Chapter 9

1.1K 69 33
                                    

" Mereka ada syak apa apa tak dari kau ? " , soal seorang lelaki berkot hitam dan berkaca mata gelap.

" Tak . Tapi saya rasa lelaki itu macam pandang saya lain macam boss " , jawab seorang lelaki berkemeja pejabat sambil melutut di hadapan lelaki yang berkot hitam tadi. Ya . Lelaki itulah yang menumpangkan Seongwoo dan Min Hee tadi.

Lelaki yang berkot hitam  bernama Park Ha Reum , hanya diam dan mendengus kasar menahan marah.

" Pastikan mereka percayakan kau 100% kali ni sampailah mereka berdua tu melutut depan aku minta maaf sampailah dendam aku terbalas " , katanya lagi dan terus  berlalu pergi dari situ bersama pengikut pengikutnya.

________

Aku membuka mata perlahan lahan . Sinaran cahaya  dari luar membuatkan aku silau dan sukar untuk membuka mata sepenuhnya.

Entah mengapa kepala aku berasa berat dan berdenyut denyut . Badan terasa letih hingga sukar untuk bangun.

Seketika itu , perutku berbunyi . Lapar sangat. Rasa seperti berhari tidak makan.

Tiba tiba aku teringat peristiwa semalam.

Peristiwa di mana aku dan seongwoo terkandas di tepi jalan kerana motor seungwoo rosak.

Dan yang lebih membuatnya  geram , apabila Seong Woo tidak mahu membawanya ke kedai makan sehinggalah dia muntah muntah akibat terlalu banyak angin dalam badan.

Aku mendengus kasar .

" Malang betul siapa yang jadikan dia namjachingu . Aishhh " , rungut aku sendirian .

Aku memandang kiri kanan.

Sudah terang benderang .

" Sekarang pukul berapa ? " , tanya aku kepada diri sendiri.

Aku menggapai i-phone milikku di atas meja.

Aku membuka butang on berkali kali apabila screen masih lagi gelap tiada respon.

Ah ! Baru aku teringat. Telefon aku tiada bateri dan tidak dicas dari semalam.

Aku meletakkan kembali telefonku di atas meja .

Aku gagahkan diri untuk bangun dari katil dan menuju ke arah bilik mandi .

--------

Setelah selesai mandi , aku bersiap siap memakai baju dan menempekkan bedak setepek dan mencalit sedikit pelembap bibir merah jambu kegemaranku.

Sejurus itu , aku mengambil telefonku dan mengecasnya .

******

Seongwoo mundar mandir dalam biliknya dari pagi tadi sehinggalah hari terang .

Fikirannya masih terganggu dengan lekaki semalam.

Sejak malam itu , dia berfikir .

Bagaimana lelaki itu tahu rumahnya sedangkan dia tidak memberitahu rumahnya di mana dan mereka tidak pernah kenal sebelum ni.

Lelaki itu memandangnya seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Jenuh dia cuba mengingati lelaki itu , sehingga dia yakin yang dia tidak pernah mengenali lelaki itu sebelum ini.

Itu salah satu sebab mengapa dia mundar mandir dari tadi.

Sebab yang kedua adalah ..." Jae Min Hee " , gadis yang sudah membuatkan jantungnya berdebar sejak bangun pagi lagi.

Entah mengapa , bila teringat kejadian semalam , dia berasa khawatir terhadap Min Hee sehingga terbawa bawa dalam mimpinya .

Hampir sahaja tadi dia mahu sergah biliknya Min Hee tapi sempat menahan dirinya dari melakukan itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Only You [ MALAY FANFIC ]Where stories live. Discover now