleh anaknya. Apa yang dia boleh lakukan? Janji tetap janji.

"Okay, I'm sorry my son. Mama tak akan cakap tentang tu lagi"ucap Puan Cathline. Zack hanya mengangguk perlahan. Kereta itu pun meluncur laju menuju ke arah kediaman mereka.

💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀

"Alenna! Apa yang dah jadi ni? Kenapa muka kamu lebam-lebam macam ni?"tanya Puan Risha risau. Sebaik sahaja tiba di balai polis tadi dia terus meluru masuk ke dalam kerana risaukan anaknya.

"Mom? Macam mana mommy tahu Lenna kat sini?"Alenna sedikit terkejut melihat kedatangan mommy nya. Padahal, dia mahu abang sepupunya yang datang untuk membawanya pulang.

"Tadi Kay call mommy. Kay cakap Lenna kena bawa pergi balai sebab bergaduh. Betul ke?"Alenna memandang Kayla tajam. Orang yang dipandang berpura-pura tidak menyedari pandangan tajam yang diberikan padanya.

"Ya. Tapi ni bukannya salah Lenna. Lelaki tu yang mulakan dulu"Alenna membela dirinya. Malas hendak mendengar bebelan mommy nya.

"Apa?! Jadi kamu bergaduh dengan lelaki? Bukan perempuan?"terkejut Puan Risha mendengar keterangan daripada anak tunggalnya.

"Ya. Tapi bukan Lenna yang mulakan dulu tapi lelaki tu"Alenna memasamkan muka kerana mommy nya selalu sahaja berceloteh. Lebih baik mommy jadi Dj radio saja, fikir Alenna.

"Dah lah, mari kita pulang. Daddy..."

"Mommy...please don't tell daddy about this. Lenna tak nak pindah lagi mommy"rayu Alenna. Puan Risha mengeluh.

"Yelah yelah. Mommy tak akan bagitau daddy kamu tentang ni. Mari cepat, kita pulang"Puan Risha pun berjalan mendahului anaknya itu. Kayla yang baru sahaja ingin mengekori Puan Risha terus sahaja di tarik oleh Alenna.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gengster Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now