17 ;keliru

85 14 6
                                    

Taehyung menarik Jae ra perlahan,keluar dari terus bersembunyi didalam almari. Kemudian didakap Jae ra erat.

Jae ra hanya diam tidak berkutik. Kepalanya ditarik rapat ke dada bidang Taehyung. Sumpah dulu dia selesa bersandar di sini, namun tidak lagi kini. Dia takut..

Betul ke? Ini Taehyung yang aku cinta?

"Jae ra,maafkan aku.. Mianhae,.. sebab tak dapat lindungi kau dari Lex tadi, Lex ada buat apa-apa tak? Kau ada cedera? Eo?! Dahi kau berdarah!" Taehyung berkira-kira mahu bangun namun dihalang Jae ra pantas, lengan Taehyung ditarik.

Jae ra memegang kedua belah pipi Taehyung. Matanya menikam anak mata Taehyung.

"Listen here. Taehyung,.. Taehyung.. Luka ni kau yang buat, bukan Lex ataupun sesiapa. Percayalah.. Lex tak wujud, watak Lex yang kawal diri kau. Kau Kim Tae Hyung," Jae ra cuba menyedarkan kekeliruan yang berlaku.

Taehyung diam. "Jadi.. apa yang berlaku tadi.."

Jae ra hanya mengangguk-anggukkan kepalanya seraya mengalirkan air mata lesu.

"Apa yang berlaku dekat Jimin.. Perempuan dalam bilik bawah tanah?.. Appa! appa kau?! Pembunuhan selama ini.. Aku..? Aku ke yang buat Jae ra?!" soal Taehyung seraya menggoncangkan bahu Jae ra.

Matanya menatap tepat ke mata Jae ra,meminta kepastian.

Jae ra mengangguk lagi.

Taehyung bangun dan berlari keluar dari bilik. Sesekali diraup wajahnya yang kusut.

Jae ra ikut sama berlari mengejar Taehyung. "Taehyung, kau nak pergi mana?!"

Taehyung tidak peduli. Dia membuka langkah besar dan masuk ke bilik tingkat atas. Dia menghempaskan pintu dengan kuat.

Kedengaran suara serak Taehyung menangis dan meraung didalam bilik.

"Yah! Taehyunggg! Apa kau dah buat?! Kau pembunuh!! Kau selalu pikat perasaan perempuan dan bunuh diorang dengan kejam! Kau tak layak hidup lagi Taehyung!"

"Kau bunuh appa Jae ra!! Kau bunuh Jimin! Dan.. kau cederakan Jae ra! Kau kejam Taehyung! Arghh! Lex tak pernah wujud bodoh! Kau yang buat kejahatan tu semua!"

Jae ra duduk bersandar di depan pintu bilik. Kakinya tak betah lagi menampung beratnya.

Perlahan-lahan Jae ra duduk bersandar seraya lututnya dipeluk erat. Matanya jadi kabur dek air mata yang sedari tadi deras mengalir.

"Taehyung," gumam Jae ra dalam tangisan.

Sesaat dua, tiada lagi suara jeritan Taehyung. Jae ra mula panik, dia bangun dan mengetuk-ngetuk pintu bilik Taehyung. "Taehyung! Kau okay?! Taehyung!"

Tiada sahutan.

Jae ra terus mengambil keputusan untuk menyerbu masuk ke dalam bilik Taehyung. Kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan, kerana Taehyung tidak mengunci pintu biliknya.
Namun, Jae ra terkejut besar!

-tbc-

[[ E ]] Identity disorder ×김태형× Where stories live. Discover now