Chapter 5

1K 75 1
                                    

Flashback (12 Years ago)

Aku  melihat eomma , appa , auntie  Ong sedang rancak berbual dari arah jauh sambil makan kek coklat vanilla yang dibuat auntie Ong.

Seong Woo hanya berkepit di bawah lengan Auntie Ong . Sesekali aku perasan yang Seongwoo asyik memandangku dan tersenyum senyum.

Aku terkadang ikut ketawa apabila mereka ketawa walaupun aku tak tahu apa yang kelakarnya.

10 minit kemudian , aku melihat eomma masuk ke dalam rumah dengan agak kelam kabut dan berbisik sesuatu kepada Auntie Ong dan auntie Ong membalasnya dengan anggukan dan tersenyum.

_________

Selepas 10 minit berlalu, tiba tiba perut aku seperti memulas . Mungkin banyak sangat makan kek hari ini .

Aku memegang perutku yang sakit dan meletakkan kek tadi di atas meja .

Aku melangkah masuk ke dalam rumah auntie Ong dan berjalan menuju ke tandas .

" Tolong encik ! Jangan apa apakan saya " aku terdengar suara seorang perempuan yang seperti aku pernah dengar .

Niat untuk ke tandas aku batalkan . Perut yang tadinya sakit , sudah hilang sakitnya .

Aku mencari dari mana datangnya suara itu  .

Aku berjalan suatu tempat ke suatu tempat .

Sedang aku berjalan , bunyi seseorang menjerit makin kuat.

Aku berlari ke arah itu.

Bunyi itu seperti di bilik sebelah dapur .

Aku berjalan perlahan ke arahnya .

Pintu bilik itu terbuka.

Aku mengintai di balik pintu yang terbuka.

Alangkah terkejutnya aku apabila Mr Ong sedang cuba untuk merogol pembantu rumah mereka . Patutlah seperti aku pernah dengar suaranya.

" Aju--- " belum sempat aku ingin menjerit , tiba tiba seorang menekup mulutku hingga aku tersandar ke dinding dan sedikit  sukar untuk bernafas .

" Eomma ? " eomma melepaskan tangannya dari mulutku .

" Janji dengan eomma , jangan beritahu sesiapa dengan apa yang Min Hee lihat tadi . Anggapnya Min Hee tidak nampak apa apa " kata eomma dan air matanya mula jatuh .

Sebenarnya , sebelum aku masuk ke dalam rumah , eomma sudah nampak kejadian itu tadi tapi Mr Ong mengugut eomma agar tidak memberitahu sesiapa.

Aku mendengar cerita eomma . Itulah sebabnya mengapa eomma lama berada dalam rumah ini selepas berbisik dengan auntie Ong.

" Tapi eomma ---- " kataku perlahan sambil teresak esak dengan tangisan .

Eomma memegang tanganku erat dan memelukku .

Aku menangis di bahu eomma.

" Kalau kita beritahu orang lain , dia akan bunuh appa . Kamu tak nak kan appa dibunuh ? " soal eomma lagi membuatkan tangisan aku makin teresak esak.

Aku menggeleng bersungguh sungguh . Benar  , aku tidak mahu appa dibunuh. Tak nak !

Eomma mengajak aku keluar dan anggap tiada apa apa berlaku.

Aku berjalan perlahan dan longlai bersama eomma .

Sebelum keluar , eomma mengajakku membasuh muka terlebih dahulu di tandas agar orang lain tidak bertanya apa apa.

Kami berjalan keluar bersama.

Masing masing hanya diam.

Aku melihat tangan eomma erat menggenggam tanganku .

Only You [ MALAY FANFIC ]Where stories live. Discover now