Chapter 8

788 47 8
                                    

" Aku taulah aku handsome. Jangan lah pandang aku macam nak telan orang je " kata Seongwoo sambil mencuit hidung kecilku.

Aksi spontan itu terus membuat aku terdiam dan tergamam .

Bukan sahaja aku , Seongwoo juga seakan tidak sedar apa yang dilakukannya tadi.

Masing masing berdiam diri.

" La , asal tak pergi lagi ? Cepatlah . Kedai bukannya dekat tau " teguran Auntie Ong memecah kesunyian.

Masing masing masih lagi berdiam .

Seongwoo terus menghidupkan motosikalnya dan berlalu pergi.

Ji Hoon hanya memerhati sambil tersenyum.

***********

" Eomma " , panggil Ji Hoon kepada eommanya yang sudah berjalan laju di hadapan.

" Yes dear ? " , dia menoleh.

" Eomma okay ke biarkan diorang keluar berdua je ? Eomma juga yang cakap hyung tak suka dengan Min Hee eonni kan ? Kalau benda buruk berlaku macam mana ? " , dari tadi lagi dia ingin bertanya hal ini . Hatinya rasa tak sedap bila melihat Min Hee keluar dengan Seongwoo.

" Ji Hoonie , eomma percayakan hyung kamu tu . Walaupun dia tak suka dengan Min Hee , tak mustahil nanti mereka akan suka sama suka kan ? Hahahahaha " , Kata Auntie Ong sambik ketawa memandang anaknya yang mula risau .

Ji Hoon hanya diam . Tidak rasa apa yang dikata eommanya sebentar tadi satu benda yang kelakar .

" Ke kamu cemburu ni ? Eh tak mungkinlah kamu cemburu kan . Dia kan lagi tua dari kamu " tebak Auntie Ong lagi memandang tepat wajah anaknya .

Ji Hoon tergamam dengan soalan eommanya . Mana mungkin dia cemburu sedangkan dia tiada perasaan terhadap Min Hee .

" Eomma jangan buat lawak lah . Okaylah , Ji Hoon nak ambil barang jap dalam bilik " , dia terus pergi meninggalkan eommanya dengan perasaan bercampur baur .

Perasaan yang dia sendiri tidak tahu apa maknanya .

" Ke kamu cemburu ni ? "

Kata kata eommanya terngiang ngiang di kotak fikirannya .

Entah mengapa , hatinya terasa sakit melihat Min Hee dan Seongwoo bertentangan mata tadi .

Dia mengeluh perlahan.

Tidak mahu berfikir lebih lebih , dia terus naik ke biliknya untuk mengambil beg galas favoritenya.

Beg itu bagainya nyawanya .

Pasti dibawa kemana sahaja kerana beg itu adalah hadiah dari seseorang yang dihadiahkan untuknya semasa dia berada di luar negara .

Dia juga tidak kenal siapa wanita yang telah memberikan beg monkey itu kepadanya .

Yang dia tahu , wanita itu dalam lingkungan 40-an tetapi mukanya sangat cantik dan manis bila tersenyum. Dia juga berasa tenang bila bersama wanita itu.

" Ji Hoon-ah ! Pali ! " panggil eomma dari luar rumah .

Dia tersentak.

Ji Hoon terus bergegas keluar dari bilik dan menuju ke luar rumah .

Eomma sudah pun berada dalam kereta .

******

" Yah ! Macam mana boleh rosak ? Sebelum pergi tadi awak tak check minyak ke ? Tengok sekarang apa jadi ? Kita kat tepi jalan tau ! Jalan sunyi pulak tu ! " aku hilang sabar . Manakan tidak , dalam perjalan balik tiba tiba motor kesayangan Seongwoo rosak dan Seongwoo masih dengan mimik mukanya yang tak bersalah. Tadi berialah puji motornya yang kononnya hebat sangat tu .

Only You [ MALAY FANFIC ]Where stories live. Discover now