Chapter 2

1.1K 82 0
                                    

Petang tadi auntie Ong ada memberitahu aku bahawa Seong woo tiada di rumah . Dia ke rumah kawannya . Mungkin esok dia balik kata auntie Ong .

Selesai sahaja aku mengemas pakaian , auntie Ong datang menjemput aku . Perjalanan ke rumahnya mengambil masa 1 jam .

Kami sampai ke rumah auntie Ong selang beberapa minit kemudian . Hatiku aku mula berdetak laju . Bukan apa , nervousnya lain macam .

Takut juga Seongwoo tiba tiba datang dan menghalau aku . Huh !

Selesai meletakkan kereta di garaj kereta , aku bersama auntie masuk ke dalam rumah .

Besar , cantik dan kemas . Gumam aku dalam hati . Ini bukanlah kali pertama aku menjejakkan kaki di sini , sudah banyak kali juga tapi itu pun semasa aku berumur 3 tahun .

Sebelum eomma pergi , aku ada jugak ke rumah auntie Ong semasa majlis Hari Jadi uncle Ong tapi tak masuk ke dalam rumah . Luar je..

" Masuklah Min Hee . Buat macam rumah sendiri okay ? " auntie menjemput aku masuk sambil cuba mengambil beg pakaian aku dari tangan tapi aku menepis .

" Gwaechanna auntie . Saya boleh bawa sendiri " kata aku sopan tidak mahu menyusahkan auntie Ong .

" Its okay dear . Biar auntie bawa " auntie Ong pantas mengambil beg aku dan berjalan mendahului aku sebelum sempat aku menahan .

Kami naik ke tingkat atas . Kami masuk ke sebuah bilik yang tidak kurang besarnya .

" Inilah bilik kamu . Auntie harap kamu suka dengan bilik ni " kata Auntie Ong sambil meletakkan beg pakaian aku di tepi katil .

" Saya suka bilik ni auntie . Sama macam bilik lama saya " balasku sambil tersenyum lebar . Senyum teringatkan rumah lama, bilik dan semua kenangan yang pernah ada dalam rumah tu . Sejujurnya , aku rindukan omma sangat sangat . huh !

Aku mengeluh lagi . Kali ini keluhan aku agak kuat hingga auntie Ong dapat mendengarnya  .

" Waegurae Min Hee yah ? Kamu tak selesa ke ? " Auntie mula menunjukkan riak risau dan memegang ke dua bahu aku .

Aku membalasnya dengan senyuman dan menggeleng menandakan aku okay .

" Aniya auntie . Saya selesa sangat . Nomu khamsahamninda auntie " aku mula membongkokkan badanku 90° tanda aku berterima kasih kepada auntie Ong .

Air mataku tiba tiba mengalir . Tidak dapat menahan lagi ia daripada keluar . Aku memandang auntie Ong lama . Auntie Ong mempunyai wajah lebih kurang omma tapi pipi omma agak cengkung sedikit berbanding muka auntie Ong yang sedikit tembam .

Aku masih memandang auntie Ong . Mengharapkan ada pelukan daripada auntie .

Beberapa saat kemudian , auntie Ong memelukku dengan erat . Bahu auntie Ong terenjut enjut sedikit . Mungkin Auntie Ong turut menangis .

Tapi sejujurnya , aku bersyukur kerana pelukan auntie Ong dapat mengubat rindu aku pada omma . Aku rindukan omma . aku rindu pelukan omma . Aku rindu semua tentang omma . Aku bersyukur kerana mempunyai auntie yang baik seperti auntie Ong meskipun aku agak benci akan kisah dulu tentang keluarga auntie Ong. Hm ...

___________

Aku bangun daripada katil dan berjalan menuju ke tingkap . Di situ mempunyai sebuah kerusi putih . Mungkin kerusi itu khas untuk sesiapa yang ingin melihat suasana luar kerana pandangan dari dalam agak cantik .

Malam itu agak indah . Bintang bintang berkelipan menerangi langit . Hatiku sedikit tenang berbanding petang tadi .

Aku melihat ke arah bintang bintang itu . Fikiranku mula menerawang ke benda lain .

Aku mula teringatkan omma semasa kami sama sama melihat bintang menerusi dari dalam bilikku . Omma kata bintang itu cantik sangat . Sama seperti aku . Hal itu membuatkan aku tersenyum dan kemudian air mataku tiba tiba mengalir .

Itulah ayat pujian terakhir omma sebelum omma pergi . Itulah kali terakhir kami melihat bintang bersama.

Aku bergerak ke katil dengan langkah yang perlahan . Tidak ada mood lagi untuk melihat bintang . Aku menghempaskan tubuhku di katil empuk ini . Selesa sangat ! Tapi sayang ia tidak dapat menenangkan hatiku yang sedih ini .

Malam itu , aku tidur dengan bertemankan air mata sambil di tanganku memegang erat baju omma .

____________

Seong Woo masuk ke rumah dengan keadaan mabuk selepas menanggalkan kasutnya.

Dibiarkan pintu tidak ditutup .

Seongwoo naik ke tingkat atas menuju ke biliknya tapi sesuatu hal terjadi .

Dia masuk ke bilik yang salah . Seungwoo masuk ke bilik seseorang dalam keadaannya yang mabuk agak teruk juga.

Dia bergerak ke katil dengan langkah yang terhuyung hayang .Matanya tidak dapat dibuka dengan luas hinggakan tidak dapat melihat siapa yang berada di atas katil itu .

Dia terus baring di sebelah seseorang itu dan memeluknya sehinggalah dia terlelap dengan sendiri .

__________

Aku membuka mata perlahan lahan . Aku meraba raba di sebelahku mencari baju omma yang ku pegang semalam .

Alangkah terkejutnya aku  , apabila ada lelaki yang sedang tidur di sebelahku sambil tanggannya memeluk erat pinggang aku .

Aku memandangnya lama sebelum mulutkan melopong melihat lelaki itu. Baunya agak tidak menyenangkan seperti bau alcohol.

" Yah ! Ong Seongwoo!!!!! ! " aku menjerit membuatkan satu bilik itu bergema dengan teriakan aku dan membuatkan Seongwoo yang entah datang dari mana, turut terbangun dengan jeritan aku .

Seongwoo membuka mata perlahan lahan dan melihat aku dengan pandangan yang pelik .

" Kau .. Siapa ? " tanyanya sambil menghalakan telunjuknya ke arah aku dengan mata yang separuh terbuka .

Selepas sahaja matanya dibuka seluas luasnya , dia terus menunjukkan reaksi  terkejut sama seperti aku tadi .

Dia pantas melepaskan pelukan dari pinggangku .

Matanya tajam mencerlung ke arah aku .

" Kau ? "

TBC

hope u guys enjoy okay .
Sorry tak best .But i will try my best untuk succes kan cerita ini . hope u guys support , vote and komen positif okay ?

Only You [ MALAY FANFIC ]Where stories live. Discover now