Sehun merupakan ahli bongsu kumpulan EXO. Dia duduk di rumahnya sendiri. Dia popular di seluruh dunia dan Jung Eun Hee adalah peminat fanatik Sehun. Di mana Sehun berada di situlah dia akan berada. Di rumahnya penuh dengan gambar Sehun.
Ketika pulang dari berlatih, Sehun balik ke rumahnya sambil berjalan kaki. Exercise katanya. Sehun tahu dirinya diikuti oleh seseorang tapi dia malas nak ambil tahu. Eun Hee senyap-senyap mengambil gambar Sehun. Pakaiannya tidak terlalu terdedah. Dia memakai baju hitam, topi hitam, senang cakap daripada atas sampai bawah semuanya hitam.
Sehun singgah di kedai 7Eleven untuk membeli makanan ringan. Sehun pandang sekeliling dan dia nampak stalker dia ada dekat situ.
"Haish, dah mula dah. Rimas lah macam ni." Marah Sehun dalam hati.
Sehun pandang Eun Hee. Lama. Eun Hee membetulkan topinya supaya Sehun tak nampak mukanya. Dia memandang Sehun, Sehun pandang dia.
"Eotteokhae? Jangan cakap dia tahu aku ada dekat sini." Eun Hee bercakap perlahan sambil tangannya berpura-pura mencari makanan.
"Sehun, apa kata kita lari dari dia." Sehun bercakap dalam hati. Selepas dia membayar makanan tersebut dia keluar dari kedai tersebut dan lari dengan laju.
"Eo? Mana dia? Arghh... andwae! Uri Sehunnie!" Eun Hee berlari keluar dari kedai tersebut. Dia memandang sekeliling dan dia tak nampak pun Sehun dia.
"Alaa... mana Sehun oppa ni?" Eun Hee berjalan sambil memandang sekeliling. "Eo? Seolma... dia mesti balik rumah, kan?" Eun Hee menuju ke rumah Sehun.
Sehun mengambil nafas penat berlari dari stalker dia. Selepas itu, dia duduk di taman permainan yang berdekatan dengan rumahnya.
Selepas beberapa jam, dia mula berjalan untuk ke pulang ke rumah. Eun Hee bersembunyi di satu tempat.
"Mana Sehun oppa ni." Kepala Eun Hee dah tersengguk-sengguk tanda yang dia sedang mengantuk.
Kunci pagar dibuka. Eun Hee terus bangun lalu dia melihat Sehun dari jauh.
"Eun Hee apa kata kau cuba tegur dia." Fikir Eun Hee.
Eun Hee berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Sehun. Sehun rasa tak sedap hati. Dia pusing ke belakang dan dia ternampak orang ada di belakangnya. Cepat-cepat Eun Hee memusingkan badannya dan berjalan pergi dari situ. Tetapi malangnya, tangannya dapat ditangkap oleh Sehun. Tanpa membuang masa, Sehun membuka topi Eun Hee. Rambut panjang Eun Hee didedahkan. Eun Hee memandang Sehun.
'Lawanya perempuan ni. Rambut dia cantik gila.' Sehun bercakap dalam hati.
Eun Hee cuba melepaskan diri namun tak berjaya. Tanpa berfikir panjang, Sehun terus menarik tangan Eun Hee dan automatik Eun Hee terpeluk pinggang Sehun.
"So, kau lah yang selama ni ikut aku?" Sehun memandang tajam Eun Hee.
Eun Hee menunduk. Jantungnya berdegup dengan kencang. Bibir bawahnya digigit. Dia takut Sehun akan bawa dia ke balai polis. Habislah aku, kalau eomma, appa dengan oppa tahu yang aku asyik ikut Sehun.
"Jawab!" Temgking Sehun.
Eun Hee terkejut. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya. Dia tidak berani memandang Sehun. Dari tadi dia asyik pandang bawah. Agaknya jalan tar tu lagi hensem dari Sehun kot.
Sehun terus menarik Eun Hee masuk ke dalam rumah. Dia menolak Eun Hee duduk di atas sofa. Sumpah, Eun Hee rasa nak menangis masa ni. Perasaan menyesal mula menyelubungi dirinya. Eomma! Tolong adik!
Sehun membuka jaketnya. Dia duduk di hadapan Eun Hee.
"Berapa lama kau buat kerja ni?" Dingin suara Sehun. Eun Hee senyap.
YOU ARE READING
Sehun smut
De TodoDekat dalam nie semuanya tentang imagine Sehun dengan korang. Kalau nak req pun boleh. Tak kisah genre apa. Sebab author akan buat yang terbaik. Hope korang terhibur. Jangan lupa Vote and Comment. Thanks... byuntae 18+. So sapa yg immatured tu saya...