Seorang ibu akan berhadapan dengan pelbagai ragam anak-anak. Sifat sabar dan kasih sayang yang mengunung menjadikan seorang ibu kuat dan mampu berdepan dengan karenah mereka.
Walaupun terpaksa bersengkang mata melayan kantok ibu tetap bangun tatkala melayan sakit demam anak. Bangun untuk menyediakan susu agar anak boleh tidur lena dalam kekenyangan. Itulah pengorbanan seorang ibu.
Mari kita sama-sama kongsi doa-doa yang patut seorang ibu lafaz untuk kebaikan anak-anak.
Artikel ini saya terima pada 20/8/2017 @10.30pm.########
Ibu pemilik doa mustajab
Anak aku baik
Anak aku rajin
Anak aku taat
Anak aku soleh
Anak aku bijak
Anak aku pandai
Anak aku bertuahMulut ibu masin dan dialah pemilik doa mustajab. Doakan yang baik2 untuk anak 2kita. Meskipun kadang2 tingkah laku mereka mencabar emosi kita. walaupun mereka tidak sempurna pada pandangan mata kita. Banyakkan istighfar. Didiklah dari hati. Kita juga belum sempurna disisiNya. Mulakan dari diri kita sendiri jika inginkan anak2 yg soleh. Mereka masih kecil dan boleh dilentur.
Teruskan berdoa yang baik2 untuk anak kita. Tuturkan kata2 yg elok buat mereka.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan :
“ لا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ، وَلا تَدْعُوا عَلَى أَوْلاَدِكُمْ، وَلا تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ؛ لا تُوَافِقُوا مِنَ الله سَاعَةً يُسْأَلُ فيهَا عَطَاءٌ فَيَسْتَجِيبُ لَكُمْ”
“Janganlah berdoa keburukan untuk diri kalian sendiri. Janganlah berdoa keburukan untuk anak-anak kalian. Janganlah berdoa keburukan untuk harta kalian. Boleh jadi doa kalian itu bertepatan dengan waktu mustajab, lalu dikabulkan Allah ta’ala”.
HR. Muslim dari Jabir radhiyallahu ‘anhu.Sedangkan Nabi Ibrahim tidak jemu titipkan doa buat zuriatnya apatah lagi kita insan pendosa.
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٠٠﴾
As-Saffat-100:Wahai tuhanku, kurniakan kepadaku zuriat yg soleh
Ingatlah wahai diri ini yang sering lupa. Walhal ibuku sentiasa berpesan. Jaga tutur katamu ibu.
Astaghfirullahalazim.
'Anak aku malas'
Ubah
'Anak aku kena rajin'Anak aku nakal
'Anak aku bertuah atau
'Anak aku kena jadi baik'Fikirkan yang positif
Allah al hakam allah bertindak mengikut sangkaan hambanya.
Allahumma
Ya Latif
Ya Qahhar
Ya Malik
Ya Halim
Ya Shabur
Ya Barr
Ya allah tundukkan Anakku kepadaMu, lembutkan hatinya dan alirkan sikap dan akhlak yg mulia, anak yang taat, berikan kesabaran kpdnya dan lorongkan hidupnya ke arah kebaikan .Titipkan Doa Rasulullah buat anak kita:
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
Ya Aziz
Ya Qawiyy
Ya Matin
Ya Shabur
Ya allah kuatkan hatiku, teguhkan jiwaku dan kurniakan kesabaranku pdku dlm mdidik anak2.Kekasih allah Nabi Ibrahim tidak jemu berdoa....
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ﴿٨٣﴾
Asy-Syu'ara'-83:
(Ibrahim berdoa): "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh.Semalam dapat satu peringatan dari sahabat yang dapat sy simpulkan buat muhasabah diri hamba yang sering lupa.
# muhasabah diri
YOU ARE READING
Pujangga
PoetryIni bukan cerita saya atau hasil tulisan saya. Saya hanya menghimpun kata pujangga indah untuk dikongsi bersama.