Petua penawar sihir/santau/gangguan

34 1 0
                                    

dipetik dari fb Anyss Azemi

TIPS SEMBUHKAN DIRI DARI SIHIR/SANTAU/GANGGUAN.

Saya dapat petua ni setelah 4 tahun saya berperang dengan sihir dan santau, puas berubat. Duit dah beribu-ribu habis untuk berubat. Dari yang bayar ikut ikhlas sampailah yang mintak bayaran beribu.

Saya share tips ni sebab nanti mungkin ada yang berguna pada siapa-siapa. Azab sihir dan santau ni orang yang kena je tahu betapa sakitnya. Saya dah banyak tempat pergi berubat sebelum ni tapi rata-rata ustaz atau ustazah kata benda ni akan datang balik. Kira tak dapat sembuh sepenuhnya.

Sebelum ni dapat sembuh dalam 70% sahaja.
Tapi selepas saya amalkan petua-petua ni, allhamdulilah sekarang dah sembuh 95% tinggal saki baki je lagi nak kasi buang lepas ni. Syukur kepada Allah saya dapat buang santau dalam tubuh saya selepas amalkan semua ni, saya sendiri tak sangka benda tu keluar.

Saya dapat tips ini dari seorang ustaz katanya ubat diri sendiri kalu berubat dengan perawat tapi tak sembuh.

1) Sembahyang taubat nasuha, mohon Allah ampunkan segala dosa-dosa lalu dulu dan Sembahyang 5 waktu jangan tinggal, selepas sembahyang doa dan luahkan kepada Allah segala kesakitan. Mohon Allah sembuhkan segala penyakit.

2) Mandi dengan daun bidara dan buah limau purut setiap hari selama 12hari. Limau tu gosok pada seluruh badan dan kepala . (masa mandi selawat dan doa kepada Allah buangkan sihir atau segala penyakit dalam badan)

3) Minun air kelapa yang dibakar bersama serai dan biji halba. Minum berturut selama 12hari. (Sebelum minum selawat dan doa agar Allah air kelapa tu jadi ubat)

4) Amalkan baca ruqyah dan ayat muntahkan penyakit dari ustaz sharhan safie. Bergantung kepada Allah 100% . Percaya kepada diri sendiri mampu mengubatkan diri sendiri. Kena yakin kalu tak yakin tak jadi . Saya baca hari pertama benda tu keluar dari badan saya, saya sendiri terkejut, gambar santau yang di hantar dekat saya tu, saya hanya kongsikan dengan family saya,ustaz dan ustazah saya sahaja.

Ini link vidoe ruqyah dan ayat-ayat yang saya amalkan -
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1484280984950813&id=100001067770516

5) Mengadu pada Allah, menagislah pada Allah dan selalu berdoa agar Allah buang segala penyakit dalam badan setiap hari.

6) Kalau sakit, lawan dan percaya kita lebih kuat dari benda tu. saya sakit sampai menangis tak keluar suara, lebih sakit dari sakit beranak. huhuhu.  Tapi saya tetap lawan sebab saya ada Allah.

7) Ikhtiar, jangan hanya berserah kepada Allah semata-mata tanpa usaha. Amalkan sifat tawakkal.

Semoga kita semua dijauhkan dan sembuh dari penyakit sihir dan santau.

Share agar berguna kepada yang lain. Bagi yang ada tanda-tanda gangguan boleh cuba try cara ni.

***********

Selalu dapat petua dan panduan tapi tak pernah kekal dalam simpanan.  Saya abadikan disini untuk rujukan bersama.  Semoga ada kebaikan yang dapat dikongsikan dimasa hadapan.  Insya Allah.

Pujangga Where stories live. Discover now