6 ;semoga berbahagia

131 16 2
                                    


"Tae. ..Taehyung! Kau datang?!" ujar Jae ra separa menjerit.

“Mesti laa datang,hari bahagia kawan kitakan? Mesti laa kena raikan,” kata Taehyung sambil tersenyum.

'See, dia anggap kau as kawan dia je. Kau yang kadang over konon Taehyung suka kau. Maybe Taehyung tu memang jenis ramah dengan semua orang?'

“Hey, Jae ra..Kenapa termenung ni? Sepatutnya, kau kena banyak tersenyum biar muka kau tuu berseri! Cuba senyum sikit?”

Jae ra menarik senyum terpaksa. Taehyung menarik kedua belah pipi Jae ra, kemudian dia ketawa dengan kuat.

“Ekhem, Jae ra? Awak dah boleh turun, majlis dah nak bermula,” kata seorang perempuan, namun matanya lebih tertumpu kepada Taehyung.

Lol, tergoda ke hakak?

*****

Puas dicari satu gereja, namun kelibat appanya tidak kelihatan. Nasibnya baik, ada seorang ahjushi sudi mengambil tempat appanya untuk mengiringi Jae ra masuk ke dalam gereja.

Jae ra masuk ke dalam gereja bersama diiringi ahjushi yang mengantikan tempat appanya.

Taehyung terpegun melihat Jae ra. Seharusnya yang sedang menunggu Jae ra dihadapan paderi itu dia, Kim Tae Hyung.. Kolam mata Taehyung mula bertakung, dia cuba sehabis baik mengawal perasaannya.

“Taehyung! Tengok Jimin tu, bahagia je senyuman dia. Ye laa bini lawa kot! ”sakat Baekhyun.

Taehyung hanya diam.

“Taehyung! Dengar tak apa aku cakap? Bini dia cantikkan?”

“Baek, please! Aku nak raikan dan nikmati saat bahagia manusia yang paling aku sayang..”

“Raikan? Hah yang muka kau nak menangis macam baby lapar susu kenapa? Terharu? ke kecewa? Take it easy! Kumbang bukan sekuntum,” nasihat Baekhyun yang naif.

“Bunga laa pabo! Hmm tapi yang sekuntum tuu laa istimewa,” kata Taehyung sambil tersenyum masih cuba mengawal air mukanya.

*****

“Park jimin, sudikah kamu menerima, menyayangi, melindungi serta setia kepada isteri kamu iaitu Min Jae Ra hingga hujung hayat kamu? ”

“Saya sudi menerima, menyayangi, melindungi serta setia kepada isteri saya, Min Jae Ra hingga hujung hayat saya..” sahut Jimin.

Kedengaran penuh keikhlasan dan ketulusan ketika Jimin mejawab pertanyaan paderi. Sesekali dia melihat ke arah Jae ra disebelahnya.

“Min Jae Ra, sudikah kamu menerima, menyayangi, melindungi serta setia kepada suami kamu iaitu Park Ji Min hingga hujung hayat kamu? ”

Taehyung bangun dari tempat duduknya,dia mahu meninggalkan majlis. Dia tak sanggup mendengar jawapan Jae ra. Air matanya perlahan mengalir.

'Jae ra, semoga bahagia'

Jae ra diam membisu. Sesekali direnung wajah bakal suaminya, Jimin. Kemudian dia menundukkan sedikit kepalanya,menarik nafas dalam-dalam.

“Saya,..”

Ayat Jae ra tergantung. Keadaan di gereja mula menjadi huru-hara. Terdengar jeritan ketakutan.

Jae ra segera berpaling mencari punca yang menjadikan suasana gereja mula berubah. Matanya terbeliak melihat satu susuk tubuh yang dia amat kenal.

“Appa!” jerit Jae ra. Dia segera berlari anak ke arah ayahnya.

Kelihatan wajahnya berlumuran darah, kulit pipinya yang terkoyak. Jari jemarinya pula hilang, seperti ditetak.

“Jae ra.. Mian.. Mianhae,” usai berkata kelihatan ayahnya mula menarik nafas terakhir dengan penuh seksa. Matanya terbeliak.

Tangisan Jae ra pecah. Kematian ayahnya sangat kejam! Mungkin akibat berhutang keliling pinggang.

*****

Taehyung memeluk Jae ra erat. “Tabah yaa? Takziah Jae ra..”

Jae ra membalas pelukan Taehyung. Satu perasaan tenang datang menyapa perasaannya, walaupun perkenalan dia dan Taehyung tidak laa begitu lama.

“Taehyung,..”

Tiba-tiba pelukan dirasa renggang. “Kau memang tak pernah cintakan aku right? Even kita dah lama kenal, kau lebih selesa dengan orang asing tu kan?”

Jae ra segera mendongak. “Ah, jimin!”

Jimin tersenyum hambar. Dia mengundur setapak dua, dan ingin membuka langkah pergi. Namun Jae ra segera memegang lengan Jimin.

“Jimin..Mian.. Mianhae, bagi aku peluang untuk cuba cintakan kau,” ujar Jae ra perlahan.

Jae ra sendiri tidak sangka dengan apa yang terluah dari mulutnya. Namun dia mula mempertimbang buruk baik apa yang telah dia katakan.

Jimin memang cintakan aku dari dulu.. Tapi perasaan cinta aku ada pada Taehyung yang aku sendiri tak pasti sama ada dia cintakan aku kembali.

Wajah Jimin seakan tidak percaya. “Betul ke Jae ra?”

Jae ra mengangguk.

Segera didakap Jae ra dalam pelukan. Walaupun belum tentu Jae ra akan mencintai kembali, namun dia rasa teruja apabila Jae ra menyatakan hasrat untuk 'mencuba'.

Satu kucupan lembut singgah di pipi Jae ra.

Taehyung terkaku. Langkahnya yang diatur menuju Jae ra terhenti.

Anggukan Jae ra menandakan Taehyung perlu berundur. Ya, dia memang meletakkan sedikit harapan apabila perkahwinan Jae ra dan Jimin ditangguhkan kerana kematian ayah Jae ra yang mengejut.

Namun kini, ianya hancur..

-tbc-

[[ E ]] Identity disorder ×김태형× Where stories live. Discover now