9 ;menangis kecewa ketawa bahagia

122 14 6
                                    

“Aniya..bukan masalah Jimin tengok ke apa, masalahnya sekarang aku tak selesa! Taehyung! Turunkan aku please! Tak nak macam ni.. Okay, kau duduk mencangkuk je. Aku naik belakang kau.” Jae ra cuba berkompromi.

Sumpah Jae ra mahu mengelak dari terus memandang muka Taehyung,bukan sebab benci tapi takut dia akan terus jatuh cinta pada Taehyung. Tambahan Jae ra kini, cuba untuk terima Jimin.

Taehyung berhenti dan menurunkan Jae ra yang di cempung,kemudian dia duduk mencangkuk.

Apabila Jae ra naik kebelakang Taehyung, Taehyung memulakan langkah menghantar Jae ra pulang ke rumah.

“Taehyung, lambatnya kau jalan! Cepat laa sikit.. Aku berat eh?” Jae ra cuba memulakan perbualan bagi menghilangkan rasa gugup apabila berada dalam keadaan yang terlalu dekat dengan Taehyung.

“Kau tak berat mana pun.. Tapi hati aku yang berat,” taehyung jawab perlahan.

“Hati kau berat? Kenapa? Banyak dosa ke?” tanya Jae ra polos.

Meletus ketawa besar Taehyung. Kedengaran ketawa yang ikhlas terzahir.

Alahai, dia ketawa la pula.. Hati, please jangan buat pasal!

“Pandai kau berjenaka yaa? Bertuah Jimin dapat kau,”

Taehyung berjeda seketika.

“Hmm,..hati aku berat dan sakit bila terpaksa pura-pura tersenyum bahagia, pura-pura macam tak ada apa yang berlaku. Hati aku berat nak lepaskan detik-detik macam ni yang jarang berlaku dalam hidup aku.”

“Detik-detik yang jarang berlaku?”

“Ya,detik bahagia.. Detik bahagia bila kita bersama orang yang kita sayang. Jarang berlaku dalam hidup aku,”

“Kau sayang aku ke?”

Taehyung senyum. Dibiarkan soalan Jae ra tidak berjawab.

Selangkah dua, dia duduk mencangkung dan dibiarkan Jae ra turun dari belakangnya sebaik sampai dihadapan rumah yang didiami Jae ra.

Taehyung memegang kedua belah bahu Jae ra. “Mestilah sayang, kau'kan kawan aku? Kyeota chingu,”

Mata Jae ra mula berair. Namun dia sengaja acah melihat ke arah jam tangan dipergelangan tangannya seraya berdehem kecil.

“Taehyung.. Thanks for today. Kau memang lelaki yang baik. Gomawo, sebab tolong aku.” ucap Jae ra sambil tersenyum. Namun matanya sengaja dilarikan, tidak mahu memandang tepat kearah mata Taehyung.

Taehyung menganggukkan kepalanya.

Jae ra berpaling ingin masuk ke rumah secepat mungkin namun, kedengaran namanya dilaung.

“Jae ra! Jangan risau, bukan kau sorang je nampak aku ni as lelaki yang kacak.” kata Taehyung secara tiba-tiba.

“Heol! Bila masa aku cakap kau kacak? Aku cakap kau lelaki yang baik je?” Jae ra mengerut dahinya. Dia cuba mengerahkan kembali ingatannya.

“Aku tahu sebenarnya 'lelaki baik' tu tersirat maksudnya.. Ya, aku baik dari segi sikap dan bagi kau, aku juga baik dari segi fizikal aku yang kacak ni'kan?” kata Taehyung dengan riak. Nada suaranya kedengaran bercanda.

Kenapa dengan lelaki itu? Apakah faktor atau punca berlakunya sikap angkuh serta riak itu? Nasib semua kenyataan yang dilontarkan sangat logik akal dan sungguh benar.

Jae ra mula menapak masuk ke rumah, malas mahu melayan Taehyung. Makin jatuh cinta lagi ada laa dan dia pula yang akan makin broken. Ah, shit!

“Jae ra, saranghae!”

Jae ra berpaling. Antara percaya atau tak dia pilih untuk tidak percaya. Namun separuh hatinya meronta-ronta untuk memilih untuk percaya.

“Nado saranghae, 'chingu'.” sengaja Jae ra menekan perkataan 'chingu'. Mesti fakehope lagi!

“Aku serius.. Aku betul-betul cintakan kau, lebih dari seorang kawan. Benda ni aku dah tak nak pendam. Aku tak paksa untuk kau cintakan aku balik.. Kau'kan bakal jadi kepunyaan orang?” Taehyung ketawa perlahan dihujung ayat.

Taehyunggg, what?! Apa masalah kau ni? Kenapa baru sekarang kau nak cakap benda ni? Lepas aku dah mula berazam untuk buang kau daripada ingatan aku, hati aku, mimpi aku. Aku berazam untuk move on. Kenapa baru sekarang?!

“Haaha, ya. Bakal jadi kepunyaan orang. Taehyung, aku masuk rumah dulu laa ya? Aku penat. ”

“Ah, okay. Jae ra, kau lupakan laa apa aku cakap tadi. Just fokus cintakan Jimin okay? Fighting!” kata Taehyung sambil melambai-lambai ke arah Jae ra.

Setelah memastikan Jae ra masuk ke rumah, Taehyung berjalan perlahan, pulang ke rumahnya.

Namun tanpa Taehyung sedar, Jae ra melihatnya pergi disebalik langsir bilik milik Jae ra.

Jae ra jadi bingung. Entah mahu menangis kecewa, atau ketawa bahagia bila Taehyung meluahkan perasaannya tadi.

-tbc-

[[ E ]] Identity disorder ×김태형× Where stories live. Discover now